Pelakon baharu, Marc Syahmie, tidak menyangka sakit tulang belakang yang dialami hampir setahun dan bengkak di sebelah testis merupakan simptom kanser testis.
Syahmie, atau nama sebenarnya Ahmad Syahmie Mahayudin, terkejut apabila disahkan doktor menghidap kanser testis tahap dua pada usia 25 tahun.
Menurutnya, keluarga juga terkejut, namun selepas merenung kembali, dia berlapang dada dan menerima takdir.
“Saya terduduk juga apabila disahkan ada kanser. Dalam hati tertanya-tanya kenapa saya, sedangkan saya masih muda dan tidak ada sejarah sakit kanser dalam keluarga.
“Sakit adalah penghapus dosa, saya mula berdamai dengan takdir,” katanya.
Syahmie bagaimanapun bersyukur kerana kansernya dikesan pada peringkat awal, sebelum ia merebak ke bahagian lain tubuh. Sebulan selepas disahkan, dia menjalani pembedahan membuang sel kanser di testis kiri dan rawatan kimoterapi.
“Alhamdulillah, saya hanya perlu melakukan kimoterapi sekali sahaja menggunakan dos paling tinggi. Walaupun kesannya pada badan, saya rasa loya dan keletihan,” ujarnya.
Ads
Marc Syahmie
Namun, selepas seminggu, Syahmie kembali menjalani kehidupan seperti biasa dan doktor memberi jaminan bahawa dia akan sembuh sepenuhnya kerana usianya yang masih muda.
Meski kanser testis sering dikaitkan dengan stigma negatif, Syahmie merasa terpanggil untuk berkongsi pengalamannya.
“Jujur, mulanya saya rasa malu sebab kanser testis. Pelbagai stigma akan bermain difikiran orang, tetapi jika saya tidak kongsi mengenainya, orang tidak akan tahu.
“Kanser testis boleh menyerang lelaki 25 tahun ke atas dan jika dikesan awal, nyawa dapat diselamatkan,” katanya.
Ads
Dia turut menasihati lelaki untuk segera menjalani pemeriksaan jika merasakan ada sesuatu yang tidak normal pada tubuh mereka.
Biarpun telah menjalani pembedahan membuang testis kiri, Syahmie menegaskan bahawa dia masih boleh menjalani kehidupan normal, termasuk berkahwin dan memiliki anak.
Marc Syahmie
“Dengan teknologi sekarang, kualiti hidup bekas pesakit kanser jauh lebih baik. Doktor memberi jaminan saya akan pulih sepenuhnya dalam setahun,” jelas Syahmie, yang juga merupakan model koleksi kasual jenama Rico Rinaldi.
Syahmie yang mula dikenali melalui program pencarian bakat Fit For Action di TV3 pada 2022, terus menceburi dunia lakonan dan kini aktif membintangi beberapa drama.
Ads
Antaranya, Geng Daddy Daddy, Cinta Kedua, Keria Women, Bintang GV Dikejar Zombie, Hati Terpaut Sayang, dan yang terbaharu, Skuad X: Dari Jalanan Ke Perjuangan, yang sedang bersiaran di slot Lestary TV3.
Marc Syahmie
Selain berlakon, Syahmie juga melanjutkan pengajian dalam jurusan Sains Sukan di Universiti Teknologi Mara, Shah Alam. Meski berhadapan dengan kanser, Syahmie tetap bersemangat untuk meneruskan impian.
“Kanser bukan penamat kehidupan, ia menjadikan saya lebih bersyukur dan memandang kehidupan dari sudut berbeza.
“Saya diberi peluang kedua dan akan menggunakan ‘masa’ sebaiknya untuk meneruskan karier seni,” tuturnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon berbakat besar, Hafidz Roshdi yang sebelum ini menjadi bualan hangat warganet apabila terpalit dengan isu curang dan polemik rumah tangga bersama Nurul Shuhada.
Baru-baru ini, bekas peserta Hero Remaja 2011/12 itu menzahirkan kesyukuran buat pihak media atas penerbitan artikel mengenai kerjayanya dalam industri seni tempatan.
Selain itu, Hafidz turut mengakui kata-kata semangat yang dititipkan penerbit terkenal tanah air, Tuan Jaja Ishak buat dirinya adalah sebagai usaha untuk memperbaiki diri dalam kerjayanya sebagai seorang anak seni.
