Hati Rizky Febian Sudah Dimiliki, Kekasih Hadir Ke KL Beri Sokongan Semasa Konsert

Share

Hati penyanyi Indonesia bersuara lunak, Rizky Febian yang baru sahaja melangsungkan konsert di Kuala Lumpur pada minggu lalu telahpun dimiliki oleh penyanyi popular Indonesia, Mahalini Raharja.

Rizky, 24 mengakui sedang ada perancangan untuk membawa perhubungannya dengan Mahalini, 22 ke alam perkahwinan dan memohon agar peminatnya mendoakan yang terbaik untuk mereka berdua

Cuma katanya buat waktu ini, mereka sedang meletakkan fokus untuk memperkukuhkan kedudukan dalam kerjaya seni masing-masing.

“Saya cuma mohon doakan saja semoga akan sampai ke tahap itu (perkahwinan).

“Apapun, biarlah soal itu menjadi rahsia kami walaupun memang ada perancangannya. Mohon doakan,” ulasnya sewaktu ditemui di Malaysia.

Difahamkan, Rizky dan Mahalini sudah saling berkenalan sejak 2018. Bagaimanapun di Indonesia, penyanyi Kesempurnaan Cinta itu memaklumkan dia tidak selalu berbicara tentang soal bercinta dengan rakan pemberita dan tidak pula menyorokkan hakikat bahawa mereka sedang menjalin hubungan cinta.

Terdahulu, Mahalini merupakan salah seorang insan yang menemani Rizky sewaktu Konsert Rizky Febian Live in KL dilangsungkan dengan jayanya apabila kesemua tiket terjual dalam tempoh kurang sejam sewaktu dilancarkan.

Selain Mahalina, turut serta memberi sokongan ialah adik-beradiknya Rizky dan bapa mereka, Sule yang juga merupakan seorang selebriti terkenal Indonesia.

Haa, ada yang heartbroken ke bila mendapat tahu Rizky sudah berpunya? Hehe..

Sementara itu, jom ubati perasaan korang itu dengan single nyanyian duet Rizky dan Mahalini berjudul You’re Mine.

BACA LAGI : Pengacara TV Alhijrah, Hana Ismail Jadi Gadis Pilihan Da’i Syed? – REMAJA

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja

untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN