Hidayah sememangnya milik Allah dan ia boleh hadir kepada sesiapa sahaja, pada bila-bila masa dan dengan cara yang tidak disangka.
Itulah kisah yang dikongsikan oleh seorang pengguna Threads dikenali sebagai cikacuyuszaf, yang sebelum ini menjalani kehidupan berbeza daripada kebanyakan wanita lain.
Menurut perkongsiannya, dia pernah hidup sebagai seorang pengkid berambut pendek, berpakaian seperti lelaki dan jauh daripada imej seorang wanita Muslimah. Namun siapa sangka, satu perjalanan ke Tanah Suci telah mengubah seluruh hidupnya.
Hati Tersentuh Di Tanah Suci
Wanita itu menceritakan bahawa sebelum ini dia tidak pernah terfikir untuk memakai pakaian perempuan. Malah dia sendiri mengakui tidak pernah memiliki baju raya wanita sepanjang hidupnya.
Namun segalanya berubah ketika dia menjejakkan kaki ke Mekah untuk menunaikan umrah.
Suatu hari ketika berada di sebuah kedai, matanya terpandang sehelai jubah wanita. Dia memegang pakaian tersebut lama sambil menahan perasaan sebak yang tiba-tiba hadir. Menurutnya, ketika itu air mata mengalir tanpa dapat ditahan.
Bagi orang lain, jubah tersebut mungkin hanyalah pakaian biasa. Tetapi bagi dirinya, detik itu terasa seolah-olah Allah sedang melembutkan hatinya.
Antara pengalaman yang paling menyentuh dalam hidupnya adalah ketika pertama kali melihat Kaabah di hadapan mata.
Menurutnya, saat itu dia benar-benar tidak mampu menahan perasaan.
Ads
View on Threads
“Bila pertama kali aku nampak Kaabah… kaki aku jadi lemah. Air mata jatuh tanpa aku sedar.”
Detik tersebut menjadi satu momen yang sangat mendalam buat dirinya. Di hadapan Kaabah, dia merasakan betapa besarnya peluang yang Allah berikan untuk dirinya berubah dan kembali kepada jalan yang benar.
Belajar Menjadi Wanita Semula
Selepas pengalaman tersebut, dia mula perlahan-lahan belajar untuk berpakaian seperti wanita.
Pada awalnya, dia hanya memakai pakaian lengan panjang dan tudung milik rakan serumah. Walaupun kelihatan sederhana, perubahan kecil itu memberi makna besar dalam perjalanan hidupnya.
Menurutnya lagi, ramai juga orang di sekeliling yang mahu menghadiahkan pakaian kepadanya sebagai tanda sokongan. Walaupun dia mampu membeli sendiri, pemberian tersebut membuatkan dirinya berasa sangat dihargai.
Ads
“Alhamdulillah rezeki. Kita tak meminta, kita mampu beli. Tapi bila pakai barang orang bagi, kita rasa dihargai,” katanya.
Mengakui Masa Lalu Yang Penuh Kekhilafan
Wanita itu juga tidak menafikan bahawa kehidupannya sebelum ini dipenuhi dengan pelbagai kesilapan.
Dia mengakui pernah menjalani kehidupan yang penuh dosa selama lebih 30 tahun. Malah suatu ketika dahulu, dia pernah berbangga menunjukkan aurat dan dipuji kerana berpenampilan seperti lelaki.
Namun kini dia melihat semua itu sebagai sebahagian daripada perjalanan hidup yang mengajarnya banyak perkara.
Menurutnya, perkongsian tersebut bukanlah untuk menunjukkan dirinya sudah menjadi lebih baik daripada orang lain. Sebaliknya, dia hanya ingin berkongsi perjalanan hidupnya sebagai satu peringatan.
Ads
Dia juga tidak berniat menghina atau merendahkan mana-mana individu yang mungkin sedang bergelut dengan isu kekeliruan identiti seperti yang pernah dialaminya. Baginya, apa yang berlaku hanyalah satu bentuk kasih sayang Allah yang “menjentik” hatinya untuk kembali ke jalan yang benar.
Perkongsian cikacuyuszaf itu mendapat perhatian ramai pengguna media sosial di Threads.
Rata-rata netizen meninggalkan komen mendoakan agar dirinya terus istiqamah dalam perjalanan hijrah yang sedang dilaluinya.
Bagi ramai orang, kisah tersebut menjadi satu peringatan bahawa tiada siapa yang terlalu jauh untuk kembali kepada Allah.
Kerana hidayah boleh datang dalam pelbagai cara kadangkala melalui satu detik yang tidak pernah kita sangka, seperti saat pertama kali melihat Kaabah di hadapan mata.
Sumber : Thread cikacuyuszaf
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu per satu kes siber buli slash body shaming berlaku ke atas mereka yang mempunyai jumlah followers ramai di Malaysia, dan tentunya golongan selebriti menjadi sasaran mudah.
Pertama, kes yang dihadapi bayi Nora Danish, Ney Ney. Kemudian mereka nak bantai gaya rambut Scha Alyahya pula.
Umpama tak berpuas hati dengan penampilan selebriti, netizen tak tahu dah nak berselindung di sebalik layah rasa segan dan rasa hormat.Apa yang terlintas di fikiran terus ditaip buat tontonan umum, tak ada lagi ‘filter dalam otak’ sebelum mereka memuat naik komen.
Antara kes body shaming melanda vokalis iamneeta, Neeta Manisha di mana warna kulitnya dipersoalkan oleh netizen. Satu posting-nya di Instagram menerima pelbagai komen berbaur cercaan oleh netizen tentang warna kulitnya, lalu menjurus kepada vibe negatif.
