Model terkenal Thailand, Kullapat Pongprahab telah ditemui mati dalam Sungai Chao Phraya pada Khamis, 6 Januari 2021. Penemuan itu mengakhiri teka teki kehilangannya seperti yang dilaporkan keluarganya.
Penemuan mayatnya telah disahkan oleh pegawai dari Balai Polis Pak Klong San, Pol Col Yokin Benjapat. Pengesahan itu dibuat setelah orang awam menemui satu mayat lelaki berdekatan Jeti Ratchawong.
Dia antara model lelaki yang mendapat perhatian dalam industri fesyen.
Tatu pada badan dan juga dokumen pengenalan yang masih ada bersama mayat mengukuhkan lagi yang mangsa merupakan model terkenal itu.
Turut menjadi misteri, pihak polis dan penyelamat turut menjumpai satu mayat wanita berusia 20an yang disyaki telah meninggal selama dua hari. Namun identiti mayat tersebut belum dikenal pasti.
Ads
Sebelum kehilangannya pada selasa, seorang pembantu rumah yang bekerja di pangsapuri model itu dilaporkan berkata dia pernah melihat Kullapat duduk di bangku di luar apartmen dan dia kelihatan seperti tidak sihat.
Berusia 27 tahun pada 2022, Kullapat ada membuat hantaran terahir di laman Facebooknya pada 3 Januari, sehari sebelum kehilangannya. Dia memuat naik sebuah hantaran berbunyi, “Sudah tahun 2022. Orang yang memandang ke dalam arah saya boleh menggoda saya. Banyak sekarang. Ia bukan berkenaan orang yang saya berbual bersama. Saya berbicara soal umur.”
Ads
Dikenali sebagai Kendo oleh rakan industri fesyen dan hiburan, jejaka tinggi lampai ini berketurunan Thailand kacukan Jepun. Oleh itu wajahnya yang kacak dan unik menjadi taruhan.
Sebagai seorang model, Kendo boleh dikira sebagai seorang model popular. Dia banyak menghiasi kempen-kempen fesyen selain selalu muncul dalam lembaran fesyen majalah antarabangsa seperti Elle Man, L’Officiel Hommes dan Vogue Thailand.
Ads
Rest In Peace Kendo!
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Selepas menjadi tular dalam insiden sidang media mengenai kemalangan yang membabitkan dua tren LRT. Dato’ Seri Tajuddin Abdul Rahman telah ditamatkan perkhidmatannya serta merta sebagai pengerusi bukan eksekutif Prasarana. Perkara ini telah disahkan oleh Kementerian Kewangan apabila satu surat bertarikh 26 Mei 2021 telah tular di media sosial.
Dalam surat berkenaan tertulis, “Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan telah bersetuju agar perkhidmatan Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuasa kuasa serta-merta.
“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah Datuk Seri berikan kepada Prasarana sepanjang menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat.”
Sebelum ini tular dimedia sosial apabila satu petisyen supaya beliau diturunkan jawatan tular di media sosial. Setakat artikel ini ditulis sebanyak 136,201 tandatangan telah diturunkan oleh warganet yang mahukan beliau meletak jawatan.
Tajuddin merupakan ahli parlimen Pasir Salak dan telah dilantik sebagai pengerusi Prasarana bermula 11 Mei 2020 bagi menggantikan Tan Sri Zaharah Ibrahim yang meletak jawatan pada 7 Mei 2020.
Kalau cerita tentang pengalaman masa study dulu memang macam-macam kisah seramlah yang keluar. Lagi-lagi bila tinggal di kediaman kolej. Nak kata tak percaya tak boleh juga, sebab bukan seorang yang cerita, ramai juga pelajar lain yang melalui situasi yang sama.
Begitu juga dengan kisah yang dikongsi di laman sesawang kisahseram.com, kejadian ini berlaku di Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terletak di Sintok, Kedah. Sama ada benar atau tidak, ia tidak dapat dipastikan kerana kisah ini diceritakan sendiri oleh seorang cikgu matrikulasi.
Gambar hiasan
Cerita ini berlaku di sebuah kolej perempuan dan menurut si pengadu, terdapat seorang pelajar yang tinggal berdua dengan teman sebiliknya. Kehidupan mereka seperti biasa sahaja seperti pelajar-pelajar yang lain tanpa ada sebarang syak wasangka dan juga benda pelik yang berlaku. Segala-galanya normal sehinggalah pada suatu hari apabila pelajar tersebut balik ke bilik.
Semasa pelajar ini mahu tidur, dia meminta tolong teman sebiliknya untuk menutup suis lampu kerana dia tidak boleh tidur dalam keadaan yang terang. Dengan selamba, teman sebiliknya itu menjulurkan tangannya yang panjang macam hantu dalam filem Nang Nak dan terus menekan suis lampu. Pelajar tersebut terus berlari keluar dari bilik.
Gambar hiasan
Apabila dia menceritakan kisah ini kepada teman-teman yang lain, tanpa membuang masa mereka bergegas ke biliknya dan didapati bahawa dia rupa-rupanya hanya tinggal seorang diri tanpa teman sebilik kerana katil dan almari di sebelahnya kosong!
Masih lagi tidak berpuas hati dan mahu mencari jawapan sebenar, pelajar tersebut telah berjumpa dengan seorang staff di pejabat kolej dan dia diberitahu bahawa tiada nama yang disebutkannya tinggal di dalam bilik tersebut, malah ia memang tidak pernah wujud.
Gambar hiasan
Rupa-rupanya sudah satu semester pelajar itu tinggal dengan makhluk halus atau jin yang menyamar sebagai teman sebiliknya.
Selepas daripada insiden itu, tenaga pengajar di sana sempat berpesan bila balik ke bilik, periksa terlebih dahulu teman sebilik mereka sama ada dia manusia atau hantu.
Wah, kes berat ni. Menangis juga la kami kalau tahu rupa-rupanya selama ni orang yang dianggap kawan tu rupa-rupanya makhluk jadian.
Eeee.. seram!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Isu penyewa enggan membayar sewa antara dilema yang sering di hadapi oleh tuan rumah. Kadang boleh jadi isu lebih besar sehingga perlu membuat laporan polis disebabkan kengganan penyewa membuat bayaran termasuk ada yang keras kepala tetap tinggal di rumah tersebut walau sewa tidak dibayar.
Peguam Mohamad Nasruddin Ab Rahman dari tetuan Baharuddin Ali & Co berkongsi apa yang perlu tuan rumah lakukan untuk mendapatkan sewaan jika penyewa terus enggan membayar. Mungkin ramai tidak sedar tapi tuan rumah tak boleh halau penyewa yang tak bayar sewa tanpa adanya Waran Distres di bawah Seksyen 5(1) Akta Distres 1951 atau mengambil peguam untuk Hantar Notis Tuntutan melalui peguam.
Menurut Mohamad Nasruddin, sebelum ini beliau telah berkongsi mengenai hak-hak yang ada pada penyewa khususnya dalam situasi di mana jika tuan rumah bertindak menghalau penyewa keluar secara paksa.
Secara ringkasnya, tuan tanah tidak boleh:
Menghalau penyewa secara paksa, kena dapatkan perintah mahkamah dulu.
Tidak boleh tukar kunci pintu/pagar premis sewa tanpa pengetahuan penyewa.
Tidak boleh masuk ke premis sewa tanpa kebenaran penyewa terlebih dahulu.
Tidak boleh menutup premis sewa tanpa perintah mahkamah.
Tidak boleh sita/rampas barang-barang milik penyewa tanpa perintah mahkamah.
Jika tuan rumah bertindak seperti di atas tanpa perintah mahkamah, tindakan tuan rumah ini boleh dicabar oleh penyewa di mahkamah di bawah Seksyen 7(2) Akta Relief Spesifik 1950 dan mungkin kena bayar gantirugi pula.
Ini boleh dilihat dalam kes Rasha Utara Enterprise & Makami Enterprise v. Majlis Perbandaran Sungai Petani (MPSP) [2017].
MPSP sebagai tuan tanah telah bertindak masuk ke premis sewa dan menyita segala barang-barang milik penyewa-penyewa tanpa perintah mahkamah.
Mahkahmah Tinggi memutuskan bahawa MPSP perlu membayar sebanyak RM 45,000 kepada penyewa-penyewa atas tindakan yang membelakangkan undang-undang tersebut. Nampak tak betapa ruginya kalau tuan tanah bertindak tanpa mengikut ketetapan undang-undang?
APA YANG TUAN TANAH BOLEH BUAT?
Baik, untuk memudahkan, saya akan terangkan mengikut situasi. 1. Penyewa tak bayar sewa bulanan. Ini sering terjadi. Penyewa masih gagal untuk jelaskan bayaran sewa yang tertunggak selama berbulan-bulan walaupun dah berkali-kali tuan tanah ingatkan. Jadi, apa tuan tanah boleh buat? Halau terus keluar? Jangan.
Ada dua pilihan:
a. Hantar Notis Tuntutan melalui peguam untuk menuntut penyewa membayar tunggakan sewa. Sekiranya penyewa masih enggan, tindakan saman akan dilakukan terhadap penyewa di mahkamah untuk mendapatkan kembali sewa yang tertunggak.
b. Mohon Waran Distres di bawah Seksyen 5(1) Akta Distres 1951. Waran Distres ini boleh dimohon secara ex-parte (sebelah pihak sahaja).
