Sedang kita sibuk terikut dengan lagu-lagu Bollywood dan K-Pop mungkin sampai terlupa tarian zapin, wayang kulit, dikir barat yang suatu masa dahulu menjadi kebanggaan nenek moyang kita.
Viral satu video yang menunjukkan sekumpulan penyanyi koir dari negara barat mendendangkan lagu ‘Ewa Bule’ dengan persembahan dikir barat ternyata mencuri perhatian.
Yang kagumnya, persembahan dikir barat itu bukanlah daripada rakyat Malaysia, sebaliknya dinyanyikan oleh kumpulan koir daripada luar negara bernama Vocal Ansemble Caloroso. Siap dengan dialek kelate dan gerak tari dikir barat. Kagum penulis!
Ads
Dikenali sebagai Wau Bulan, lagu rakyat dari negeri Kelantan ini merupakan sejenis kesenian hiburan rakyat dan merupakan salah satu permainan tradisional yang amat unik, terkenal dan diminati oleh masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang, atau Kelantan
Meremang ke tidak uollls. So daripada kita sibuk agungkan budaya luar, apa kata kita lebih hargai budaya sendiri. Kalau kita tak hargai siapa lagi yang nak hargai budaya warisan kita kan.
Apa-apa pun, cayalah Malaysia di mata dunia!
Sumber : Facebook Maafsebut
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jasad seorang pendaki rakyat Malaysia ditemui selepas setahun dilapor hilang semasa mendaki Gunung Damavand di utara Iran pada November lalu, menurut agensi berita IRNA.
Mayat allahyarham Ramli Abd Majid, 44 tahun ditemukan sekumpulan pendaki pada Jumaat (kira-kira lima hari lalu) semasa menuruni gunung berapi tidur dan puncak tertinggi di Iran ini.
November tahun lalu, seramai 12 orang pendaki Malaysia, tiga darinya wanita menyertai ekspedisi menakluk Gunung Damavand. Namun dua pendaki Malaysia iaitu Ramli Abd Majid, 44 dan Syed Redzuan Syed Saalim Shatri, 50 dilaporkan terpisah semasa pendakian ke puncak.
Pencarian oleh Misi Mencari Dan Penyelamat SAR berjaya menemui jenazah Allahyarham Syed Redzuan di kawasan Yakhar Glacier enam hari selepas kejadian, 28 November. Jenazah telah selamat dibawa pulang dan dikebumikan di Cheras, Kuala Lumpur. Nasib Ramli bagaimana pun tidak diketahui sehinggalah dijumpai lima hari lalu.
Baca perkongsian seorang dari peserta wanita, Rosliza Saad, 35 yang turut menyertai ekspedisi menakluk Gunung Damavand, Iran bersama allahyarham. Jika dua pendaki menemui ajal semasa menuruni gunung ini, Rosliza atau mesra disapa Ija pula berkata, dia disahkan lumpuh dari pinggang ke bawah akibat hypothermia ketika mendaki gunung tersebut.
Ija sudah mendaki lebih 30 gunung di seluruh dunia
Jelas Ija, cuaca buruk melampau di mana angin datang dari segenap arah tanpa mengira, utara, selatan, timur atau barat sehingga mencapai suhu -41c antara sebab mengapa dia mengalami kebas-kebas kaki sewaktu melakukan pendakian dari Kem 2 menuju ke Kem 3.
“Ketika di Kem 2 pada ketinggian hampir 4000 kaki, udara terlalu sejuk. Kaki saya mulai kebas hingga terpaksa dibantu oleh rakan-rakan sehingga ke Kem 3 di ketinggian 4300 kaki.
“Ingatkan sebab cuaca. Rakan pendaki yang bekerja sebagai doktor ada beri ubat bagi melegakan. Malam itu kami tidur dengan cuaca musim autumn tapi bila buka mata esoknya, salji penuh terhampar. Begitu sekali cuaca berubah, sekelip mata.
“Melihat salji semakin menebal, allahyarham siap mengajak kami semua solat hajat memohon perlindungan Allah. Kedua-duanya memang tak pernah tinggal solat dan sentiasa mengaji al-Quran setiap kali berehat sebelum memulakan pendakian,” katanya berkongsi pengalaman menyedihkan.
Kata Ija lagi, tiada perubahan ketara dilihat pada kedua allahyarham ini. Kelakuan nampak biasa. Kami berehat lebih kurang sehari di Kem 3 sebelum pendakian menuju ke puncak. Ini bagi membolehkan tubuh disesuaikan dengan keadaan udara yang semakin menipis di puncak ketinggian 5671 meter.
“Esoknya, dari 12 orang peserta hanya lapan menuju ke puncak termasuk allahyarham berdua. Saya tak ikut sebab kaki semakin kebas. Begitu juga pasangan suami isteri dan seorang kenalan rakan pendaki lelaki kerana dia mengalami AMS.
“Di pertengahan pendakian, enam peserta ekspedisi memutuskan tidak menuju ke puncak kerana cuaca buruk namun allahyarham dikhabarnya nekad melakukannya kerana semakin hampir ke puncak.
“Tiba waktu sepatutnya mereka pulang ke Kem 3 tetapi tiada tanda-tanda keduanya sampai. Kami menunggu sehingga malam dengan penuh pertanyaan dan debaran di dada. Menjelang malam, bila tidak balik ke kem, kami membuat laporan ke Kedutaan Malaysia di Tehran memaklumkan dua pendaki Malaysia hilang dan mereka memberikan kerjasama yang sangat baik menangani kejadian tidak terduga ini.
Untuk semua pendaki di luar sana, jangan lupa untuk inform kedutaan dan insurance perjalanan sangat penting bila berhajat untuk melakukan pendakian di luar negara.
“Esoknya pasukan penyelamat dan mencari memulakan operasi mencari. Kerana keadaan kaki masih lagi kebas-kebas, saya bersama tujuh rakan pendaki lain menuruni Gunung Damavand sebelum pulang esoknya ke Malaysia kerana tiket pulang sudah dibeli lebih awal,”kata Ija yang sudah menakluk lebih 30 gunung di serata dunia (termasuk Malaysia). Ingin melihat gambar-gambar menarik beliau mendaki gunung terus ke ig:iejasaad atau fb: rosliza saad
Mountain Is Always There. Coming back home safely is a MUST.
Ini adalah motto yg sentiasa dipegang oleh ija.
“Gunung akan sentiasa ada”. Kalau gagal hari ini, esok boleh kembali mendaki lagi. Keselamatan sentiasa dititik beratkan dan jadilah pendaki yang berilmu. Itu nasihat Ija buat pendaki baru, bila mana sekarang adalah menjadi trend kepada remaja-remaja dan anak muda di luar sana.
Kepuasan mendaki bila sampai ke puncak – Ija
Cerita Ija, sebaik tiba di KLIA, dia sudah tidak mampu bergerak seperti biasa. Hasil pemeriksaan pakar, terdapat ‘bubble” di tulang belakangnya. Kakinya juga disahkan lumpuh dari paras pinggang ke bawah.
“Saya menerima rawatan lebih dua minggu di hospital. Kata doktor bubble itu terlalu kecil dan tiada pembedahan boleh dilakukan. Saya hanya perlu jalani fisioterapi dalam tempoh enam bulan.
“Bila disahkan lumpuh, saya nekad untuk menjalani pelbagai rawatan. Moden dan tradisional termasuk akupuntur. Alhamdulillah, doktor sendiri mengakui keajaiban kerana dalam tempoh tiga bulan saya kembali sembuh.
“Sebaik dapat berjalan semula, saya mendaki gunung di India.
Kali ini beliau mencabar diri sendiri dengan mendaki di pergunungan salji setinggi 4200 meter. Kata orang pendaki memang takkan dapat meninggalkan gunung, kecualilah pendaki itu adalah pelancong gunung,” katanya sambil ketawa.
