Siapa sangka muzik atau sebuah lagu boleh menyebabkan rumah tangga menjadi berpecah belah.
Sudah menjadi trend, apabila sesuatu perkara mula trend, ramai turut ingin mengikuti dan meniru trend tersebut tanpa berfikir panjang sama ada ia bakal mendatangkan kebaikan atau sebaliknya.
Jika korang salah seorang penguna aplikasi Tiktok mesti korang perasan dengan sebuah lagu berjudul Mesaytara atau pernah lalu di ‘for your page’ korang.
Awas ya! Lagu sumpahan ini menjadi punca banyak kes penceraian. Halnya hanya sedikit hanya kerana apabila sang isteri memuat naik video pasangan dengan latar lagu Mesaytara ini.
Tapi apa disebalik makna lagu tersebut?
Ads
Untuk pengetahuan korang, lagu ini berbentuk provokasi dengan perkataan ‘mesaytara’ ini apabila diterjemahkan membawa maksud‘Saya dominan’yang mana liriknya memberitahu si isteri paling berkuasa dan mampu mengawal serta tundukkan suami
Lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi Syria, Lamis Khan ini pastinya membuatkan si suami berasa malu dan tercabar seolah-olah mereka penakut sehingga mengikut telunjuk isteri lebih-lebih lagi apabila dimuat naik di aplikasi yang menjadi tumpuan untuk berhibur.
Berpunca dengan lagu ini juga di Syria, seorang wanita diceraikan suaminya gara-gara merakam suami yang sedang mencuci pinggan untuk dimuat naik di aplikasi TikTok.
Ads
Penyanyi lagu ‘mesaytara’, Lamis Khan
Malah, media melaporkan, rakaman video itu menggunakan latar lagu Mesaytara yang mana apabila diselidik lirik lagu tersebut, ia memberi gambaran seolah-olah lelaki berada di bawah kawalan isteri.
Lagu Mesaytara telah dianggap sebagai lagu sumpahan kerana ini bukan kes pertama berlaku gara-gara sebuah lagu. Di Iraq dan Jordan juga berlaku kes penceraian yang hampir sama apabila si isteri merakam suami membantu melakukan kerja rumah untuk dimuat naik ke TikTok.
Paling tragis, Januari lepas, sebuah majlis perkahwinan di Baghdad juga berakhir dengan penceraian ketika dalam majlis berlangsung apabila isteri memilih lagu ‘Mesaytara’ untuk diperdengarkan khalayak.
Ads
Justeru, sebelum upload atau muat naik apa-apa content di media sosial, fikirlah baik buruknya dahulu. Jangan menimbulkan fitnah kepada diri sendiri dan orang lain. Kan tak pasal-pasal kena cerai…huhuhu
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Walaupun nasi adalah makanan ruji atau pilihan makanan utama penduduk di Malaysia, roti juga bukanlah sejenis makanan yang jarang dimakan.
Ia mungkin boleh dikatakan makanan ruji kedua selepas nasi dan diambil setiap hari ketika sarapan oleh sebilangan besar rakyat Malaysia.
Namun sesedap mana pun sesuatu makanan itu jika kebersihan tidak dijaga dalam operasi penghasilan makanan, tiada gunannya juga kan.
Memang mengejutkan, guess what?
Semalam, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dilaporkan telah melakukan serbuan di sebuah kilang roti di Taman Gembira dekat Jalan Kuchai Lama selepas didapati menggunakan air dari tandas yang kotor.
Sumber: @redzuanNewsMPB
Malah pihak DBKL juga mendapati, proses penyediaan makanan di premis dan bahan mentah dilakukan di atas lantai yang basah, kotor dengan sisa makanan serta dinding yang berdaki hitam.
Rata-rata netizen terkejut dengan penemuan dan pendedahan DBKL ini.
Antara kesalahan lain yang didapati ialah pihak premis menggunakan peralatan dan kelengkapan memproses makanan dalam keadaan kotor dan usang selain daripada menggunaan sumber air dari tandas yang kotor serta terdapatnya kesan hurungan najis tikus dalam stor tempat penyimpanan peralatan dan bahan mentah.
Guna air dari tandas .
Lantai premis pula kotor dengan sisa makanan selain dinding tempat penyediaan makanan berdaki hitam.
Stor bahan mentah ada kesan najis tikus
Itu keadaan sebuah kilang roti diserbu DBKL hari ini.
Baru-baru ini, REMAJA pernah melaporkan mengenai kempen tiket penerbangan sehala mampu milik yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan, Malaysia Airlines. Berdasarkan respon yang kami terima daripada warganet, ramai menyambut baik kempen ini.
Jadi, apabila syarikat penerbangan seteru, AirAsia pula membuat kejutan dengan harga tiket penerbangan yang tidak masuk akal, tentulah rakyat Malaysia tidak boleh duduk diam.
Mulai sekarang hingga 17 Oktober 2021, korang boleh merebut tiket penerbangan mampu milik daripada AirAsia bagi tempahan perjalanan bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.
Promosi tambang serendah RM12 ini adalah bersempena pengumuman kebenaran untuk merentas negeri oleh kerajaan baru-baru ini. Namun ada syarat-syaratnya.
Promosi ini hanya tertakhluk kepada destinasi ke destinasi Pulau Pinang, Johor Bahru, Terengganu dan Kota Bharu dari Kuala Lumpur.
Apa yang korang perlu buat adalah menempah tiket penerbangan domestik pergi-balik dalam tempoh promosi dan dapatkan diskaun di AirAsia Super App dengan menekan ikon ‘Flights’.
Para penumpang yang mempunyai Akaun Kredit AirAsia juga boleh menggunakannya untuk menebus tiket penerbangan murah selagi stok masih ada.
Menariknya, bukan hanya tiket penerbangan yang dikurangkan harga. AirAsia juga menawarkan penjimatan sehingga 60% dengan pakej penerbangan + hotel oleh SNAP; termasuk penerbangan dua hala serta penginapan 3 hari 2 malam di hotel.
Sementara itu, para penumpang yang telah menebus e-baucar Cuti-Cuti Malaysia AirAsia oleh Kementerian Kesenian, Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) boleh menggunakannya untuk dapatkan diskaun RM50 bagi tempahan tiket mana-mana penerbangan domestik AirAsia antara 4 Oktober hingga 17 Oktober 2021 bagi tarikh perjalanan antara 4 Oktober hingga 30 November 2021.
Amacam? Lama tak bercuti kan!
Jangan sesekali lupa mengikut SOP dan pakai penutup muka tidak kiralah di mana korang berada. Semoga kita semua dilindungi daripada segala penyakit yang memudaratkan.
AirAsia kini mengendalikan 61 penerbangan harian ke 16 destinasi domestik iaitu dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu dan Kota Bharu. Seiring dengan permintaan perjalanan yang dijangka meningkat, lebih banyak laluan dan kekerapan akan ditambah oleh syarikat itu.
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat nampaknya ditangguhkan lagi sebulan dan kali ini, ia membabitkan hampir seluruh Malaysia kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan. Ekoran daripada itu, menurut Pengarah Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, Jefny Muhamad, mulai 9 November 2020 semua pemandu dan penumpang kenderaan dari Zon Merah yang memasuki Kelantan dikehendaki menjalani ujian saringan COVID-19.
Keputusan ini dibuat selepas mesyuarat khas yang dijalankan MKN bersama beberapa agensi berkaitan, berikutan pelaksanaan PKPB di semua negeri Semenanjung kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan bermula 9 November hingga 6 Disember 2020.
Semua pemandu kenderaan dan penumpang terutama dari zon merah seperti Selangor dan Kuala Lumpur akan diminta menjalani ujian swab bagi memastikan mereka bebas daripada COVID-19. Sesetengahnya daripada mereka turut akan dipakaikan gelang mengikut warna tertentu yang ditetapkan Jabatan Kesihatan bagi menunjukkan mereka dari zon merah.
Menurut Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat, empat sekatan jalan raya di sempadan negeri itu, iaitu di Bukit Yong dan Tok Bali masing-masing dalam jajahan Pasir Puteh serta di Gua Musang dan Jeli akan diperketatkan mulai tengah malam Ahad.
Beliau juga menasihatkan mana-mana pihak yang tidak mempunyai urusan penting di negeri itu agar menangguhkan terlebih dahulu hasrat untuk ke Kelantan bagi mengelak penularan COVID-19.
Inisiatif ini turut mendapat pujian daripada netizen kerana ia dilihat dapat mengawal penularan wabak pandemik ini.
Namun, ramai juga yang bertanya sama ada ujian saringan ini berbayar atau percuma. Kami juga tidak dapat mengesahkannya, sama-sama kita tunggu penjelasan dari pihak MKN Kelantan.
Insiden remaja maut ditembak di Keningau mengejutkan negara. Ketahui kronologi kejadian, hasil siasatan polis dan pengajaran penting buat remaja serta ibu bapa mengenai bahaya senjata buatan sendiri.