Uncategorized

Hilangkan Kesan Tahi Lalat Pada Telekung Solat & Pakaian, Guna TRIK Ini!

Share

Tahi lalat atau sebenarnya kulat pada pakaian ini muncul disebabkan kelembapan pada kain. Jika tidak mahu pakaian bertahi lalat pastikan helaian kain atau pakaian betul-betul kering terlebih dahulu sebelum dilipat dan disimpan dalam almari.

Kulat ini juga sering terkena pada helaian telekung, telekung yang lembap kemudian terus dilipat atau disimpan akan mengundang tahi lalat. Selalu mengalami tahi lalat adalah di bahagian dagu.

ARTIKEL BERKAITAN : Hilangkan Kesan Kuning Pada Kasut Selepas Dibasuh, Guna Trik Tisu Saja!

Bagi memastikan tahi lalat ini hilang dan kembali bersih boleh gunakan dua cara berikut;

1. Guna sabun kuning

Sediakan sabun kuning Ganso dari kedai Eco. Kemudian gosok bahagian bertahi lalat dengan sabun tersebut. Sental dengan berus.

Seterusnya bilas, dan jemur. Sekiranya tahi lalat masih ada, boleh boleh ulang cara yang sama. Penggunaan sabun ini juga tak menjejaskan fabrik.

2. Guna cuka dan lemon

Tuang air panas dalam besen, campurkan cuka (lebih kurang satu cawan) kemudian rendam lebih kurang satu jam.

Kemudian keluarkan baju dari air rendaman cuka. Potong lemon dan perah pada bahagian baju yang ada tahi lalat tadi. Boleh guna gosok hirisan lemon tadi.

Selepas itu sental dengan berus. Insya-Allah akan tahi lalat hilang selepas diberus. Jika tahi lalat banyak guna lebih sikit cuka dan lemon tadi.

Artikel ini diambil diolah dari VK.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Saida Bushri & Mazni Maz


IKLAN