Neeta sedar akan situasi tersebut lalu memadam posting bagi mengelak isu ini berlarutan. Namun, anak kelahiran Sungai Petani ini kemudiannya ‘mengajar’ golongan pembuli siber dalam posting seterusnya.
“Saya telah berhadapan dengan ‘masalah’ ini sejak sekolah rendah lagi. Most of my life, saya dimasukkan ke sekolah jenis Cina. Dan warna kulit saya sering menjadi sasaran para pembuli kerana ia adalah perkara pertama yang mereka lihat.
“Tetapi, selama saya berhadapan dengan ‘masalah’ ini, ia telah membuatkan saya sedar bahawa warna kulit saya juga cantik! Ia mewakili siapa diri saya yang sebenar,” terang Neeta.
* * * * *
Dalam temuramah REMAJA bersama Neeta baru-baru ini untuk paparan cover Majalah REMAJA isu April – Jun 2018, Neeta mengakui ramai peminatnya yang kelira dengan rupa paras yakni kulitnya yang mirip gadis berbangsa Melayu. “Tapi saya anggap itulah yang membuatkan saya lebih istimewa, iaitu darah campuran Cina, India dan Thai yang saya miliki.”
Dua orang ahli kumpulan iamneeta turut menjadikan kumpulan tersebut lebih ‘berwarna’ dengan background masing-masing. Anas berbangsa Melayu manakala Patrick mempunyai campuran darah Filipina.
“Saya selalu katakan kepada remaja berkulit sawo matang seperti saya untuk tidak sesekali mengalah kepada komen negatif yang mempersoalkan warna kulit kamu dan siapa diri kamu yang sebenar.
“People can be mean but do not let it go to your head. Kamu tak perlu mengubah diri semata-mata untuk menyedapkan pandangan orang lain. Kamu juga cantik! Dan setiap kali kamu berhadapan dengan hater selepas ini, just ingat yang mereka tidak boleh memiliki apa yang kamu ada dan sebab itulah mereka membuli secara tersorok di media sosial.”
Neeta Manisha bersama 8 orang lagi penghias cover Majalah REMAJA isu April – Jun 2018.
Neeta juga berpesan kepada si pembuli untuk cuba memahami perasan orang lain. “Understand the discrimination felt by me and many others. Saya harap isteri, anak perempuan, saudara, kakak dan abang kamu tidak perlu berdepan dengan isu body shaming seperti yang telah kami hadapi,” kata Neeta yang boleh berbahasa Malaysia, Inggeris, Hokkien dan Mandarin.
Just be pretty lah people, cantik pada luaran, adab dan bahasa yang kita tuturkan. Okay?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sebuah lagi filem horror, Polaroid bakal menemui penonton di pawagam tidak lama lagi. Dan macam biasa, kami nak belanja korang menonton wayang percuma bersama team Remaja.
Polaroid menceritakan tentang seorang pelajar sekolah yang bernama Bird Fitcher secara tidak sengaja menjumpai kamera Polaroid lama yang mempunyai kisah misteri disebaliknya. Sesiapa yang gambarnya diambil dengan kamera tersebut pasti akan mati dalam keadaan tragik.
Bird dan rakan-rakannya bergelut untuk menyelamatkan diri, selain perlu menyelesaikan misteri sumpahan kamera, sebelum mereka semua mati!
Dibintangi oleh Kathryn Prescott, Katie Stevens dan Madelaine Petsch, filem ini bakal ditayangkan di seluruh pawagam tanah air bermula 2 Mei nanti.
Kalau nak menang dua tiket percuma filem ini dan tonton bersama kami, sertai peraduan #WayangRemaja dengan hanya menjawab soalan mudah.
Menangi tiket wayang Remaja x Polaroid
Tarikh: 21 Mei 2019 (Selasa)
Masa: 8.30 malam
Lokasi: TGV Cinemas Sunway Pyramid
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, agensi K-Pop terkenal, SM Entertainment telah melancarkan kumpulan lelaki British pertama, Dear Alice semasa satu sidang media di London.
Acara yang berlangsung pada Khamis lalu itu bertujuan untuk memperkenalkan nama kumpulan baru tersebut beserta ahli anggota mereka kepada media.
Difahamkan, Dear Alice adalah kumpulan dengan lima orang ahli yang dibentuk oleh SM, SM & Kakao Entertainment America dan sebuah syarikat hiburan British, Moon & Back Media.
Moon & Back Media bertanggungjawab untuk pemilihan ahli kumpulan, manakala SM Entertainment menyediakan kepakaran dalam muzik, koreografi dan latihan vokal dari industri K-pop.
Anggota kumpulan ini terdiri daripada Blaise Noon, Dexter Greenwood, James Sharp, Olly Quinn dan Reese Carter, yang berumur antara 19 hingga 23 tahun, dan mereka datang dari latar belakang yang pelbagai.
Selain itu, Dear Alice juga akan membuat penampilan sulung melalui siri TV ‘Made in Korea: The K-pop Experience’ sebuah siri enam bahagian yang dijadualkan ditayangkan di BBC One dan iPlayer pada akhir bulan ini.
Sekadar info, siri ini akan memaparkan lima ahli kumpulan tersebut semasa mereka menjalani proses latihan K-pop selama 100 hari di Seoul, Korea Selatan dengan matlamat untuk melancarkan Dear Alice. Menurut SM, kumpulan K-pop yang dilokalkan ini akan dilancarkan di pasaran muzik global, termasuk Britain.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sharifah Aryana berhijab menjadi perhatian ramai apabila pelakon itu berkongsi keputusan untuk mencuba tampil lebih sopan selepas melalui pelbagai fasa penting dalam hidupnya.