
Jenama kosmetik terkemuka dunia, Huda Beauty, telah mencuri perhatian ramai apabila tampil memberikan sumbangan barangan mekap kepada wanita di Palestin sempena sambutan Aidilfitri tahun ini.
Momen penuh bermakna itu dikongsikan menerusi satu hantaran video di Instagram sebuah organisasi amal, The Giving Family pada Sabtu lalu.
Dalam hantaran tersebut, produk-produk seperti bedak kompak, lipstik liquid matte, pemerah pipi, pembayang mata, dan beberapa lagi barangan solekan diserahkan kepada wanita-wanita di Palestin.

Inisiatif yang diberikan oleh Huda Beauty ini dianggap sebagai satu penghormatan dan peringatan penuh kasih bahawa wanita-wanita Palestin tetap dihargai dan disayangi meskipun hidup mereka penuh dengan cabaran.
Melalui kerjasama rapat bersama beberapa sukarelawan tempatan yang diketuai oleh usahawan dan pengasas The Giving Family, Fadie Musallet, barangan solekan tersebut diagihkan kepada wanita-wanita sekitar kawasan Masjid Al-Aqsa.
“Kami amat tersentuh melihat reaksi wanita-wanita ini. Senyuman, kekuatan dan keanggunan yang terpancar pada wajah mereka adalah detik yang akan dikenang buat selamanya,” tulis Fadie di ruangan kapsyen.
BACA LAGI: “Saya Rasa Tercabar, Tapi…” -Qadejah Bersaing Lagu Raya Dengan Aliff Syukri?

Beliau juga menzahirkan penghargaan kepada pengasas Huda Beauty, Huda Kattan dan pasukannya kerana bersama-sama menjayakan inisiatif ini.
Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh dan memuji inisiatif antara kedua organisasi tersebut.
Sekadar info, Huda Beauty sebelum ini telah menyumbangkan sebanyak $1 juta (RM4,683,500) kepada organisasi kemanusiaan di Gaza.
Sementara itu, The Giving Family juga tidak ketinggalan dalam usaha kemanusiaan mereka, sering memberi tumpuan kepada kerja-kerja kebajikan terutamanya untuk golongan memerlukan di kawasan bergolak seperti Palestin.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: IG Huda & TheGivingFamily
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!















Sapukan sedikit Listerine ke kawasan yang kena gigitan serangga seperti semut atau nyamuk. Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi daripada menjadi lebam.
Listerine bukan hanya boleh basmi kuman di dalam mulut, tetapi juga di mangkuk tandas. Tuangkan sedikit Listerine dan sental mangkuk tandas tadi dengan berus. Kuman mati, mangkuk tandas pun berbau wangi.
Basahkan rambut dengan sedikit air, kemudian tuangkan Listerine ke atasnya. Urut Listerine ke seluruh bahagian rambut hingga terasa sejuk. Balut kepala dengan kain tuala selama 20 minit. Selepas itu, bilas kembali rambut. Lebih jimat daripada bayar rawatan kelemumur di salon.
Ramai penggemar kucing yang mengalami masalah kutu di bulu haiwan peliharaan mereka. Boleh campurkan Listerine dengan air dan spray ke bulu kucing tersebut. Selain itu, boleh juga dicampurkan dengan syampu mandian untuk digunakan ketika memandikan kucing tersebut.
Sapukan sedikit Listerine ke seluruh muka setiap pagi dan malam. Jerawat-jerawat degil tu akan mengecut dan hilang. Hebatkan!
Tuangkan sedikit Listerine ke dalam gelas dan rendamkan berus gigi selama 2-3 jam untuk mematikan segala kuman tu. Barulah boleh gunakan tanpa was-was berus gigi anda!
Spray sedikit Listerine ke atas kain dan sapukan ke atas skrin TV atau monitor komputer. Dijamin segala habuk dan kesan cap jari akan hilang sekelip mata.
Tuangkan Listerine ke dalam besen dan campurkan sedikit air dan cuka putih. Rendamkan kaki selama 30 minit ke dalam besen tersebut. Segala kulat dan kuman yang menyebabkan kaki berbau busuk dan bercagu tu akan hilang. Kulit kaki pun akan lebih cantik dan sihat.