“Hafidz ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak media di atas penerbitan artikel mengenai ruang dan rezeki buat saya di dalam industri. Saya sangat tersentuh hati dengan kepercayaan oleh Tuan Jaja Ishak.
“Seorang Penerbit yang saya hormati dan segani. Perkongsian dan kata-kata semangat dari beliau akan saya kenang sebagai pembakar semangat untuk terus memperbaiki diri demi memberikan yang terbaik didalam kerjaya Hafidz.
“Tahap kesihatan dan semangat diri Hafidz adalah semakin pulih. Alhamdulillah. Ini adalah kerana bimbingan, kepercayaan dan kasih sayang yang erat oleh setiap ahli keluarga, saudara mara, rakan-rakan, rakan-rakan selebriti dan peminat Hafidz. Hanya Allah SWT dapat membalas jasa baik kalian,” coretnya pada hantaran terbaharu di Instagram.
Dalam pada itu, bapa kepada dua orang cahaya mata itu memaklumkan dirinya kini bersedia untuk kembali berkhidmat sebagai seorang pelakon demi menunaikan tanggungjawab sebagai anak dan bapa selain untuk mencari rezeki yang halal.
“Hafidz kini bersedia untuk kembali bertugas. Saya bersifat terbuka jika punca rezeki dari mana-mana industri demi untuk meneruskan tanggungjawab sebagai insan terutamanya sebagai Abah kepada kedua-dua anak kandung Hafidz iaitu Humairah dan Umar.
“Jika pihak industri atau mana-mana pihak masih dapat menerima Hafidz, dengan rendah diri Hafidz dapat dihubungi melalui nombor seperti yang tertera di Instagram Hafidz.
“Saya juga terbuka untuk membuat tugasan seperti Product Review dan yang bersesuaian bagi mana-mana pihak terbabit. Asalkan Hafidz terus menerima rezeki yang halal,” ujarnya lagi.
Dalam kesempatan itu, pelakon drama Tundukkan Playboy Itu mengucapkan selamat hari raya dan memohon maaf kepada orang ramai atas salah silapnya selama ini.
Dia juga berharap agar dapat menjalani kehidupan seperti sebelum ini selain memaklumkan isu peribadi membabitkan dirinya itu akan diadili tanpa menjejaskan mutu dan komitmen kerjanya.
“Hafidz mendoakan dan berharap dapat menjalani hidup sebagai insan seperti sebelum ini dan seperti kalian disamping isu peribadi yang Hafidz percaya akan diadili tanpa menjejaskan mutu kerja dan komitmen kerja Hafidz.
“Hafidz ingin memohon maaf jika ada salah dan silap dan Selamat Hari Raya Aidilfitri,” tulisnya panjang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Semburan minyak wangi dapat memberikan keyakinan bukan hanya buat golongan wanita, malah kaum lelaki juga turut mementingkan penggunaan wangian dalam kehidupan seharian mereka.
Wangian ialah campuran kompleks beberapa bahan mentah yang diadun antara sumber semula jadi dan sintetik dengan kandungan berbeza hingga menghasilkan bau tertentu.
Jika beberapa orang menggunakan minyak wangi yang sama, tetapi bau haruman tersebut tetap berbeza kerana ia akan bercampur dengan bau semula jadi tubuh seseorang.
Disebabkan itu ada orang yang memakai minyak wangi jenama A berbau harum, tetapi apabila digunakan oleh korang, ianya tidak seharum seperti bauan si pemakai itu.
Namun begitu, apa yang tidak menariknya apabila ada individu yang mengambil kesempatan menjual produk wanigan tiruan dan lebih menyakitkan hati bila dikatakan original tetapi sebenarnya fake.
Mudah betul buat duit kan?
Kali ini kami nak kongsikan dengan korang tentang bagaimana untuk mengenal pasti sama ada minyak wangi yang dijual itu original ataupun tidak melalui perkongsian yang telah dibuat oleh fragrances reviewer yang dikenali sebagai Iqbal Aromatic.
Lelaki ini akan membantu korang mengenal pasti minyak wangi berjenama mewah yang asli dan tiruan.
