Berita

Ibu Allahyarham Zayn Rayyan Didapati Bersalah Atas Pertuduhan Mengabaikan Anak

Share

Ibu kepada kanak-kanak Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin, yang sebelum ini didakwa atas pertuduhan mengabaikan anaknya, hari ini didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di Petaling Jaya.

Keputusan itu dibuat oleh Hakim Dr. Syahliza Warnoh selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah, manakala pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melangkaui keraguan munasabah terhadap tertuduh,

Ismanira Abdul Manaf.
Kredit: Kosmo!

Mahkamah kemudiannya menangguhkan prosiding bagi mendengar rayuan hukuman.

Menurut pertuduhan pindaan, Ismanira iaitu sebagai individu yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya Zayn Rayyan yang ketika itu berusia enam tahun, didakwa bersama-sama mengabaikan mangsa dengan cara yang boleh menyebabkan kecederaan fizikal.

Perbuatan itu didakwa berlaku di sekitar kawasan

Blok R, Apartment Idaman, Damansara Damai hingga ke kawasan sungai berhampiran antara pukul 12 tengah hari pada 5 Disember dan 9.55 malam, 6 Disember 2023.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda hingga RM50,000, atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti 

Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Bernama

Published by
Fath