
Sebelum ini, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menerusi notis di laman Facebook pernah memaklumkan mengenai penutupan kawasan pendakian di Hutan Simpanan Kekal (HSK) Selangor berkuat kuasa dari 1 Disember 2021 hingga 31 Januari 2022.
Menurutnya, orang ramai yang masih berdegil dengan tidak mematuhi arahan penutupan boleh diambil tindakan tegas mengikut Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985.
Setelah dua bulan notis penutupan dan semua aktiviti pendakian itu, kini aktiviti pendakian kembali dibenarkan selepas tempoh larangan berakhir pada 31 Januari ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Akibat Foto Sesak Ketika Hiking, Bukit Broga Ditutup 2 Minggu

Menurut laporan Sinar Harian; Exco Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli negeri iaitu Hee Loy Sian memaklumkan, “Larangan mendaki akan tamat pada 31 Januari dan aktiviti mendaki boleh bermula pada 1 Februari ini,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan peminat dan penganjur sukan serta aktiviti lasak yang berhasrat meneruskan semula aktiviti mereka susulan keadaan cuaca di Selangor yang semakin baik.

Bagi korang yang masih ingin mencari lokasi hiking pada hujung minggu, korang masih boleh melihat senarai kawasan bukit menarik dalam artikel di bawah.
Jangan lupa, jaga penjarakan sosial di antara pendaki okay!
12 Tempat Hiking Paling Best Untuk Korang Yang Baru Nak Berjinak
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pendaftaran eWallet Bernilai RM200 Menerusi eBeliaRahmah Touch N Go Hari Ini

Seiring dengan keadaan ekonomi yang masih dalam fasa pemulihan pasca pandemik Covid-19, kerajaan Malaysia diakui telah giat menyediakan beberapa inisiatif baharu berbentuk ‘bantuan Rahmah’ untuk kebaikan rakyat sejagat yang layak menerimanya.
Khas buat kelompok anak muda, program eBeliaRahmah merupakan salah satu inisiatif kerajaan yang telahpun diumumkan di bawah Belanjawan 2023 tempoh hari dan ia bertujuan untuk menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai (cashless) dalam kalangan belia di samping meringankan beban kewangan korang semua.

Lalu, sekitar dua juta belia Malaysia pada hari ini layak untuk mendaftar tawaran kredit eBeliaRahmah bernilai RM200 setiap seorang. Bantuan tersebut boleh digunakan bagi pembelian fizikal melalui penyedia perkhidmatan e-Wallet terpilih.
Tambah menarik, penyedia perkhidmatan e-Wallet juga pada masa yang sama menyahut hasrat Kerajaan untuk menyediakan bantuan kepada rakyat dengan menawarkan insentif tambahan berbentuk baucar, pulangan tunai (cashback) diskaun dan mata ganjaran (rewards points) kepada korang yang layak menerima nanti.

Cara Pendaftaran
Pendaftaran kredit eBeliaRahmah ini sudahpun dibuka mulai hari ini, 26 Jun 2023 pada jam 8.00 pagi tadi sehingga 11.59 malam pada 22 Ogos 2023 kelak.
Ingat, setiap pemohon hanya layak untuk membuat satu permohonan sahaja.
Setelah memohon, korang akan menerima notifikasi status permohonan daripada penyedia perkhidmatan e-Wallet pilihan. Kemudian, wang bantuan RM200 akan diterima oleh pemohon secara one-off ke dalam e-Wallet tersebut dalam masa tiga hari dari tarikh permohonan.
eWallet bernilai RM200 itu perlu dibelanjakan selewat-lewatnya pada 11.59 mlama pada 31 Ogos 2023. Jika terlambat, baki kredit eBeliaRahmah itu akan luput secara automomatik daripada e-Wallet pemohon.
Siapa Yang Layak?
Tidak semua orang yang layak untuk mendaftarkan diri bagi kredit eBeliaRahmah ini tau. Cer perhatikan syarat-syarat kelayakan yang diletakkan oleh Kerajaan untuk tujuan tuntuan melalui Touch N Go e-Wallet nanti:
- Warganegara Malaysia berusia 18-20 tahun pada tahun 2023 (pemohon haruslah lahir pada tahun 2003-2005).
ATAU
2. Pelajar sepenuh masa warganegara Malaysia di peringkat Diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT Tempatan berdaftar.
3. Sudah membuat pengesahan akaun Touch N Go e-Wallet (verifikasi eKYC).

Menariknya, jika korang merupakan seorang pelajar aktif sepenuh masa dari IPTA/IPTS pada 1 Januari 2023 dan tamat pengajian pada tahun 2023 tetapi sudahpun berusia lebih daripada 20 tahun, korang juga layak menerimanya!
Keliru dan tidak masti sama ada layak ataupun tidak? Korang bolehlah menyemak kelayakan masing-masing di platform perkhidmatan Touch N Go e-Wallet di laman web berikut: Am I eligible? | Touch ‘n Go (touchngo.com.my)

Gunalah Wang Bantuan Sesuka Hati, Kecuali..
Haa, ada syarat penggunaan kredit RM200 eBeliaRahmah tersebut ya. Korang layak untuk menggunakannya bagi sebarang transaksi secara fizikal di lebih 1.7 juta peruncit/perniagaan KECUALI:
- Pemindahaan ‘peer to peer’;
- Penebusan tunai;
- Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-Tunai;
- Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-Tunai;
- Bil pascabayar telekomuniaksi dan prabayar terintergrasi dengan aplikasi e-Tunai;
- Pembelian Permainan terintegrasi dengan aplikasi e-Tunai;
- Bayaran tempat letak kereka atau tol;
- Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-Tunai; dan
- Transaksi e-Dagang atau trasaksi dalam talian.
Bagi sebarang makluman lanjut, LAYARI laman web BANTUAN RAKYAT.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Racun Tiktok, Trend Minum Air Klorofil Untuk Kulit Wajah Cantik, Apa Manfaat Klorofil Sebenarnya?

Beberapa minggu yang lalu viral di Tiktok dengan trend minum air klorofil yang berwarna hijau untuk mendapatkan kulit bersih dan cantik. Disebabkan itu, ramai yang telah mencuba air klorofil dan ada diantara mereka yang menceritakan ianya berkesan kepada kulit muka, dan ada juga yang mengatakan ianya tidak berkesan kepada mereka.

Kalau korang nak tahu sebenarnya klorofil ni adalah sejenis pigmen hijau yang kebanyakkannya terdapat dalam tumbuh-tumbuhan hijau. Ianya kaya dengan antioksidan dan vitamin, ianya juga kaya dengan khasiat yang baik untuk tubuh badan manusia.
Klorofil juga sangat penting untuk menjaga tumbuh-tumbuhan agar ianya sihat dan kekal berwarna ‘hijau’. Mengikut fakta sains sendiri, kita juga tahu yang ‘klorofil’ juga merupakan pigmen yang memberi warna ‘hijau’ pada tumbuh-tumbuhan.

Manusia boleh memperolehi klorofil daripada tumbuh-tumbuhan atau makanan tambahan khas. Dikatakan juga makanan tambahan khas lebih baik kerana klorofil tidak akan dapat bertahan dengan lama didalam sistem pencernaan manusia sehingga tubuh dapat menyerapnya dengan cukup.
Kalau korang nak tahu sebenarnya makanan tambahan ini dipanggil klorofilin, ianya mengandungi tembaga dan bukannya magnesium, tetapi nasib baiklah klorofilin ini mempunyai sifat yang serupa dengan klorofil.

Ini adalah antara manfaat sebenar klorofil kepada manusia:
1. Memperbaiki keadaan kulit

Ye! Betul lah apa yang dikatakan di Tiktok tu, yang kulit korang akan bertambah cantik dan makin berseri katanya. Klorofilin terbukti dapat mengurangkan keradangan pada kulit dan juga dapat menghalang pertumbuhan bakteria pada luka di kulit muka.
Kalau korang nak tahu, klorofilin juga dapat membantu menghilangkan jerawat ringan ke sederhana.
2. Menggalakkan penurunan berat badan

Rasanya rata-rata ramai wanita diluar sana jadi teruja bila baca ni kan? Ye betul! Klorofilin boleh membantu dalam mempercepatkan proses penurunan berat badan juga. Para saintis juga mengatakan yang suplemen klorofilin ini dapat menurunkan kadar kolesterol dalam badan.
3. Deodoran semulajadi

Mengikut hasil penyelidikan yang pernah dijalankan pada tahun 1940-an, klorofil dapat membantu memerangai bau badan, namun, hasil penyeledikan ini bercampur-baur sebenarnya. Menurut satu kajian yang dijalankan baru-baru ini terhadap seorang wanita yang menghidapi trimethylaminuria (sindrom bau hamis), telah mendapati yang klorofilin sebenarnya dapat mengurangkan jumlah trimethylamines.
Namun, korang kena beringat juga, setiap suplemen luaran yang diambil, jika diambil secara berlebihan ianya mungkin akan memudaratkan kesihatan korang. Antara risiko kesihatan yang korang boleh dapat ialah:
- masalah pencernaan
- cirit-birit
- gatal dan sensasi terbakar (jika diguna secara topikal)
- najis hijau, kuning, atau hitam yang boleh disalahanggap sebagai pendarahan gastrointestine
Jadi, pastikan korang tak ambil klorofil secara berlebihan ye. Tak semestinya kulit kita boleh jadi cantik hanya dengan penggunaan klorofil, minum air masak dengan banyak pun sebenarnya dapat membantu kita mendapatkan raut wajah yang glowing kerana didalam badan manusia, terdapat 60% kandungan air. Jadi, air adalah komponen yang sangat penting dalam tubuh badan manusia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Boleh Buat Wajah Awet Muda Dan Flawless, Ini Antara Khasiat Berbekam

