“I am Nicol David.” Kisah Ratu Skuasy Negara Akan Difilemkan

Share

Memulakan karier sebagai atlet skuasy seawal usia lapan tahun, Datuk Nicol Ann David atau lebih dikenali dengan Nicol David merupakan wanita Asia pertama yang menduduki tangga pertama dunia dalam sukan skuasy wanita.

Pernah memenangi gelaran Terbuka British pada tahun 2005, 2006 dan 2008, serta gelaran Terbuka Dunia pada tahun 2005, 2006, 2008, 2009 dan 2010, Nicol berjaya meraih gelaran profesional ketika berusia 16 tahun (2000).

Tapi, setiap kejayaan mesti ada halangan dan dugaannya.

Melalui laman media sosialnya baru-baru, juara dunia lapan kali itu mengumumkan kisah dirinya akan difilemkan dalam satu biopik berjudul “I am Nicol David.” ini yang menjadikan pengikutnya teruja.

 

“Saya selalu mengimpikan satu hari nanti untuk menceritakan kisah saya dan mampu memberi inspirasi kepada setiap orang untuk bekerja keras mencapai apa yang mereka mahukan dan sentiasa mencabar diri sendiri untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.

“Saya sungguh bertuah saya berpeluang bekerjasama dengan ACE Pictures yang berkongsi perasaan ini dan saya tidak sabar-sabar untuk memulakannya!
“Ia satu perjalanan yang panjang dan saya teruja untuk mengharapkan sokongan anda dalam melaluinya,”

Rata-rata pengikutnya meninggalkan komen teruja dan tahniah atas perkhabaran ini.

Tahniah Nicol!

Semoga ini menjadi pemangkin semangat buat atlet negara lain terutamanya atlet muda squasy berbakat.

IKLAN