Dengan adanya Waran Distres ini, tuan tanah boleh sita dan jual barang-barang milik penyewa yang berada dalam premis sewa untuk selesaikan tunggakan sewa maksimum 12 bulan. Dengan syarat, penyewa masih duduk di premis sewa ataupun barang-barang milik penyewa masih ada di premis sewa. Jadi, jangan main langgar je nak jual barang milik penyewa kalau penyewa tiba-tiba cabut. Kena ikut prosedur. Kalau tak, penyewa boleh saman tuan tanah atas penyitaan barang secara salah. Seperti dalam kes MPSP di atas.
Tapi yang penting, kalau ada tunggakan sewa yang tak lebih 12 bulan, tuan tanah jangan buat senyap. Kena terus keluarkan Notis Tuntutan atau dapatkan Waran Distres untuk tuntut tunggakan sewa tersebut. Kalau tak, tuan tanah mungkin boleh dianggap telah ketepikan haknya untuk kutip sewa tertunggak tu. Hati-hati!
2. Sewaan telah tamat tetapi penyewa masih menghuni di premis sewa
Perjanjian sewa akan tamat dalam masa 3 bulan. Jadi, anda sebagai tuan tanah pun tulislah surat kepada penyewa yang anda tidak berniat untuk sambung sewaan kepada penyewa dan meminta penyewa kosongkan premis di akhir 3 bulan tersebut.
Namun, selepas sewaan berakhir, penyewa masih lagi menghuni di premis sewa. Walaupun status penyewa sudah boleh dianggap sebagai penceroboh (trespass) dan walaupun dalam kontrak sewa dah sebutkan tuan tanah berhak masuk dan tutup/sita barang-barang penyewa, tuan tanah tetap tak boleh buat begitu tanpa perintah mahkamah. Jangan sesekali bertindak dengan membelakangkan undang-undang. Nanti makan diri.
Jadi, apa tuan tanah boleh buat?
a. Dapatkan Writ Pemilikan daripada mahkamah untuk supaya penyewa serahkan milikan kosong kepada tuan tanah. Inilah perintah mahkamah yang dimaksudkan dalam Seksyen 7(2) Akta Relief Spesifik.
Dengan adanya perintah ini, barulah tuan tanah boleh memaksa penyewa untuk keluar daripada premis sewaan.
b. Tuan tanah berhak untuk dapatkan gantirugi ‘double rent’ di bawah Seksyen 28(4)(a) Akta Undang-Undang Sivil 1956 jika penyewa enggan untuk mengosongkan/menyerahkan premis sewa walaupun perjanjian sewaan telah pun tamat.
‘Double rent’ ini bukanlah sebenar sewa semata-mata tetapi sebagai gantirugi kepada tuan tanah atas kesusahan yang dihadapi dan kerugian kehilangan sewa disebabkan oleh keengganan penyewa untuk mengosongkan premis sewa.
Perkara ini dijelaskan dalam kes Mahkamah Persekutuan Rohasassets Sdn Bhd v. Weatherford (M) Sdn Bhd & Anor [2020].
Dengan syarat, tuan tanah perlulah menyatakan dengan jelas bahawa tuan tanah tidak berniat untuk perbaharui kontrak sewa dan perlu nyatakan kepada penyewa bahawa ‘double rent’ akan dicaj selagi mana penyewa masih lagi menghuni premis sewa selepas kontrak tamat.
KEPENTINGAN PERJANJIAN SEWAAN YANG LENGKAP DAN MENYELURUH
Kebanyakan isu-isu yang melibatkan tuan tanah dan penyewa terjadi disebabkan perjanjian sewaan yang terlalu ringkas dan tidak menyeluruh.
Klausa-klausa seperti hak tuan rumah untuk dapatkan pembayaran tunggakan bil api dan air ataupun sewa bulanan, tempoh notis yang perlu diberikan sekiranya ingin perbaharui kontrak sewa dan hak kepada tuan rumah untuk memotong bekalan api dan air jika sewaan ditamatkan, tidak diterangkan atau dijelaskan dalam perjanjian sewa dengan terperinci.
Tidak lupa juga mengenai isu tanggungjawab tuan tanah dan penyewa jika keadaan ‘frustration of contract’ ataupun ‘force majeure’ berlaku contohnya pandemik Covid-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), apakah status kontrak sewa dalam keadaan-keadaan ini begini, seharusnya dimasukkan dalam perjanjian sewa.
Justeru, kedua-dua pihak khususnya tuan tanah perlulah pastikan perjanjian sewa yang dimasuki adalah lengkap dan menyeluruh serta jelas menerangkan tugas dan tanggungjawab pihak-pihak sekiranya apa-apa yang berlaku.
Perlu diingat, undang-undang melibatkan penyewaan di Malaysia lebih melindungi penyewa berbanding tuan tanah. Sebab itu pentingnya perjanjian sewa yang lengkap untuk mengimbangi hak di antara penyewa dan juga tuan tanah.
Semoga bermanfaat.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!