Korang tahu tak amalan berbekam di wajah mampu jadikan kulit korang lebih flawless.
Sebenarnya, teknik bekam ini telah wujud sejak dahulu lagi. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, cawan atau mangkuk kaca telah digunakan untuk tujuan berbekam. Manakala, orang Cina pada zaman kuno pula berbekam menggunakan tanduk. Orang Eropah pada abad ke-18 menggunakan lintah untuk menghisap darah kotor dan kaedah ini masih digunakan di sesetengah tempat di negara Barat hingga sekarang.

Kebaikan Berbekam
1. Rawat Kulit Bermasalah
Bagi mereka yang mempunyai masalah kulit dan juga resdung, terapi bekam boleh dilakukan bagi merawat masalah berkenaan. Bekam juga mampu melancarkan aliran darah pada bahagian wajah agar kelihatan awet muda. Kulit muka yang bermasalah berpunca daripada bakteria-bakteria yang berkumpul dalam darah pada bahagian bawah muka. Apabila bekam darah dilakukan, kesemua bakteria tersebut akan disedut keluar bersama darah kotor yang pekat.
2. Kesegaran Tubuh Badan
Terapi bekam dilakukan bertujuan untuk memanas dan melancarkan aliran tenaga dalam darah, sekaligus mampu membuatkan tubuh seseorang kembali segar dan bertenaga. Darah yang keluar menerusi kulit hasil daripada rawatan bekam adalah darah kotor yang sudah lama tersimpan di bawah lapisan kulit. Darah ini yang mendorong pelbagai penyakit dalam tubuh badan seseorang.
3. Kurangkan Migrain dan Senggugut Pada Wanita
Berbekam juga mampu mengurangkan migrain dan masalah senggugut pada wanita, serta melancarkan peredaran darah yang tersumbat. Darah kotor yang terkumpul di bawah permukaan kulit akan menyebabkan rasa berat pada badan, dan terapi bekam akan melancarkan kembali peredaran darah tersebut.
4. Buang Angin Dalam Badan
Bagi individu yang sering mengalami keletihan dan kelesuan, bekam pada kawasan leher, bahu dan otot mampu memberikan kesegaran pada tubuh badan. Kebiasaannya, selepas berbekam, seseorang itu akan sendawa dan banyak angin akan keluar daripada badan, hasilnya badan akan terasa lebih ringan.
Untuk info, terapi bekam ini terdiri daripada dua jenis teknik iaitu bekam kering dan juga bekam basah. Namun, mereka yang berbekam dinasihati agar tidak mandi 3 jam selepas menjalankan bekam.
Namun apa hukumnya berbekam, ikuti penjelasan menurut muftiwp.gov.my ini :
Ulasan ringkas berkaitan hadith-hadith berbekam
Jumhur ulama’ mengatakan dibolehkan mengambil upah untuk berbekam kerana larangan yang terdapat di dalam hadith adalah berbentuk makruh bukannya haram. Selain itu juga, berbekam tidak membatalkan puasa jika ia dilakukan ketika berpuasa berdasarkan hadith Ibn Abbas RA. Tambahan pula, berbekam juga merupakan sebaik-baik perubatan sepertimana yang diberitakan oleh Nabi SAW kepada kita tetapi perlu melihat pada penyakit yang sesuai untuk diubati dengan cara ini
Hukum berbekam
Terdapat sebahagian para ulama’ mengatakan bahawa ia adalah sunnah secara mutlak. Iaitu sesiapa sahaja yang melakukan akan mendapat ganjaran samada ia berhajat padanya ataupun tidak. Namun begitu, Dr. ijaj al-Khatib berpendapat bahawa berbekam adalah satu tuntutan terhadap sesiapa yang memerlukannya dan Nabi SAW juga telah mengatakan sedemikian.
Malah, jika orang yang sakit berbekam dengan pembekam yang berautoriti kerana beramal dengan apa yang dinasihatkan dan diajar oleh Nabi SAW maka perbuatan tersebut akan mendapat pahala daripada Allah SWT tanpa syak lagi. Adapun bagi sesiapa yang tidak memerlukannya maka tidak akan mendapat pahala daripada Allah SWT melainkan melakukannya hanya sekali seumur hidup disebabkan beramal dengan hadith Nabi SAW yang sahih dan thabit seperti dilakukan oleh Imam Ahmad bin Hanbal.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

