Dua hari lalu berlaku satu kemalangan langgar lari yang melibatkan sebuah kenderaan dan sebuah motosikal di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) dekat Subang. Mangsa, Muhamad Husaini Jamil, 28 tahun disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah.

Di sebalik kisah kemalangan yang terjadi, allahyarham Muhamad Husaini baru tiga minggu diijabkabulkan dengan pasangannya, Siti Muhaini Mohd Rozaini. Ternyata pemergian suami tercinta memberikan dugaan buatnya kerana kejadian ini langsung tidak terduga.

Dalam kejadian dianggap satu dugaan cukup besar dihadapinya, Siti Muhaini Mohd Rozaini, telah menulis di entri facebooknya mengenai kejadian menyayat hati ini. Pasangan sama cantik sama padan ini baru 3 minggu berumahtangga selepas berkenalan empat tahun. Luahan hati di entri facebooknya telah tular malah ramai menzahirkan rasa simpati dengan kejadian tersebut.

Ternyata, Allah lebih sayangkan arwah suaminya yang pergi pada pagi Jumaat malah allahyarham sempat menemankan isterinya itu bersahur sempena puasa ganti dan puasa bulan Rejab pagi hari sebelum kejadian menimpanya.

Sejak pemergian suaminya empat hari lalu, Siti Muhaini atau menggunakan nama Ninie Rozaini di fb menulis di entrinya meluahkan kata-kata rindu dan semangat buatnya. Setiap kata-katanya amat sayu,  sarat dengan rasa rindu mendalam terhadap arwah suami yang pergi meninggalkannya dalam kejadian tidak disangka. Alfatihah buat allahyarham dan semoga rohnya dicucuri rahmat. Kami di Remaja mengharapkan Ninie Rozaini tabah menghadapi ujian yang cukup besar ini.

Baca tulisan Ninie di entri facebooknya. Hari ini hari keempat suaminya pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya.

IKLAN
“I MISS U, LOVE U BIE!”, Isteri Luah Rasa Rindu Selepas Suami Meninggal, Sempat Rasa Alam Rumahtangga 3 Minggu Sahaja
Pasangan sama cantik sama padan. Allah menguji ketabahan hatinya dan sempat merasai seketika alam rumahtangga. Semoga dirinya kuat menghadapinya. Kredit gambar Ninie Rozaini

Entri ini ditulisnya pada 6 April hari pertama selepas suaminya tiada :
Assalamualaikum muhamad husaini bin jamil. Hye husband! I miss you! I love you! We just got married for 3 weeks n today 6/4/2018 u pergi tinggalkan i untuk selamanyaaa. Why you have to do this? Tak sayang i dah eh?no la i know allah lebih sayangkan you la sayang. Even i jadi wife u for 3 weeks i bersyukur sayang. Ni apa yang allah dah tulis. Meninggal pada hari jumaat yg mulia, process you semuaa dipermudahkan sayang. Mmg allah sayang kan you kan! Masjid td masyallah ramai solatkan you. See how special you are! ❤️ kebumi tadi pun redup sejuk even tghari syg siap hujan lagi bie. I taw u dh happy kat sana! U jgn lupa i taw i xkan pernah lupaaaa you . Kesian i sorang sorang2 dah skrg. Dah xde partner nk share story before tido and im all alone now without you. U know i love you kan n only god knows how much i sayang and rindu u skrg . I tak kuat bie. I NEED YOU LOVE. Ampun kan segalaa dosa i sayang❤️i tido kat rumah you mlm ni dlm bilik you bie!