Biasanya, fake seller akan ber’tuhan’kan batch code ini. Ingat ya, batch code tu tarikh manufactured minyak wangi tersebut. Namun, ia tidak melambangkan perfume itu original kerana sekarang ni bersepah fake perfume dekat GM Plaza yang ada batch code.
Perkara pertama yang korang boleh buat, cuba lihat botol disebelah kiri dalam gambar. Warnanya agak cerah berbanding yang kanan kan?
Kalau fake memang akan nampak dengan jelas tube sprayer disebelah dalam tu, manakala perfume original botolnya agak gelap.
Kemudian, korang boleh lihat pada bahagian font dekat belakang penutup botol pula. Sebelah kiri tu fake, font tak berapa kemas kalau nak dibandingkan dengan yang sebelah kanan. Fake perfume ni korang kena tengok dengan teliti sikit.
Jika perfume original, ia ada 3 dots dibelakang penutup dan gambar lebah dekat dalam tu agak menonjol. Kalau fake selalunya tak ada 3 dots dan lebahnya hidup segan mati tak mahu. Hiks!
Kalau korang tengok pada bahagian sprayer, logo CD tu nampak sangat tak kemas, yang original memang tebal dan nampak strong sikit jika nak dibandingkan dengan tiruan.
Lihat bahagian bawah, korang boleh nampak fake Dior hanya sticker saja, kalau original ia engrave. Tengok tulisan CD pun tak berapa tebal, memang sah-sah la fake.
Akhir sekali, cuba perhatikan penutup botol minyak wangi. Fake perfume magnetic cap tak kuat langsung. Kalau korang COD dengan seller mana-mana sekali pun pastikan check sekali bahagian penutupnya.
Untuk perfume original, penutup botolnya akan terletak elok saja.
Guys,cuba perhatikan fake perfume ni magnetic cap dia tak kuat langsung,so if korang cod dengan seller mana mana sekali pun make sure check sekali bahagian cap ni. pic.twitter.com/t5XwxTrBVd
Kesimpulan, korang jangan terpedaya dengan seller yang menjual jenama Chanel atau Dior kerana yang pasti dua company ini paling susah nak bagi barang mereka pada reseller.
Kalau ternampak ada seller yang jual Dior/Chanel dengan harga RM180, sah-sah itu memang fake.
Ori reject? Itu pun sama, fake!
Ha, diharap perkongsian ini dapat membuka mata kita dalam berbelanja. Jika memang teringin nak pakai, simpanlah duit. Dapat merasa lambat sikit pun tidak mengapalah, janji original kan. Hiks!
Penyanyi terkenal, Tomok baru-baru ini meraih perhatian peminat dan pengikutnya apabila berkongsi perkembangan terkini beliau untuk melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih di tinggi di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak.
Menerusi sebuah gambar yang dimuat naik di Instagram milik beliau, Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail berkongsi hantaran menerima surat tawaran kemasukan bagi program Master atau Sarjana Pengajian Persembahan secara sepenuh masa di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan.
“Perjalanan baru buat saya selepas Universiti Utara Malaysia (UUM). Semoga dipermudahkan, amin,” tulis Tomok.
Kredit: Instagram Tomok
Dalam pada itu, melalui perkongsian penyanyi yang kini berusia 41 tahun itu jelas bahawa beliau tekad untuk menuntut ilmu dan mendalami seni persembahan di peringkat akademik, sekaligus menunjukkan keseimbangan antara pendidikan formal dan pengalamannya sebagai anak seni.
Walaupun sibuk dengan kerjaya sebagai seorang penyanyi, Tomok sebelum ini pernah menyatakan hasrat untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana kerana beliau mahu menjadi teladan dan contoh terbaik agar anak-anaknya turut mengikut jejak langkah yang sama pada masa akan datang.
Sementara itu, di ruangan komen pula ramai rakan selebriti dan peminat memberi ucapan dan kata-kata semangat serta mendoakan agar urusan pelantun lagu ‘Kasih Yang Ku Cinta’ itu dipermudah dan dilancarkan.
Kredit: Instagram Tomok
Untuk rekod, Tomok sebelum ini berjaya menamatkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif di UUM, pada tahun 2023.
Sekadar info, penyanyi ini mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Rahayu Abas atau lebih dikenali sebagai Ayu pada 2 Julai 2011. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Arrianshah Akid, Andrashah Iman dan Siti Khadijah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...