Akhirnya pertanyaan dan teka teki orang ramai sama ada gula-gula ‘planet gummy’ dan ‘eye balls’ yang kini semakin tular dalam kalangan masyarakat kita halal di makan atau tidak terjawap apabila satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak JAKIM mengandungi bahan tidak halal.
Ia sekaligus mengesahkan kerisauan orang ramai sama ada gula-gula yang diimport dari China mengelirukan orang ramai kerana turut dijual secara atas talian dengan perakuan halal.
Pendedahan ini dibuat menerusi sebuah akaun Tik Tok dan menyebabkan Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM dihujani pertanyaan untuk mendapatkan kepastian lanjut.
Untuk makluman, isu ini telah diberi perhatian dan siasatan akan dijalankan memandangkan produk tersebut merupakan produk import. Sebagai pengguna, semua pihak dinasihatkan agar lebih berwaspada apabila membuat pembelian secara dalam talian dan pastikan status halal produk terlebih dahulu.
Ads
Elakkan keraguan dengan mengutamakan produk yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang sah kerana ianya dijamin halal dan toyyiban iaitu suci, bersih dan selamat serta mengikut garis panduan, standard serta perundangan berkaitan halal yang telah ditetapkan di negara ini.
Untuk mengetahui produk yang memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia, sila layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar SmartHalal:-
Sebelum ini, REMAJA pernah menghubungi menghubungi Ustaz Azhar Tuarno yang juga pegawai JAKIM berkenaan isu gula-gula White Rabbit yang sah mengandungi gelatin babi, dan apa yang perlu dilakukan andai seseorang itu sudah termakan makanan tidak halal ini.
Menurutnya, apa yang perlu dilakukan oleh umat Islam, segeralah beristigfar dan memohon keampunan dari Allah taala di atas kekhilafan yang dilakukan.
“Cuma perlu istigfar dan minta ampun pada Allah. Jangan mengulanginya lagi selepas kita menyedari kekhilafan ini. Adalah lebih baik dalam bab makanan, umat Islam berhati-hati memilih pengeluar makanan tersebut kerana kita tidak mahu ada unsur-unsur shubahah dalam makanan yang kita makan,” katanya ketika dihubungi.
Situasi kes Covid-19 yang dikaitkan dengan syarikat Top Glove nampaknya masih belum surut setelah ia mencatatkan sebanyak 5,450 kes di kalangan pekerjanya dan dikenali sebagai kluster Teratai.
Baru semalam, syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia, Top Glove didakwa memecat seorang pekerja asing setelah dia mendedahkan keadaan sebenar kediaman pekerja Top Glove yang tidak mengikut SOP.
Dalam laporan oleh rakan media di Reuters itu, pekerja berusia 27 tahun itu dikatakan telah mengambil dua keping gambar yang menunjukkan keadaan pekerja kilang yang sedang bersesak tanpa jarak semeter di antara mereka. Gambar itu kemudiannya dihantar kepada pertubuhan hak pekerja di Nepal; yang kemudiannya melaporkan kepada kerajaan Malaysia.
Walaupun pihak Nepal tidak mendedahkan siapakah gerangan pekerja yang membuat laporan itu, seorang pekerja Top Glove yang dikenali sebagai Yubaraj telah mendedahkan kepada Reuters bahawa syarikat tersebut telah menamatkan perkhidmatannya kerana perbuatan tersebut.
*
Hari ini, satu lagi berita mendukacitakan tiba ke pengetahuan media apabila seorang pengawal keselamatan di kilang Top Glove dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19, Sabtu lalu.
Mangsa yang dikenali sebagai Yam Narayan Chaudhary Tharu merupakan seorang warganegara Nepal dan pernah berkhidmat di sebuah kilang yang terletak di Meru Klang. Menurut laporan BFM, kira-kira tiga minggu lalu, mangsa yang berusia 29 tahun telah dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan namun dilaporkan meinggal dunia hujung minggu lalu.
Setelah berita tersebut disahkan, Top Glove mengeluarkan kenyataan akan menghulurkan bayaran pampasan kepada waris mangsa sebagai tanda mengurangkan bebanan yang perlu ditanggung oleh keluarga mendiang.
*
Laporan kematian seperti inilah yang perlu kita ambil secara serius. Ia mengingatkan kita supaya jangan sesuka hati berada di tempat yang sesak dengan orang ramai sekiranya tiada keperluan. Kita tidak tahu sekiranya ada di antara mereka yang telah dijangkiti.
Semalam, REMAJA ada melaporkan mengenai kenaikan jumlah trafik di beberapa kawasan tarikan pelancong selepas kerajaan membenarkan pergerakan merentas daerah dan negeri.
Jangan lepaskan peluang untuk menghantarkan penyertaan secara online bagi pencarian Hero Remaja 2021 bermula 7 Disember sehingga 20 Disember 2020. KLIK DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berita baik buat penerima suntikan vaksin AstraZeneca (AZ), Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin telah mengesahkan bahawa jarak masa dos kedua akan dipendekkan daripada 12 minggu ke sembilan minggu.
Keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) minggu lalu berikutan ketibaan 1 juta dos vaksin yang disumbangkan oleh kerajaan Jepun semalam.
“Berdasarkan kepada cadangan jawatankuasa teknikal bawah JKJAV dan ketibaan sumbangan vaksin dari Jepun ini, kita akan mengurangkan sela masa antara dos dari 12 minggu ke sembilan minggu,” jelas Khairy.
Vaksin berkenaan akan dibawa ke pusat penyimpanan sebelum ia segera diedarkan di semua Pusat Pemberian Vaksin (PPV) AstraZeneca di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.
Selain itu, keputusan pemberian vaksin jenis Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech untuk remaja berusia 12 tahun ke atas akan diumumkan dalam masa terdekat.
Orang ramai juga dilihat sudah menerima temu janji suntikan kedua AZ dan rata-rata daripada mereka telah memuat naik ‘khabar baik’ itu di media sosial.
Sudah tentu ramai yang teruja dan berasa lega untuk melengkapkan dos vaksin bagi menular wabak pandemik ini. Bagi mereka yang belum dapat sebarang temu janji vaksin lagi, jangan berputus asa kerana giliran korang pasti akan tiba tidak lama lagi.
Sama-sama kita berdoa agar inisiatif pemberian vaksin ini berjaya memutuskan rantai virus COVID-19 dalam masyarakat Malaysia.
Kota Mekah dilanda banjir kilat akibat daripada keadaan hujan lebat yang membasahi bumi Arab sejak petang semalam. Menurut laporan yang telah dikongsi di laman Twitter Haramain Sharifain, hujan lebat yang berlaku sejak Asar menyebabkan air naik sehingga mencecah 0.5 meter.
Keadaan seumpama ini khabarnya tidak pernah berlaku di kota suci itu dan pihak Pertahanan Awam telah pun mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada semua pihak.
Sebelum ini amaran awal telah dikeluarkan berkenaan ramalan ribut petir dengan hujan dengan hujan sederhana serta angin kencang di wilayah Asir, Al-Baha, Jazan, Najran, Mekah dan Madinah bermula Jumaat.