8 April 2018
السلام عليكم sayang!good morning! Love you! Miss you! I miss you bie❤dah 3 hari you pg cepatnyaaaa? bie album wedding dah nk siap yang u nk tgk tu diorang cepat kan untuk you bie! Nnti i tgk kan utk you okay sayang! Family kesayangan i dunia akhirat. They’re just to happy with our wedding, and skrg diorang lebih happy tgk kemuliaaan hidup you bie! Mesti you tak taw semuaa sayang you kan! Semuaa orang mendoakan kesejahteraaan you kat dunia ni❤terima kasih semua mendoakan utk arwah semua nini semoga allah yg mampu membalasnyaa! I still tak percayaa you dah tak ada?i masih fkir u ade dekat dgn i. Sekali sekala ada masa jenguk la i okay .. u sayang i kan so dtg jenguk family kiteee okay! Bie kejap lg i pg ziarah kubur u okay Tunggu.. U jgn risau i lagi ramai yg bagi semangat kat i . U penah ckp kat i sebelum ni” u ni manjaa dgn i kalau i xde mcm mana la you ni sape la yg nk jagaaaa you pulak” u risau sgt, i still ingat apa yg u ckp i kne kuat , u mcm taw je u nk pg jauh kan. Ckup tunjuk sayang u sgt kuat pada i.nyenyeeeee nyee you ni ❤loveeeeeee you forever ? Love youu ❤

IKLAN

8 April 2018
Sayang rumah you dah cantik sgt. Sejuk rumah you bie! U mesti suka kan cantik mcm taman syurga ❤ happy i tgk rumah you so cantik! Sayang i nk bgtaw you ni good news hutang you dgn duniaaa semua dah selesai taw . Dah byr semuaa you dah xde hutang pape lagi , semua dah settel. Kne ckp thank you pada siapa yg byk tlg n byrkan u taw. Ramai sygkan you.U jgn fkir pasal hutang lagi u rehat kan diri u okay i akan buat sehabis baik utk tlg you mcm mana u byk tlg i .. doakn allah permudahkan urusan i utk you kay! I tak penat pun i okay je bie??u jgn risau kay! U tido je taw! U kene rehat sbb kat dunia u dh penat cari rezeki.i pulak cari rezeki utk you kay! U mesti proud dgn i kan bie ?sbb i kuat bie . I redha. U ingat taw i sayang u smpai syurga.tak mungkin i akam jumpe lelaki sebaik u, sejujur you dan se setiaaa you bie. Masyallah,sayangnyaa allah pada hambanyaa. I sayang you forever syurgaku??

IKLAN

9 April 2018
Assalamualikum sayang“I MISS U, LOVE U BIE!”, Isteri Luah Rasa Rindu Selepas Suami Meninggal, Sempat Rasa Alam Rumahtangga 3 Minggu Sahaja i miss you! Sape budak comel ni “I MISS U, LOVE U BIE!”, Isteri Luah Rasa Rindu Selepas Suami Meninggal, Sempat Rasa Alam Rumahtangga 3 Minggu Sahaja? ramai datang ziarah u kat rumah bie .x putus2 orang dtg! Harini i nk pg amik report you , pegi jpn pulangkan ic you i settelkan semua kerja you harini okay! Izinkan i keluar okay! I xberapa sihat tp i boleh buat semuaaa tu ! Sekejap je dah 4 hari u pergi tinggalkan i. I dah okay i tido pun okay u xde i tido dengan mama i “I MISS U, LOVE U BIE!”, Isteri Luah Rasa Rindu Selepas Suami Meninggal, Sempat Rasa Alam Rumahtangga 3 Minggu Sahaja?kejap lagi i ziarah taman syurga u okay.ya allah ampunkam dosa suami ku, luaskanlah kuburnya dan jadikan lah kuburnya taman di antara taman taman syurga.

Dalam satu temubual bersama MStar online dua hari lalu, (BACA SINI) Siti Muhaini bercerita bagaimana arwah suaminya sempat menemaninya bersahur malah memberikan keizinan untuknya berpuasa ganti dan sempena Rejab.

“Saya berpuasa ganti dan puasa sunat sempena bulan Rejab. Dah tiga hari saya sahur seorang, dan masuk hari keempat pada Jumaat lepas, dia (suami) temankan saya bersahur. “Dia banyak mendiamkan diri dan hanya memandang saya makan. Dia cuma cakap dia izinkan saya untuk berpuasa. Dia tak jamah tapi sudi temankan sahur pada hari terakhir dia…

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI