
Sikap orang Malaysia yang mudah bersimpati atas kesusahan orang lain ada ketikanya diambil peluang oleh orang luar untuk membuat onar. Yang bukan Islam akan berpura-pura mengenakan tudung atau songkok dan kemudian menadah tangan meminta sedekah. Ada yang datang dari rumah ke rumah dan membuat pelbagai cerita kononnya ingin beli susu anak tetapi semua itu ternyata adalah sandiwara.
Perkongsian seorang pengguna fb atas nama Syeerah Nur mengenai sikap individu Rohingya yang berpura-pura menagih simpati konon ingin membeli susu anak seharusnya menjadikan kita lebih berhati-hati dalam memberi wang ke atas pemegang kad UNHCR ini.
Bacalah perkongsiannya. Walau bukan jumlah sedekah itu kita mahu sampaikan tapi bangsa ini akan cuba mengambil kesempatan atas sikap baik hati orang Malaysia.
Buat tahana kt benda makan.
Tak hargai langsung pemberian orang.
Hati-hati dengan Rohingya ni. Datang rumah abang saya di Beladau Kepong. Minta makan dan duit. Kata anak dah lama tak minum susu. Abang bagi makan, bungkus nasi, bagi bahan masakan dan sedikit duit.

Siap baca doa lagi. Lepas makan dia beredar. Abang ikut. Sampai kat tong sampah, dia buang nasi yang bungkus tadi dalam tong sampah. Kemudian dia ke sebuah kedai. Abang perhati dari jauh.
Lepas tu keluar, tengok tangan dia kosong. Lepas tu abang jumpa dengan tuan kedai tanya Rohingya buat apa, dia bagitahu Rohingya tu tolak barang dapur. Katanya nak beli top up, nak telefon adik dia.
Tak lama kmudian lintas dengan motor bonceng dengan kawan dia. Tak sempat nak kejar.
Jadi harap semua hati-hati dengan tipu helah Rohingya ini..
Kredit : Din Tango Delta Mike
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bukan Masalah TNB Je, Rupanya Seluruh Dunia Terjejas Dengan Trend Kenaikan Bil

Ramai yang mengeluh dan ada yang mengamuk dek kerana bil elektrik kediaman mereka mendadak naik dalam masa Perintah Kawalan Pergerakan, tiga bulan kebelakangan ini.
Tapi rupanya bukan hanya di Malaysia, masalah kenaikan bil secara mendadak ini berlaku.

Menurut satu laman web kaji selidik, Populus, trend kenaikan ini dapat dilihat di negara dunia lain seperti United Kingdom, New York, Australia, Filipina serta negara jiran Malaysia sendiri seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.
Sebagai contoh, United Kingdom mencatatkan purata peningkatan sehingga £32.31 (RM173.17 sen) sebulan. Manakala di New York, berlaku peningkatan penggunaan sebanyak 7% pada hari bekerja dan 4% ada hujung minggu.

Norma baharu yang memerlukan pekerja bekerja dari rumah turut menjadi satu punca kenaikan berlaku, selain daripada semua institusi dan organisasi tidak dibenarkan beroperasi kecuali sektor-sektor penting.
Dalam laporan itu juga menjelaskan sektor jualan dalam talian daripada segi barangan elektrik seperti ketuhar, pengadun dan mesin pembuat roti melonjak semasa tempoh ini berlangsung dan menjadi salah satu faktor bil elektrik meningkat naik kerana telah menggunakan sebahagian besar tenaga di rumah.

Di Malaysia, selepas menerima pelbagai aduan daripada rakyat, pihak TNB kini sedang mengkaji semula mekanisme bagi menangani aduan orang ramai mengenai caj bil elektrik yang melonjak naik sepanjang tempoh PKP berlangsung.
Semoga info ini mampu memberi sedikit pencerahan kepada korang yang terfikir-fikir kenapa bil elektrik rumah mereka terlalu tinggi.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
2 Beradik Maut Dirempuh Trelar, 2 Lagi Parah Ketika Hantar Kuih Raya Ke Rumah Tok Wan

Menjelang akhir Ramadan pastinya sebahagian dari kita merasa tidak sabar untuk menyambut aidilfitri. Walau di dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ditambah kurang dari seminggu lagi kedatangan syawal namun rasa teruja itu pastinya ada.
Paling tidak dilupakan pastinya kuih muih yang sudah menjadi tradisi setiap Syawal.
Di sebalik kemeriahan menyambut aidilfitri namun apabila diuji dengan ujian maha hebat sudah pasti kita akan berada dalam kesedihan.
Inilah yang dirasai oleh Azman Awang, 58 apabila dua anaknya menemui ajal serentak selepas kenderaan dipandu anaknya dirempuh sebuah treler ketika dalam perjalanan menghantar kuih raya kepada Tok Wan mereka dalam kejadian semalam.
Harian Metro melaporkan, menurut Azman, jika ikutkan mereka dalam perjalanan menghantar kuih raya kepada tok wan mereka yang tinggal di Besut," kata bapa mangsa, Azman Awang, 58.


