Zaman sekarang ini, kalau korang nak ke mana-mana dah tak perlu risau dengan adanya aplikasi GPS. Satu ketika dahulu, sistem GPS memerlukan peranti berbeza tetapi dengan kecanggihan teknologi yang ada, GPS kini lebih mudah untuk diakses.
Terkini, syarikat terkemuka dari Jepun, Honda mempunyai idea yang berbeza apabila mereka menghasilkan Ashirase yang dipasang terus pada kasut ataupun selipar. Getaran haptic secara 3D akan memberitahu si pemakai untuk bergerak ke hadapan, belakang atau belok berdasarkan maklumat yang disampaikan daripada aplikasi GPS peranti pintar.
Ads
Ashirase ini dibangunkan khusus untuk OKU penglihatan yang memerlukan sistem navigasi GPS yang tidak memerlukan pemandangan.
Ads
Walau bagaimanapun, Honda masih lagi menguji teknologi ini bagi memastikan ia benar-benar sesuai digunakan oleh golongan OKU. Khabarnya, terdapat perancangan untuk menwarkannya kepada orang ramai menjelang 2023 nanti.
Ads
Teknologi canggih ini bukan sahaja memudahkan, malah ia sedikit sebanyak dapat membantu melancarkan urusan mereka yang tidak berkemampuan.
Kalau korang perasan, bila pergi ke kedai aksesori telefon bimbit, mesti dorang claims produk yang dijual tu original kan?
Confirm korang pun tertanya-tanya sama ada produk tersebut benar-benar orginal atau tidak. Menurut seorang pengguna twitter, myjoe_ berkongsi pengalamannya semasa berada di China, sebenarnya ada atleast 7 types of iPhone cable, daripada 100 peratus original sampai la yang paling murah.
Macam mana nak tahu iPhone cable korang tu ori atau tak, baca thread yang dikongsi olehnya ini.
Ada cetakan
Hujung connector
Bahagian USB
‘Sticker biru’
Company yang diiktiraf Apple
Harga bermula RM89
Tak semua individual seller jual fake products
Sumber
Okay lepas ni sebelum membeli tu boleh la belek-belek dulu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini jenama telefon pintar Apple telah melancarkan tiga model terbaru iPhone 11 yang mempunyai ciri-ciri yang lebih canggih. Model tersebut termasuklah iPhone 11, iPhone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max.
Apa yang mengujakan netizen adalah kamera iPhone11 model pro yang dilengkapi tiga lensa iaitu kamera utama, kamera telefoto 12 megapixel dan kamera ultra-lebar 12 megapixel. Tapi yang paling mengejutkan juga ialah harganya…bukan calang-calang ye uolls!
Melalui laman web rasmi Apple Malaysia telah kongsikan harga jualan rasmi di Malaysia yang bakal dijual bermula 27 September ini. iPhone 11 harganya RM3,399 (64 GB), RM3,599 (128GB) & RM4,099 (256GB). 11 Pro pula dijual dengan harga RM4,899 (64 GB), RM5,599 (256GB) & RM6,499 (512GB). 11 Pro Max berharga RM5,299 (64 GB), RM5,999 (256GB) & RM6,899 (512GB).
Pengsan terus bila tengok harga iphone 11 ni kan. Tapi korang tahu tak kewujudan 5 telefon pintar yang ada lensa kamera seperti iPhone 11 tapi harga jauh lebih murah?
1. Huawei Mate 20
Telefon pintar ini pertama kali dilancarkan pada tahun lepas. Huawei Mate 20 termasuk telefon bimbit kelas premium. Telefon pintar ini terjual dengan harga RM2999. Keunikannya adalah tiga kamera belakang yang sangat berkualiti malah lensa ini disokong oleh syarikat kamera kelas pertama, Leica.
Fungsi tiga kanta Huawei Mate 20 juga sama dengan Apple, iaitu untuk mengambil gambar-gambar yang luas, ultra lebar, dan telefoto.
2. Samsung Galaxy A70
Sebelum Apple membawa tiga kamera, Samsung telah pun memanfaatkan teknologi ini untuk masa yang lama. Terutama dalam siri A, produk terkini dari Korea Selatan ini adalah Samsung A70. Selain mempunyai tiga kamera belakang, spesifikasi lain juga sangat hebat. RAM terbenam mempunyai kapasiti 8 GB Snapdragon.
Tiga kamera mempunyai ciri-ciri yang berbeza, kamera utama 32 MP, 8 MP ultra lebar, dan satu depth lense. Untuk membawa telefon bimbit ini, anda tidak perlu menghabiskan wang seharga iPhone 11, kerana Samsung Galaxy A70 terjual dengan harga RM1,999.
3. Vivo V15 Pro
Jenama telefon pintar dengan mengguna wajah penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza ini juga tak terkecuali. Vivo V15 Pro masih mendapat sambutan sehingga hari ini yang dijual dengan harga RM 1,899.
Tiga kamera belakang mempunyai resolusi yang sangat besar, kamera utama ialah 48 MP, 8 MP super lebar, dan 5 MP depth lense.
4. Oppo R17 Pro
Siri R adalah siri mudah alih premium yang dimiliki oleh Oppo. Boleh dikatakan yang paling canggih untuk Oppo R17 Pro kerana telefon ini mempunyai tiga kamera tetapi fungsi yang berbeza seperti jenama lain. Jika contohnya Samsung dan Huawei hanya terhad kepada luas, ultra lebar, dan telephoto, Oppo mempunyai teknologi yang berbeza.
Di dalam Oppo R17 ini, ketiga-tiga kamera mempunyai fungsi kamera utama dengan resolusi 20 MP, kanta depth sensor 12 MP, dan akhirnya lensa TOF 3D.
Sesungguhnya 3D TOF adalah teknologi baru dalam kanta telefon bimbit. Dengan teknologi ini, telefon bimbit boleh menangkap cahaya dengan baik agar ketepatan warna dapat dimuat dan menghasilkan kesan bokeh yang lebih baik.
5. Lenovo Z6
Lenovo juga mempunyai telefon tiga kamera yang tidak kurang hebatnya iaitu Lenovo Z6. Spesifikasi juga sangat sengit, dilengkapi dengan skrin OLED, Snapdragon, dan bateri 4,000 mAH.
Tiga kamera di belakangnya terdiri daripada kamera utama 24 MP, kamera 8 MP kedua tetapi mempunyai keupayaan zoom, dan lensa terakhir mempunyai depth lense 5 MP. Bagaimanapun, kualiti tidak jauh ke belakang dengan iPhone terbaharu.
Harga telefon pintar ini cuma RM2,299 bergantung pada kapasiti penyimpanan.
So inilah lima smartphones yang ada tiga lensa seperti iPhone 11, tak banyak beza pun kan. Bak kata pepatah ukur la baju di badan sendiri ye diknon..tapi kalau mampu why not. Apa pun jadilah pembeli dan penguna yang bijak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat pengguna iPhone, Apple kini telah menawarkan iOS 15.4 yang mampu untuk nyahkunci peranti walaupun memakai pelitup muka. Ciri ini sedang diuji pada iOS 15.4 Beta yang akan diberikan minggu ini.
Walau bagaimanapun, ciri ini dilaporkan tidak dapat digunakan oleh pengguna yang memakai kaca mata hitam dan ia hanya disokong pada peranti iPhone 12 ke atas sahaja. Bagi pengguna iPhone 11 ke bawah, malangnya peranti korang tidak menyokong ciri ini.
Untuk pengguna iPhone 12 dan ke atas, selepas ini korang bolehlah mencuba menukar Face ID dengan memakai pelitup muka dan pastinya ia lebih menyenangkan kan?
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.