First love ni memang susah nak dilupakan. Mungkin sebab dialah orang pertama yang kita sayang atau boleh jadi kerana hubungan yang terjalin sudah terlalu lama.
Ada juga orang cakap, cinta pertama selalunya takkan berakhir ke jinjang pelamin. Iye la, time ni masih baru nak mengenal erti kasih sayang dan masa ni jugalah kita baru nak belajar tentang hidup berpasangan. Pendek kata, seperti sedang belajar dari pengalaman.
Namun begitu, kalau dah namanya jodoh, bercinta la dengan berapa orang sekali pun, tup tup korang kahwin juga dengan si first love tu.
Macam apa yang dikongsi oleh Ama Azmi tentang bagaimana dia dan suaminya yang telah terpisah enam tahun tetapi akhirnya bertemu jodoh juga. Lagi sweet bila si suami memang merupakan cinta pertamanya.
Jom kita baca pengakuan penuh daripada gadis ini. Sumpah sweet wey!
So guys, korang yang belum kahwin tu janganlah give up dulu. InsyaAllah jodoh tu akan datang bila korang dah betul-betul ready. Berdoa dan tawakal saja pada Allah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada awalnya, REMAJA enggan menyentuh isu perhubungan tiga segi di antara finalis Hero Remaja 2020, Imran Aqil; rapperYonnyboii dan pempengaruh media sosial, Nik Nazira Narriman yang tular sejak hujung minggu lalu dengan terlalu mendalam.
Untuk korang yang ‘terlepas train’, jom kita recap.
Imran Aqil dan Nik Nazira pernah menjalin hubungan cinta selama hampir dua tahun. Namun dalam diam, mereka putus pada awal September lalu. Dalam masa yang sama, Yonny mengenali Nik Nazira sebagai kawan sebelum Imran dan Nik Nazira putus cinta lagi. Dalam masa kira-kira sebulan saja, Yonny dan Nik Nazira mengejutkan ramai pihak apabila terus mengikat tali pertunangan selepas tempoh pengenalan yang singkat.
Faham dah?
Bagi REMAJA, soal hubungan cinta tidak mengenal jarak tempoh pengenalan. Jika hati sudah suka dan ‘timing’ sempurna, mengapa perlu menunggu bertahun-tahun sebelum bertunang?
Cuma, REMAJA terpanggil untuk mendengar penjelasan kedua-dua belah pihak agar tiada spekulasi tidak benar mengenai mereka bertiga ini yang timbul.
REMAJA jujurnya tidak terkejut apabila mendapat tahu Yonnyboii dan Nik Nazira sedang saling mengenali hati budi masing-masing. Ini kerana Imran sendiri mengakui telah putus cinta pada awal September lalu.
Tidak lama selepas itu, REMAJA perasan beberapa kali Yonny dan Nik Nazira pernah melakukan sesi Instagram Live bersama-sama pada awal pagi (mungkin sekitar jam 3 pagi) walaupun untuk tempoh sekejap dan tidak di-‘saved’ ke dalam feed Instagram mereka.
Namun, apabila Yonny mengumumkan pertunangannya dengan Nik Nazira Sabtu lalu, ramai terkejut dengan berita tersebut termasuklah REMAJA.
Tak tahulah pula mereka serius hingga ke tahap ini!
Meninjau sebentar ke arah rentetan ciapan yang dimuat naik oleh Imran pada bulan September lalu, nampak seperti penyampai radio Hot FM itu masih bersedih dengan kisah putus cintanya.
“I miss you”
“I blame myself”
“Ingat, menaruh harapan pada manusia adalah seni terbaik untuk menderita”
Fuhh.. tapi kesedihannya tidaklah berlarutan.
Sebaik saja mendapat tahu pertunangan bekas kekasihnya itu dengan Yonny, Imran enggan memandang perkhabaran itu secara negatif dan mendoakan agar urusan pasangan tersebut dipermudahkan Allah SWT.
“Saya tidak mahulah sesiapa bercakap buruk mengenai mereka berdua. Cukuplah sekadar menghormati (keputusan) mereka.”
Imran turut membuka mulut kepada sebuah portal media mengenai hal ini. Dia berharap agar dirinya juga diberikan masa dan ruang.
“Walaupun kami pernah bercinta selama hampir dua tahun, kami tidak ada jodoh. Saya memilih untuk tidak lagi membuka kisah lalu dan fokus kepada apa yang menanti di depan saja,” jelas penyandang gelaran Hero Inspirasi 2020 itu.
