Hujan lebat berterusan yang melanda Lembah Klang sejak semalam telah mengakibatkan beberapa kawasan landai dikejutkan dengan paras air yang mencecah ketinggian satu meter di sesetengah kawasan.
Ini termasuklah di daerah Klang, Kuala Langat dan Sepang yang terjejas. Di Klang sahaja, 20 buah pusat pemindahan sementara telah dibuka (buat masa ini) dengan seramai 2,604 mangsa ditempatkan di sana. Sementara itu, 10 lagi lokasi telah dibuka di daerah Sepang dan Kuala Langat.
Jabatan Meteorologi Malaysia telah memberi amaran kepada penduduk di Selangor mengenai hujan lebat yang dijangka bakal berterusan untuk satu tempoh yang tidak dimaklumkan.
Senario ini bukan saja melanda Lembah Klang. Sumber terdekat melaporkan kepada REMAJA mengenai keadaan angin kencang dan hujan tanpa henti di beberapa negeri lain seperti di Pantai Timur, Kedah dan Pulau Pinang.
Biarpun ini bukanlah senario baharu kerana kita sudah terbiasa dengan keadaan musim tengkujuh pada setiap akhir tahun.
Ads
Namun, jarang sekali ia melanda negeri-negeri selain Pantai Timur pada skala ini. Di platform media sosial, rakyat mengeluh apabila harta benda di kediaman dan kenderaan mereka ada yang terjejas. Sudah tentu, REMAJA juga berharap agar cuaca akan pulih dengan segera.
*
REMAJA dalam pada itu juga tertarik dengan hantaran warganet di media sosial yang memperkatakan mengenai betapa bertuahnya bumi Malaysia ini.
Walaupun banjir kilat direkodkan kerana cuaca tidak menentu pada minggu ini, Malaysia masih dianggap bernasib baik kerana mempunyai kelebihan geografi yang terletak di luar Lingkaran Api Pasifik dan laluan angin taufan.
Di saat Filipina sekarang sedang dilanda Taufan Rai, Malaysia terutamanya negeri Sabah masih terselamat daripada perlu berdepan bencana tersebut walaupun terletak bersebelahan.
Dengan angin kencang mencecah kelajuan 150 hingga 195 kilometer/sejam, ini merupakan taufan terkuat yang pernah melanda Filipina pada tahun 2021 sehinggakan lebih 300,000 orang penduduk terpaksa meninggalkan kediaman mereka terutamanya yang menetap di kawasan pantai.
Taufan Rai dijangka akan melintasi Laut China Selatan esok dan seterusnya menuju ke arah Vietnam pula.
Jika korang masih ingat pada April lalu, negara seberang; Indonesia juga pernah dilanda siklon tropika Seroja yang mengakibatkan banjir lumpur, tanah runtuh, angin kencang dan paling mendukacitakan, angka korban melebihi 100 mangsa.
Ads
Oleh itu, biarpun kita mengeluh mengenai kerosakan harta benda akibat banjir kilat pada kali ini; hakikatnya rakyat Malaysia boleh dianggap bertuah kerana keadaan hujan lebat dan angin kencang tidak membawa bencana yang lebih teruk dan tidak disangka-sangka.
Bak kata Pengerusi Bukan Eksekutif Bank Pembangunan Malaysia Bhd (BPMB) iaitu Datuk Seri Nazir Razak sendiri yang memuat naik foto data kejadian bencana gempa bumi dan taufan di rantau Asia Tenggara selama 25 tahun yang lepas, Malaysia dilihat jelas tidak dibadai seteruk negara jiran disebabkan keadaan muka bumi negara kita yang strategik dan dilindungi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebagaimana kita tahu pusingan kedua bagi suntikan vaksin AstraZeneca akan dibuka kepada individu berusia di bawah 60 tahun bermula pukul 12 tengah hari sebentar tadi.
Tempahan kedua ini akan dibuka bagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Sarawak. Sebelum ini, pendaftaran vaksin telah pun dibuka di fasa pertama dan untuk warga emas yang berumur 60 tahun ke atas, kini sekali ia dibuka untuk orang ramai yang ingin mengambil suntikan vaksin.
Namun malangnya akibat trafik yang tinggi, tak sampai sejam dibuka, vaksin ini dikhabarkan sudah habis dibooking dan ditutup menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi Twitter.
Tempahan janji temu untuk pusingan kedua Inisiatif Pelawaan Pengambilan Vaksin AstraZeneca kini sudah ditutup.
