Hati-Hati Ular Keluar ‘Sarang’ Musim Panas, Ini Antara ‘Hotspot’ Haiwan Berbisa Itu Berteduh

Share
Peningkatan suhu panas ketika ini menyebabkan beberapa haiwan, termasuk haiwan berbisa seperti ular mencari tempat perlindungan di kawasan lembap sehingga boleh mengancam keselamatan manusia.
Public Health Malaysia (PHM) menerusi hantaran di Facebook miliknya berkongsi, tempat yang berisiko adalah di tandas, dalam stor yang gelap, bilir tidur, almari baju, rak kasut serta dalam kasut.
Selain itu, ular yang bersaiz kecil akan memilih kasut sebagai tempat berlindung.
Oleh itu, masyarakat di luar sana haruslah sentiasa berwaspada dan:
  • Pastikan lubang dan ruang bawah pintu di tutup rapat
  • Sentiasa berjaga jaga, ketuk kasut sebelum pakai
  • Kemas rumah, buang longgokan barang yang tidak digunakan
Sumber: PHM

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja

untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER: Public Health Malaysia


IKLAN