
Korang yakin korang seorang yang berani mencabar diri, sukakan aktiviti fizikal, serta tidak mudah mengalah?
Jika ya, inilah peluang keemasan untuk menyerlahkan diri dalam program realiti fizikal paling mencabar, Jaguh Rakan Muda!
Untuk pengetahuan korang, sesi uji bakatnya bakal dilangsungkan bagi mencari anak muda Malaysia yang mempunyai semangat juang luar biasa.
Program yang dibawakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Astro ini bukan sahaja bakal menguji ketahanan tubuh. Malah, peserta juga dicabar dari segi kekuatan mental dan ketabahan emosi setiap peserta. Hanya mereka yang benar-benar kental akan mampu mara ke hadapan untuk dinobatkan sebagai Jaguh Rakan Muda.
Para peserta akan diuji dengan barisan cabaran fizikal yang sengit, tugasan yang menekan minda serta emosi, selain menguji bakat kepimpinan.
Paling menarik, hadiah utama bernilai RM100,000 menanti juara sekaligus membuka peluang untuk membuktikan kemampuan diri di hadapan seluruh rakyat Malaysia.
Sekadar info, penyertaan adalah secara individu dan terbuka kepada semua warganegara Malaysia berusia antara 13 hingga 30 tahun, sihat tubuh badan serta cergas secara fizikal.
Bagi korang yang sudah bersedia, uji bakat Jaguh Rakan Muda telah pun berlangsung di beberapa lokasi terpilih seluruh negara.
Satu-satunya tarikh uji bakat yang bakal diadakan adalah pada 23 Ogos 2025 di Kompleks Belia & Sukan Negeri Sarawak, Kuching serta Kompleks Belia & Sukan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu.
Terdahulu, uji bakat telah dilangsungkan pada 9 & 10 Ogos 2025 di 1st Avenue Mall, Pulau Pinang, 16 Ogos 2025 di Kompleks Belia & Sukan Negeri Sabah, Kota Kinabalu, serta 16 & 17 Ogos 2025 di Town Park, MyTOWN Shopping Centre, Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut, ikuti perkembangan terkini melalui laman sosial rasmi @rakanmudaofficial atau layari www.kbs.gov.my/rakanmuda.
So, apa tunggu lagi?! Sertai uji bakat ini dan buktikan korang adalah Jaguh Rakan Muda yang mereka cari!
“Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.