Isu pijak al-Quran sekali lagi jadi perhatian apabila tular satu hantaran di media sosial Threads memaparkan seorang lelaki dipercayai berbangsa India memuat naik gambar memijak al-Quran.

Tindakan itu mencetuskan kemarahan ramai, khususnya umat Islam, lebih-lebih lagi ia berlaku dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan.

Perbuatan tersebut dilihat bukan sahaja biadab, malah jelas menghina agama Islam dan mencabar keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Dalam negara seperti Malaysia yang dibina atas asas toleransi dan saling menghormati, tindakan sebegini memang sukar diterima akal.

Kerajaan Beri Amaran Keras Isu Pijak Al-Quran

Kerajaan Beri Amaran Keras Isu Pijak Al-Quran, Siasatan Segera Tanpa Kompromi

Kerajaan dalam satu kenyataan mengecam sekeras-kerasnya insiden isu pijak al-Quran berkenaan dan menegaskan bahawa sebarang perlakuan yang menyentuh sensitiviti agama serta mengancam ketenteraman awam tidak boleh diterima sama sekali.

Pendirian tegas ini mencerminkan komitmen kerajaan dalam memastikan keharmonian antara kaum dan agama terus dipelihara.

Ads

Dalam konteks negara majmuk, sebarang tindakan yang mencetuskan provokasi berunsur agama boleh membawa kesan yang sangat serius. Justeru, kerajaan memberi amaran keras bahawa tiada ruang untuk perbuatan melampau seperti ini di Malaysia.

Siasatan Segera Oleh MCMC dan PDRM

Susulan isu pijak al-Quran yang tular, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah diarahkan untuk menjalankan siasatan segera di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Langkah ini diambil bagi memastikan setiap aspek kes disiasat secara menyeluruh tanpa sebarang kompromi.

Pada masa sama, MCMC turut akan menyelaras bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan tindakan menyeluruh diambil berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada. Ini termasuk mengenal pasti individu terlibat serta mengambil tindakan sewajarnya jika didapati bersalah dalam isu ini.

Ads

Apa pun latar belakang atau motif individu terbabit, kebebasan bersuara bukan tiket untuk menghina mana-mana agama.

Isu ni membuktikan bahawa penyalahgunaan platform media sosial boleh mengundang implikasi besar terhadap keselamatan dan perpaduan negara.

Malaysia bukan ruang untuk provokasi melampau yang boleh mencetus ketegangan antara kaum dan agama. Setiap rakyat perlu memahami bahawa kebebasan datang bersama tanggungjawab, terutama apabila melibatkan perkara berkaitan agama dan sensitiviti masyarakat.

Ads

Netizen Mahu Tindakan Tegas

Rata-rata netizen berharap agar tindakan tegas dikenakan sebagai pengajaran kepada semua pihak agar tidak sewenang-wenangnya mempermainkan isu yang begitu sensitif seperti isu pijak al-Quran. Desakan ini mencerminkan keresahan rakyat terhadap peningkatan kandungan provokatif di media sosial.

Dalam suasana masyarakat majmuk, rasa hormat itu bukan pilihan ia satu tanggungjawab bersama. Isu harus dijadikan pengajaran bahawa keamanan dan keharmonian negara perlu dipelihara oleh semua tanpa mengira kaum atau agama.

Sumber : Facebook Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads