Hot Item! Kaftan Watak Jahat Filem Disney Jadi Taruhan CalaQisya

Share

 

Selalu sold out kan. Jangan terlepas peluang miliki koleksi kedua CalaQisya x Disney ini.

 

Setelah mendapat respon yang cukup memberansangkan bagi koleksi kolaborasi pertama CalaQisya X Disney kira-kira tiga minggu lalu, CalaQisya sekali lagi menggembirakan peminat jenama itu apabila melancarkan koleksi kedua bersama Disney pada hari ini.

Secara peribadinya, penulis merasakan koleksi kali ini sedikit lebih menarik memandangkan mereka telah memilih beberapa watak antagonis daripada filem keluaran Disney sebagai inspirasi utama.

CalaQisya menjelaskan bahawa pemilihan watak antagonis Disney seperti Evil Queen (Snow White), Cruella (101 Dalmatians) dan Maleficient (Sleeping Beauty) adalah untuk mengambil semangat daripada setiap watak itu yang dikenali sebagai wanita yang tidak mudah mengaku kalah.

Biarpun dari permukaan, watak-watak ini melihatkan sisi jahat dalam diri masing-masing, namun nilai positif yang ingin mereka fokuskan buat koleksi ini.

Sebagai contoh, Cruella adalah individu yang bercita-cita tinggi.

Evil Queen pula seorang ratu yang mengagungkan kecantikan.

Manakala Maleficient sanggup melindungi orang yang disayanginya walaupun dia tidak mudah mempercayai orang di sekeliling.

“Rekaan kami lebih kasual, santai dan mesra bagi ibu yang menyusu badan. Anda akan dapat lihat sulaman halus pada fabrik CalaQisya. Ia tidak keterlaluan dan masih mengekalkan landasan tema ‘sisi jahat dalam diri kita’,” kata CEO jenama lokal Muslimah ini, Yana Khairuddin.

Untuk koleksi CalaQisya X Disney ini, sebanyak enam rekaan kaftan polos dengan nama seperti Spell, Creepers, Cruella, Vein dan Canjure ditawarkan dalam 25 rona berbeza.

Setiap kaftan mempunyai elemen garisan dan sulaman. Malah, sulaman pada kaftan Spell dan Creepers tampil glow in the dark tau!

Setiap kaftan mula dijual pada hari ini dari harga RM199 hingga RM289.

Untuk memastikan korang tidak terlepas peluang seperti yang berlaku kepada koleksi CalaQisya X filem Raya & the Last Dragon, korang perlu merebutnya secepat mungkin di LAMAN WEB mereka.

IKLAN