Dua anak Azman iaitu Amirah Faqihah, 18, dan Aishah Asmaa, 14, maut di tempat kejadian manakala Aidil Wajdi, 17, serta Arif Muzammil, 16, parah selepas terbabit dalam kemalangan di persimpangan Kampung Bahagia, di Jertih selepas kereta dinaiki mereka dirempuh treler, 2.50 petang tadi.
Azman berkata, anak keduanya, Amirah Faqihah, sejak beberapa hari lalu tekun menyiapkan beberapa jenis kuih raya untuk diagihkan kepada ahli keluarga termasuk tok wannya.
"Ketika mereka bertolak dari rumah di Kampung Saujana jam 2.30 petang kebetulan saya ada (di rumah) dan Amirah paling teruja nak hantar kuih pada tok wannya.
"Mengikut perancangan asal mereka hanya pergi sekejap tidak bermalam di sana (Besut) kerana mahu pulang terus ke rumah," katanya.
Katanya, pasangan adik beradik yang terbabit dalam kemalangan itu adalah anak kedua, ketiga, keempat dan kelima daripada sembilan beradik.
"Dua anak saya, Amirah Faqihah dan adiknya Aishah Asmaa akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Saujana, esok.
"Sementara dua lagi anak saya Aidil Wajdi dan adiknya, Arif Muzammil yang parah akan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, kemalangan maut itu membabitkan dua kenderaan antara kereta Perodua Bezza dengan treler jenis Nissan.
"Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu treler berusia 30 tahun dalam perjalanan dari arah Kota Bharu menghala ke Kuantan tidak sempat mengelak sebelum terlanggar sisi kanan kereta dipandu keluar secara tiba-tiba dari simpang Kampung Bahagia," katanya.
Afandi berkata, pemandu kereta, Amirah Faqihah dan penumpang belakang kanan, Aishah Asmaa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
"Manakala penumpang hadapan, Aidil Wajdi, dan penumpang belakang kiri, Arif Muzammil parah dan diletakkan di Zon Merah Hospital Daerah Setiu," katanya turut memberitahu, ketika kejadian hujan lebat.
Katanya, kes di siasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelancong Kongsi Pengalaman Pahit Restoran Di Munich Biadap Layan Pelanggan Islam

Melancong antara aktiviti yang sangat menyeronokkan bagi kebanyakan orang. Selain dapat meneroka lokasi-lokasi cantik terutama menyaksikan pemandangan yang berbeza di Malaysia, peluang belajar dan mencuba menu masakan berbeza di sesebuah negara antara pengalaman manis bagi seorang traveller.
Di sebalik seronok melancong, ada ketika terselit pengalaman pahit terutama jika melibatkan isu makanan dan diskriminasi terhadap pelancong Islam. Pengalaman pahit ini dilalui oleh Suzana yang baru saja melancong di Munich, Jerman apabila pelayan di sebuah restoran Augustiner Am Platzl memberikan diskriminasi berbeza buat pelancong Islam sepertinya.

