Siapa sangka lelaki yang selalu memasak di dapur sambil tersenyum ini merupakan seorang Pegawai Forensik di Jabatan Kimia Malaysia.
Jejaka berusia 30 tahun ini sering berkongsi video-video di TikTok yang memaparkan aksinya sedang memasak sambil tersenyum manis sehingga menarik perhatian ramai.
Setiap kali muncul dalam video masakannya, senyuman itulah yang menjadi ‘trademark’ serta daya penarik kepada jejaka yang bernama Mohd Shafiq Zulkarnain ini. Maka, tercetusnya gelaran ‘Shafiq Cute’ yang kini tular di media sosial.
Shafiq tidak asing lagi di media sosial dan para pengikutnya seronok melihat dia memasak serta berkongsi resepi makanan mudah yang boleh dicuba pada bila-bila masa. Selain memasak sambil tersenyum, penampilan kemas Shafiq turut menjadi perhatian warga maya. Bilangan pengikutnya juga semakin hari semakin bertambah.
Di sebalik kelincahannya memasak di dapur, siapa sangka anak kelahiran Alor Gajah, Melaka ini sememangnya minat memasak dan belajar daripada ibu, Noraini Buang, sejak usianya 11 tahun. Selain itu, Shafiq menjadikan aktiviti memasak sebagai hobi.
“Saya memang minat memasak dan sudah menganggapnya sebagai satu hobi serta terapi untuk menghilangkan tekanan kerja.
“Hobi itu berterusan sehinggalah kini. Setiap kali pulang dari kerja atau cuti rehat, saya akan memasak.”
Ads
Menurut Shafiq, dia hanya berkongsi minat dengan para pengikutnya selain memberi kepuasan dan kegembiraan buat dirinya. Segala kerja-kerja suntingan video dilakukan sendiri oleh Shafiq. Selain di TikTok, Shafiq turut mempunyai pengikut yang ramai di Facebook, Instagram serta Youtube.
Shafiq memberitahu, untuk menghasilkan sesebuah video memerlukan perancangan rapi dari segi penyediaan dan bahan-bahan. Apatah lagi bagi dirinya yang bekerja, perancangan dan persediaan awal adalah sangat penting.
Pun begitu, untuk menghasilkan hidangan yang sedap dan menarik tidak semestinya perlu dimasak dengan cara yang terlalu rumit dan menggunakan bahan-bahan yang sukar diperolehi. Dia sendiri berkongsi masakan ringkas namun tetap nampak menyelerakan. Peralatan yang digunakan juga ringkas.
Ads
“Memasak tidak semestinya perlu rumit dan perlu menggunakan bahan-bahan yang sukar didapati. Cukup seperti ibu-ibu kita dulu, guna sahaja apa yang ada di dapur.
“Kita harus kreatif sahaja, memasak bukan satu proses rumit.”
Bagi Shafiq tiada istilah ‘sukar’ dalam kamus masakannya kerana semua mampu lakukan jika ada semangat untuk mencuba. Selain rajin mencipta resipi sendiri dan bertanya rakan-rakan, Shafiq juga sering mencari idea resipi-resipi baru di Internet.
Ads
Semoga segala impian Shafiq terlaksana dan sukses dalam bidang yang diminati.
Kredit Foto: Instagram Shafiq Cute
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Setelah peralihan kuasa kerajaan kepada Pakatan Harapan tahun lalu, rakyat tertanya-tanya sekiranya pertukaran jawatan Perdana Menteri seperti yang dikatakan bakal terjadi dalam masa terdekat?
Hari ini, presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan beliau mengenai hal ini.
Beliau MENJANGKAKAN proses peralihan jawatan Perdana Menteri daripada penyandang beliau, Tun Dr Mahathir Mohamad akan berlaku sekitar Mei tahun depan.
Bercakap kepada agensi berita antarabangsa Bloomberg, Datuk Seri Anwar berkata ada satu perjanjian tentang soal peralihan tersebut yang telah dibuat di mana, Tun Dr Mahathir akan meletak jawatan pada waktu bersesuaian. Dan jawatan Perdana Menteri akan diserahkan sejurus selepas itu.
Namun, beliau tidak terlalu memikirkan tarikh spesifik untuknya berlaku.
“Ada perjanjian mengatakan ia akan dibuat dalam bulan dinyatakan (Mei 2020). Namun saya tak terlalu memikirkan tarikh tepat,” kata beliau dalam teruramah bersama Bloomberg.
Untuk pengetahuan, pada akhir Ogos lalu Tun Dr Mahathir telah mengulangi janjinya untuk menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar.
“Saya buat janji, saya berpegang pada janji saya.
“Apabila saya letak jawatan kelak, tentunya Anwar akan naik sebagai Perdana Menteri. Jangan risau,” jelas beliau semasa mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan di Yayasan al-Bukhary Kuala Lumpur.
*
Jika peralihan ini bakal berlaku pada tahun 2020, korang rasa Malaysia sudah bersedia untuknya?
Sumber: SINAR HARIAN
*
HEY GIRLS, WE’RE BACK
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi korang yang tinggal di Lembah Klang, nama ‘Kampung Sahabat’ mungkin kedengaran janggal sedikit.
Namun, bagi mereka yang menetap mahupun pernah ke Perlis, pastinya korang tahu bahawa Kampung Sahabat adalah sebuah penempatan yang terletak di negeri itu.
Indah dengan panorama sawah padi hijau, langit membiru dan pergunungan sebagai latar belakang – seperti yang sinonim dengan negeri Perlis.
Apabila remaja dan jurugambar sambilan, Dinny Aiman memuat naik foto pemandangan indah yang diambil di Kampung Sahabat ke akaun Instagramnya, dia sama sekali tidak menjangkakan foto tersebut akan menarik perhatian syarikat teknologi gergasi Amerika Syarikat, Apple.
Foto tersebut yang diambil dengan kamera iPhone 7 Plus telah dimuat naik semula oleh Apple di akaun Instagram mereka berserta caption berbunyi, “Humanity turns a photo into a story” dan mempunyai hashtag #malaysia di situ.
Dinny, 20 berkata kepada rakan media di Sinar Harian bahawa foto tersebut sedikit sebanyak memberikan impak kepada kerjayanya sebagai seorang jurugambar.
“Saya hanya mengambil gambar di negeri kelahiran saya itu pada bulan Mei lepas dan hanya untuk berkongsi tentang keindahan pemandangan di Perlis,” katanya.
Kes bunuh diri yang terjadi dalam masyarakat dunia hari ini semakin membimbangkan. Tidak hanya berlaku di luar negara, malah masalah ini turut terjadi dalam negara kita sendiri.
Terbaru, seorang wanita berusia 26 tahun nekad terjun dari tingkat atas bangunan pusat membeli-belah di Klang dipercayai kerana rasa bersalah telah menyusahkan rakan dan keluarganya membayar hutang 'along'.
Menurut laporan Harian Metro, gadis itu bekerja sebagai seorang kerani restoran dan ditemui mati oleh orang awam kira-kira 12 tengah hari semalam.
Ibu mangsa mengesahkan anak perempuannya gagal mengawal perasaan dan hampir pengsan.
Menurut sumber lagi, mangsa pernah berhutang sejumlah wang dengan tiga kumpulan 'along' dan meminta rakan serta keluarganya membayar semua pinjaman berkenaan.
Seorang rakannya telah menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp kelmarin dengan meminta mangsa supaya berubah dan tidak meminjam dari 'along lagi.
Namun, mangsa membuat status di laman sosial Facebook menyatakan dirinya meminta maaf kerana menyusahkan keluarga serta rakannya sebelum terjun bangunan.
Ramai yang bersimpati dengan nasib gadis ini dan menasihatkan kepada yang lain agar jangan melibatkan diri dengan 'perniagaan along'.
Malah, ada juga yang memberi solusi sekiranya berhadapan dengan situasi ini, apa yang perlu korang buat adalah buang rasa takut dalam diri terlebih dahulu sebelum berniat untuk membunuh diri.
Ya, mungkin juga kerana tertekan membuatkan gadis ini nekad untuk membunuh diri.
Sebaiknya jika kita mempunyai sebarang masalah, berkongsilah dengan individu yang boleh dipercayai. Jika mereka tidak boleh membantu dari segi wang ringgit, mungkin boleh mencari solusi dan memberikan nasihat yang lebih baik.
Jangan simpan seorang diri kerana dikhuatiri akan memudaratkan diri sendiri.