Eloklah tu Imran! REMAJA gembira mendengar dirinya kuat berdepan soal cinta ini.
Cuma, yang sedikit kurang enak adalah apabila para peminat masih mengecam Yonny dan Nik Nazira dengan komen-komen pedas susulan pengumuman pertunangan itu. Imran dah boleh terima, korang pula masih tak boleh move on, ya?
Ada yang mendakwa Yonny merampas bekas kekasih Imran itu sehinggakan Yonny mara ke depan dan memperbetulkan keadaan.
Kata rapper berusia 23 tahun itu kepada sebuah lagi portal semalam, “Saya tidak kenal (Imran) secara peribadi, dan tiada istilah saya merampas atau perampas pun. Selama ini pun, saya memang berkawan saja dengan Nina (panggilan untuk nik Nazira).
“Ikutkan saya pun malas nak layan isu ini sebab apa yang penting sekarang ini (adalah) urusan nak berkahwin saja,” kata Yonny yang juga berkongsi sedang merancang persiapan perkahwinan mereka pada 22 Januari 2022.
*
Kita dah dengarkan pendapat kedua-dua belah pihak. Harapnya tiada lagilah kecaman yang pasangan itu akan terima selepas ini. Doakan mereka agar urusan perkahwinan itu dipermudahkan. Dan satu lagi perkara Imran memandangkan dia kini single..
Baru-baru ini, pelakon Nam Yoon Su dilaporkan telah menyelamatkan nyawa dengan mendermakan buah pinggang kepada bapanya.
Menurut laporan, pelakon yang berusia 27 tahun itu telah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang pada 19 Jun lalu untuk bapanya.
Kini, Nam Yoon Su sebagai penderma dan bapanya sebagai penerima kedua-duanya sudah pulih dan telah pun keluar dari hospital.
Dalam pada itu, Yoon Su yang popular dengan drama Extracurricular itu, telah menghentikan segala aktivitinya sejak awal tahun bagi membuat persiapan dan menjaga tubuh badannya untuk pembedahan pemindahan buah pinggang ini menimbulkan rasa kagum banyak pihak, bukan sahaja dari kalangan peminat malah masyarakat.
Pihak hospital yang bertanggungjawab menjalankan pembedahan tersebut menyatakan bahawa sikap berbakti pelakon tersebut dan pengaruh baiknya itu telah membawa kepada hasil yang positif.
“Kami mendoakan agar dia terus menjadi bintang besar yang memberikan pengaruh baik dalam masyarakat kita”
Sementara itu, Nam Yoon Su juga bakal muncul dalam drama terbaru berjudul Law Of Love In The City yang bakal ditayangkan pada hujung tahun ini.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah dengar dengan istilah ‘abusive realtionship’? Sebenarnya bukan hanya kes kekerasan fizikal sahaja yang secara terang-terangan membawa makna hubungan yang toksik. Tetapi penderaan emosi juga merupakan satu lagi cara bagaimana untuk mendefinisikan sesebuah hubungan cinta itu penuh dengan aura toksik dan busuk.
Penderaan emosi ini berlaku dalam banyak cara dan definisi sebenarnya cukup luas sekali. Namun secara kasarnya ia merupakan perbuatan atau percakapan daripada pasangan yang menyebabkan seseorang itu menerima impak negatif dari segi emosi dan perasaan.
Jika penderaan emosi ini berlaku secara berterusan ia boleh menyebabkan seseorang itu sentiasa menjadi resah, ketakutan, kemurungan dan paling teruk rasa rendah diri yang melampau. Malah dalam sesetengah kes paraha, mangsa menjadi tidak berdaya dan merasakan diri mereka tidak mampu untuk berdikari tanpa pasangannya akibat didera secara emosi dalam jangka masa yang lama.
Kamu boleh mengelak daripada menjadi mangsa penderaan emosi dalam hubungan. Bagaimana? Ikuti 10 petanda awal yang boleh kamu perhatikan sama ada kamu adalah bakal mangsa atau tidak.
1. Sering memalukan kamu
Ini merupakan salah satu petanda awal. Dimalukan oleh pasangan sendiri merupakan salah satu petanda penderaan emosi. Sebagai contoh memarahi kamu di tempat awam dengan meninggikan suara. This is a big NO dalam hubungan cinta!
2. Tidak simpan rahsia
Tidak ada apa yang paling mengecewakan apabila pasangan sendiri mendedahkan hal-hal sensitif yang dikongsi oleh kamu kepada orang lain. Ini secara tidak langsung boleh merendahkan keyakinan diri kamu apabila hal-hal sensitif menjadi bualan orang lain.
3. Mengongkong penampilan
Bukanlah tidak boleh untuk memberikan sedikit tips atau nasihat tentang pakaian pasangan tetpai janganlah melampau. Jika seseorang itu betul-betul sayang dia akan terima terima kamu seadanya seperti mana dia kenal pada pertemuan pertama. Dalam kes paling teruk si dia mula memberi panggilan buruk terutamanya melibatkan fizikal kamu.
4. Tidak beri peluang bercakap
Adat asam garam dalam hubungan cinta pasti akan ada perselisihan faham dan pendapat. Seseorang yang sangat dominan dan suka mendera emosi pasangannya tidak akan tahu untuk mengalah. Apa yang dia tahu sama ada dia betul atau tidak, dia adalah di pihak yang benar. Paling teruk, dia akan memotong percakapan setiap kali kamu memberikan penjelasan.
Ini merupakan satu lagi petanda seseorang yang mempunyai potensi besar menjadi pendera emosi pasangannya. Ketahuilah bahawa telefon merupakan ruang privasi yang cukup sensitif. Kelakuan begini yang dilakukan dengan kerap menunjukkan dia tidak mempercayai kamu. And worst case, dia akan mencari sebab untuk memarahi kamu; contoh jika kamu follow atau like gambar individu-individu tertentu.
6. Asingkan daripada keluarga
Dalam banyak kes penderaan emosi, si pelaku amatlah tidak suka jika pasangannya sering meluangkan masa dengan keluarga. Ya, ini merupakan salah satu tanda controlling behaviour yang cukup parah. Selagi boleh dia tidak mahu kamu meluangkan masa dengan orang lain selain dirinya. Mereka juga risau yang kamu akan dipengaruhi oleh ahli keluarga atau kawan-kawan untuk meninggalkan dia.
7. Melampau batas
Maksud REMAJA di sini ialah tindakan pelaku yang dilakukan atas kehendak diri mereka tanpa persetujuan kamu. Contohnya, mereka menggunakan wang daripada akaun kamu untuk membeli belah secara online. Jika perkara ini dilakukan tanpa pengetahuan dan persetujuan ia adalah satu perkara yang sangat tidak wajar. Malah, jika ditegur kamu pula yang dimarahinya dengan alasan tidak mempercayainya.
8. Paksa kamu langgar prinsip
Setiap orang pasti mempunyai prinsip hidup tersendiri. Sebagai contoh kamu mempunyai tabiat sering menderma untuk anak-anak yatim dan mereka yang tidak bernasib baik. Kerana bagi kamu setiap tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima. Akan tetapi bila bersamanya kamu pasti akan dimarahi kerana baginya ia satu perbuatan sia-sia. Walhal itu adalah wang kamu dan merupakan satu amalan mulia.
9. Kena minta kebenaran
Sikap mengonkong paling teruk ialah dia perlu tahu setiap gerak-geri kamu pada setiap masa. Ini merupakan satu lagi petanda jelas kamu berada dalam hubungan toksik. Ingin ke mana sahaja kamu perlu beritahunya dan tambah teruk lagi kamu perlu minta izin daripadanya. Mengalahkan pasangan yang sudah berkahwin!
10. Merendahkan impian kamu
Seorang pelaku emotional abusive secara tipikalnya amat takut jika kamus sebagai pasangannya menggapai cita-cita mereka. Ini kerana dia tidak mahu melihat kamu boleh berdikari sendiri dan paling penting dia mahu kamu terus bergantung terutamanya daripada segi emosi. Disebabkan itu dia akan senantiasa mentertawakan dan memandang rendah impian kamu.
Nasihat REMAJA, jika pasangan kamu mempunyai tanda-tanda di atas segeralah keluar daripada hubungan toksik seperti ini. Masih tidak terlambat untuk sedar bahawa hubungan ini hanyalah memberikan lebih banyak kemudaratan kepada kamu. Usah takut untuk katakan TIDAK dan lebih sayang kepada diri sendiri.
*foto adalah hiasan semata dan tidak ada kaitan dengan drama ‘Fight My Way’
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!