Ikuti pengalaman pahit seperti dikongsikannya.
13 Jun 2019, saya tiba di Munich, Jerman bersama tiga rakan berbangsa Cina untuk menjelajah Eastern Europe. Satu pengalaman yang sudah lama saya tunggu untuk melakukannya. Biar dalam jelajah secara back packers ini hanya saya muslim tapi itu bukan masalah buat kami semua yang sama-sama bersemangat untuk melakukan tour bersama-sama.
Perjalanan awal kami sangat baik dan masing-masing enjoy dengan trip ini. Dari Munich, kami berempat bergerak ke Salzburg,
Dari Munich kami gerak ke Salzburg, Budapest, Krakow, Poland, Prague, Republik Chez dan kemudian patah balik ke Munich untuk penerbangan pulang. Setiap negara atau tempat yang dijelajahi, kami tinggal dalam 3 hari. Selain berpeluang meneroka tempat-tempat tumpuan pelancong, travel dalam satu tempoh lama sememangnya amat menyeronokkan.
Sepanjang perjalanan, Allah sering memudahkan setiap urusan kami. Orang-orang yang kami jumpa di sana juga begitu mudah memberi kerjasama jika ditanya. Malah mereka sangat beriya-iya membantu menunjukkan atau menerangkan arah jalan. Ada yang boleh berbahasa inggeris. Ada yang boleh sikit-sikit. Dan yang tak boleh langsung pun, cuba juga membantu kami semua dengan menerangkannya dengan isyarat tangan.
Semasa di sana, bila keluar jalan dan singgah makan, saya terpaksa ikut rakan-rakan non-muslim. Dah tentu sangat payah hendak cari makanan halal namun saya tiada banyak pilihan di mana saya terpaksa duduk bersama rakan-rakan saya. Biasanya saya makan roti dan minum ice cappucino dan mereka makan menu di setiap restoran yang singgah.
Semua ini kerana tiada pilihan di mana saya terpaksa duduk duduk bersama rakan-rakan saya ketika mereka menikmati makanan. Hendak tunggu di luar itu negara orang. Nak merayau seorang, takut tak ingat jalan dan arah balik kedai mana.
Lagipun, wifi hanya di hostel saja. Bila duduk satu meja itu, biasanya saya cuma order minum ice cappucino atau ice latte. Dan kalau sempat, saya bawa bekal nasi goreng yang saya masak di hostel selain roti. Jika ais mudah di negara kita, tapi nampaknya dalam tour Europe ini begitu susah untuk saya dapatkan ais. Mungkin mat-mat salleh ini tak berapa gemarkan ais sebagai minuman mereka kerana amat banyak minuman dijual panas. Kalau ada pun mungkin agak terhad pilihan airnya seperti cappuccino ais. Tekak orang Melayu yang dah biasa dengan teh ais bagai tentu susah bagi saya dalam bab minuman ini. Tambahan pula ketika travel ini, cuaca panas terik disebabkan musim panas (summer).
Boleh dikatakan, di empat buah negara kami travel tiada masalah yang timbul. Maksud saya, pekerja restoran okey saja bila tengok saya makan bekal yang saya bawa, sebabnya kawan-kawan saya makan makanan di kedai tu.
Restoran biadap terhadap orang Islam
Tapi, sehari sebelum pulang ke Malaysia iaitu pada 25 Jun 2019, masa di Munich. Satu restoran di old town Munich iaitu, Augustiner Am Platzl berlaku insiden buat hati jadi panas. Pergh! Sangat biadap pekerjanya dan cara mereka cukup mendiskriminasi orang Islam yang singgah di situ.
Kami singgah masuk ke restoran tersebut. Ketika dua orang rakan saya masuk ke kedai itu dan duduk membuat pilihan makanan, seorang antara mereka tolong temankan saya ke kedai lain kerana di restoran Augustiner Am Platzl itu tiada menjual ice latte.


Kami dapat ice latte seperti saya mahukan dan selepas itu kami patah balik ke kedai dua orang kami sedang menanti. Ingatkan macam biasa la, bila rakan-rakan saya mula buat pilihan makanan untuk makan di situ, saya keluarkan minuman dan makanan yang saya bawa.
Baru saja letak cup ice latte tu, satu pelayan perempuan restoran tu sudah pandang saya dengan pandangan yang bengis (macam mak harimau nak terkam orang, tiada langsung senyuman di wajahnya). Sambil tunjuk muka bengis, dia siap buat isyarat tidak boleh bawa masuk minuman luar (mungkin nak bercakap Inggeris dia tak pandai).
Bukan itu saja dia siap hentak botol air mineral yang rakan saya bawa dan bagi tahu tak boleh bawa minum dalam restoran tu. Fuhh! Saya masa tu punya tak sabar nak menghirup ice latte dan sambil berlalu, saya bangun sebab malas nak bertekak (satu lagi kita pun tahu peraturan). Bagi saya, boleh sajakan kalau cakap elok-elok, nampak sangat mereka macam anti Islam. Bila saya bangun, saya tengok waiter perempuan tu siap panggil rakan lelakinya, masing-masing tunjuk muka bengis seolah-olah sangat benci dengan orang Muslim bertudung.
Bila tengok saya bangun, seorang rakan ikut saya kerana bimbang saya duduk seorang di luar sementara dua lagi masih di dalam restoran itu kerana makanan sudah di order. Rakan saya pun sound pada waiter lelaki yang waiter perempuan tu biadap. Boleh je kalau cakap elok-elok. Sebab kami dah pergi negara-negara lain, tak ada pula pekerja restoran biadap macam di Munich tu. Tapi waiter lelaki tu macam blur je (buat-buat blur kot).
Bagi saya, ini sajalah pengalaman tak seronok dengan orang di sana. Tak sangka pulak sehari sebelum nak balik Malaysia, jumpa juga spesis Hitler ni. Baru tadi, cerita baik-baik je pasal orang-orang di Eastern Europe tapi rupanya ada lagi spesis Hitler. Mungkin dia orang nie anti Islam kot!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

