Hujan Tidak Berhenti Selama 24 Jam, Ini 10 Langkah Pencegahan Kesihatan Yang Perlu Dilakukan

Share

Public Health Malaysia memberi amaran bahawa hujan tidak berhenti melebihi 24 jam dan ada juga beberapa kawasan yang merekodkan 48 jam tanpa melihat matahari. Situasi ini menjadi risiko tinggi untuk mengalami banjir, khususnya di Pahang, Johor, Terengganu dan Kelantan.

Amaran telah dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia Kementerian Alam Sekitar dan Air yang menyenaraikan keadaan cuaca di seluruh negara.

BAHAYA: Hujan sangat lebat dijangka berterusan sehingga 3 Januari 2021

• Pahang (Pekan dan Rompin), Johor (Mersing)

BURUK: Hujan lebat dijangka berterusan sehingga 3 Januari 2021

• Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Marah, Kuantan dan Bera), Johor (Segamat dan Kluang)

WASPADA: Hujan lebat dijangka berlaku sehingga 4 Januari 2021

• Kelantan, Terengganu, Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Jerantut), Johor (Tangkak dan Muar)

WASPADA: Hujan lebat dijangka berlaku sehingga 3 Januari 2021

• Johor (Batu Pahat, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru)

Oleh yang demikian, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah-langkah pencegahan kesihatan kendiri seperti yang telah dikongsi oleh Public Health Malaysia ini:

1. Gunakan pelindung seperti kasut keselamatan

2. Minum air yang dimasak untuk elak penyakit bawaan air/makanan (kolera, tifoid, hepatitis A)

3. Lindungi makanan dari lalat. Pusat Pemindahan Sementara perlu bersih dari lalat dan juga serangga lain seperti nyamuk, lipas

4. Jika bekalan elektrik terputus, pastikan makanan dimasak tidak rosak. Elakkan makan makanan tercemar daripada banjir, suhu bilik melebihi 4 jam

5. Awas risiko renjatan elektrik. Elakkan penggunaan soket elektrik yang terdedah kepada banjir

6. Amalkan kebersihan persekitaran

7. Jangan merokok/vape di Pusat Pemindahan Sementara kerana ramai anak kecil dan ibu mengandung

8. Toleransi/saling bantu-membantu, hormat menghormati

9. Dapatkan rawatan segera sekiranya mengalami batuk, demam, selesema, cirit-birit, mudah dan sebagainya

10. Pastikan bekalan ubat mencukupi

Paling penting, jaga keselamatan diri dan elakkan bermain banjir kerana ia boleh mengundang bahaya. Ikuti langkah pencegahan kesihatan yang telah diberi ini bagi mengelakkan daripada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Stay safe guys!

Sumber: Public Health Malaysia

IKLAN