Mereka yang layak akan menerima janji temu dalam masa terdekat.
Terima kasih bagi mereka yang mendaftar untuk membantu negara mencapai imuniti kelompok. pic.twitter.com/5pvGxXb9Iz
Penulis juga mengalami keadaan yang sama, apabila mengalami masalah teknikal selama selepas dibuka pukul 12.15 tengah hari ini. Rata-rata warganet juga meluahkan rasa tak puas hati dan kecewa.
habis kami ni mcm mana?? yg tekan button negeri dari awal tak lps lps? I masuk website 15mins awal tau. Pastu lagi 15mins. Last apa pun xde
Dari pukul 12 sampai lah tutup. Tak lepas langsung. 1 org pun tak lepas. Next kalau buat system buat betul2 ye. System bukan guna utk 1 ribu org tp berjuta mak daftar ni. Korg suruh amek vaccine tp kemudahan untuk pendaftaran sahaja haihhh malas lah nak cakap. pic.twitter.com/2ZalIeezVh
Menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) menerusi ciapannya di Twitter lebih daripada 300,000 tempahan janji temu vaksin AstraZeneca pusingan kedua telah dibuat sebentar tadi.
Apa-apapun, tahniah penulis ucapkan buat korang berjaya membuat tempahan vaksin ini. Ingat jangan tak datang pula pada tarikh temujanji nanti! Yang tak berjaya tu tak apa la anggap jela tak ada rezeki lagi kan…huhuhu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Umum mengetahui semalam, Menteri Kesihatan iaitu Yang Berhormat Khairy Jamaluddin telah mengumumkan dan melancarkan laman sesawang baharu dikenali sebagai CovidNow dalam usaha menyediakan data yang lebih telus untuk dikongsi bersama rakyat.
Laman khusus tersebut malah sudah pun boleh dilayari bermula pukul 6 petang semalam menerusi alamat https://COVIDNOW.moh.gov.my.
Tapi kena perlu ada laman CovidNow ni, ini sebabnya.
Data utama yang lebih mudah difahami
Laman sesawang baharu CovidNow akan memaparkan data utama yang lebih mudah difahami dan boleh diakses oleh masyarakat agar mesej disampaikan lebih baik dan pada masa sama, beliau berharap usaha itu akan memberi kesedaran tinggi kepada rakyat memahami senario semasa Covid-19 dalam negara dan melakukan perubahan tingkah laku.
Persediaan hidup bersama virus sebagai endemik
Jangkaan bahawa Malaysia akan memasuki fasa endemik bermula akhir bulan Oktober, tahun ini.
Usaha berterusan ini jelas Khairy, dengan mempertingkatkan amalan rutin prosedur operasi standard (SOP) agar boleh memasuki fasa baharu hidup bersama virus sebagai endemik.
“Set data ditambah melibatkan perincian kes baharu dan kematian yang turut ada status imunisasi dan jenis vaksin diterima pesakit atau si mati serta data kapasiti katil hospital,” jelasnya.
Pelaporan yang lebih tepat juga melibatkan kes kematian apabila masa dan tarikh sebenar kejadian akan dilaporkan pada hari pertama sebelum bedah siasat dan pengesahan kematian. Justeru, beliau berharap tidak berlaku lagi pelaporan tertunggak kes lama yang disebabkan birokrasi lambat disahkan seperti sebelum ini sedangkan ia tidak menggambarkan situasi terkini.
Beliau memberi contoh kes di Selangor dan Kuala Lumpur yang direkodkan amat tinggi namun apabila diteliti semula ia adalah berpunca daripada kelewatan pengesahan prosedur klinikal.
“CovidNow dijamin memaparkan data sebenar daripada sumber utama serta disiarkan secara berstruktur dan berfokus yang dikemas kini berbanding imej statistik semata-mata,” tegas Khairy.
Bagi kebanyakan daripada kita yang tidak begitu memahami maksud sebenar endemik dan keliru sekiranya ia sama dengan pandemik, jangan risau. Kami akan cuba untuk menjelaskan maksud terma ini.
Pertamanya, endemik tidak sama dengan pandemik – mahupun epidemik iaitu satu lagi terma yang selalu digunapakai untuk mengklasifikan negara yang telah diserang penyakit berjangkit.
Endemik merujuk kepada penyakit atau wabak yang sentiasa wujud di sesebuah kawasan dalam tempoh masa tertentu. Ini termasuklah penularan wabak dalam skop yang lebih besar melibatkan sebuah negara.
Hari ini, pastinya seluruh rakyat Malaysia masih membicarakan tsunami politik yang benar-benar memberi pukulan “smash kencang” kepada Barisan Nasional dengan kemenangan kepada Pakatan Harapan.
Sebelum keputusan diumumkan awal pagi tadi, ada banyak cakap-cakap di belakang mengenai #tsunami orang Melayu, #anak muda, #gelombang kemarahan rakyat tentang gst dan pelbagai lagi bualan lain. Namun satu yang pasti dan benar-benar menjadi igauan tentunya teori nama bekas Perdana Menteri pertama iaitu TUNKU ABDUL RAHMAN yang disebut-sebut selama ini sebagai TEORI RAHMAN yang mana ia menjadi susanan nama bagi Perdana Menteri Malaysia selama ini.
Jika diukur tentang sejarah Malaysia, teori nama ini bermula dengan Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana Menteri Malaysia dan memerintah selama 13 tahun bermula dari 1957 hingga 1970. Beliau digelar bapa kemerdekaan negara.
Selepas ketiadaannya, Tun Abdul Razak dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia kedua selama enam tahun bermula dari 1970 sehingga 1976 dan digelar Bapa Pembangunan. Beliau mewakili huruf A bagi teori ini. Malah generasi Felda pasti cukup mengingati allahyarham kerana bermula dari era beliaulah Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan di Malaysia.
Teori nama RAHMAN ini diteruskan apabila Tun Hussein Onn diangkat sebagai Perdana Menteri ketiga Malaysia dan mewakili huruf H. Bapa kepada bekas Menteri Pertahanan, Hishamudin Tun Hussein Onn ini memerintah Malaysia bermula dari 1976-1981. Kejayaannya yang paling besar ialah menyatu padukan penduduk pelbagai kaum sehingga digelar Bapa Pembangunan.
Seterusnya, mewakili harapan seluruh rakyat Malaysia pada PRU ke 14 ini ialah Tun Dr Mahathir Mohamad yang berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia ke empat dan paling lama dalam sejarah Malaysia iaitu selama 22 tahun. Auranya sudah cukup bergema ke seluruh pelusuk tanahair sehingga mampu menolak kerajaan Barisan Nasional yang tidak pernah sekali pun kalah dalam pilihanraya sejak 60 tahun lalu dan tahun ini Pakatan Harapan mencatat sejarah dalam negara.
Selepas turun dari memerintah Malaysia, teori nama ini berjangkit kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang mewakili huruf A bagi nama RAHMAN ini. Hanya memerintah selama enam tahun bermula dari 31 Oktober 2003 hingga 3 April 2009, beliau kemudiannya digantikan dengan Dato’ Seri Najib Tun Razak yang mewakili huruf N.
Ternyata hari ini, dengan kemenangan kerusi di Parlimen sebanyak 89 sahaja, kerajaan Barisan Nasional gagal membentuk kemenangan mudah dan teori nama RAHMAN BERAKHIR pada hari ini dengan enam Perdana Menteri Malaysia terlantik setakat ini.
Nyata, teori nama RAHMAN ini benar-benar BERHANTU dan menjadi kenyataan kerana era UMNO bagi rakyat Malaysia sudah mulai hilang popularitinya khususnya di kalangan anak muda yang benar-benar bangkit sekaligus menjadikan medium politik Malaysia yang mahukan suara anak muda lebih lantang di Parlimen mula menjadi kenyataan.
Dengan kekalahan Barisan Nasional, nampaknya nama-nama favourite seperti Dato Seri Hishamudin Tun Hussein Onn untuk diangkat sebagai Perdana Menteri semakin menjauh. Begitu juga Ketua Pemuda yang tall, dark dan hensem iaitu Khairy Jamaludin juga semakin menjauh bagi tempoh 5 tahun ini. Tidak terkecuali Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri sebelum ini.
Apa pun, siapa pun Perdana Menteri kita (setakat artikel ini ditulis belum ada pengumaman rasmi tentang Perdana Menteri Malaysia ke-7 kerana masih belum mendapat perkenan YDP Agung, satukan saf, rapatkan ukhwah kerana kita semua adalah RAKYAT MALAYSIA yang cintakan keamanan, kemakmuran dan berganding atas nama Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, akhirnya sah bergelar suami kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, selepas pasangan itu selamat diijabkabulkan dengan...