Mahu berkayak ke Sungai Nil yang dipenuhi buaya
Terkini, 8 November akan datang, Ija akan menyertai “Ekspedisi Kayak Merentasi Sungai Nil 2017. Ini merupakan salah satu program yang berbentuk ekplorasi dan nilai budaya. Program ini lebih menekankan kepada ketahanan fizikal, mental dan semangat juang yang tinggi.
Galas cabaran berkayak ke Sungai Nil 8 November akan datang
Dan pasukan kayak Majlis Rekreasi Malaysia (MRM) akan menggalas cabaran negara pada November ini dalam misi mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records sebagai kumpulan pertama dari Malaysia yang melakukan ekspedisi ekstrem ini.
Kesemua peserta akan berkayak dari Aswan ke Luxor dengan jarak 250 kilometer (km). Misi nasional ini digalas oleh tujuh penjelajah negara yang terdiri daripada anak-anak muda tempatan iaitu lima lelaki dan dua wanita yang telah terpilih dari kalangan 72 peserta. Mereka dilatih sepenuhnya oleh Muhamad Nur Azrul yang juga merupakan Presiden MRM.
Bukan saja cabaran mental dan fizikal kerana perlu berkayak sejauh 50 km sehari, Sungai Nil adalah satu dari dua sungai terpanjang di bumi.
Sungai Nil mengalir sepanjang 6650 km dan merentasi lebih sembilan buah negara iaitu Ethiopia, Zaire, Kenya, Uganda, Tanzania, Rwanda, Burundi, Sudan dan Mesir selain penuh dengan buaya.
Tujuh peserta yang akan mengalas cabaran negara pada 8 hingga 19 November ini ialah Rosliza Saad, Hasnida Hanim Ahmad Kamil, Wan Zulhamli Wan Abdul Rahman, Izwan Md Sumairi, Mohd Haniff Muhamad Zain, Shamsudduha Junaidi dan Ahmad Iqbal Khairi Ismail.
Semoga usaha beliau dan rakan-rakan dapat membuktikan Malaysia Boleh dan tiada yang mustahil dengan semangat yang jitu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ramai yang menyimpan keinginan untuk bekerja di syarikat terkemuka dunia, Google kerana persekitaran tempat kerjanya yang menarik dan cosy.
Kalau korang tengok pejabat Google di luar negara, perghh bestnya. Tak rasa stres nak kerja kalau dapat environment macam tu.
So ini la peluangnya guys.
Nah, jangan risau, baru-baru ini Google telah mengumumkan penawaran 100,000 biasiswa program persijilan dalam talian jangka pendek dalam bidang analisis data, pengurusan projek dan reka bentuk pengalaman pengguna.
Menariknya, Sijil yang dibuat dan diajar oleh pekerja Google tidak memerlukan ijazah pengajian tinggi akan ditawarkan melalui platform pembelajaran dalam talian, Coursera.
Dengan sijil berkenaan, Google akan menganggap ianya setaraf dengan ijazah pengajian tinggi empat tahun untuk mengisi beberapa jawatan berkaitan di syarikatnya.
So apa lagi, kalau tak cuba tak tahu kan. Cepat la apply gaiss..
Ramai di antara kita mungkin pernah terkena bila mana membeli juadah berbuka puasa namun rasanya tidak seperti diharapkan. Walau orang kata tak baik “merungut”tentang rezeki tetapi biasanya bila kita mengeluarkan belanja pastinya kita mahu rasa yang terbaik sesuai dengan nilai kita keluarkan.
Jika Ramadan sesebelum ini kita berpeluang berbuka di hotel lima bintang namun dalam keadaan negara masih mengenakan PKPDB, peluang untuk makan sedap di hotel tiada. Tapi apa yang seronoknya kalau kita memikirkan makanan di hotel agak mahal tapi nampaknya Ramadan ini kita berpeluang membelinya dengan harga masuk akal. Dengan harga serendah RM2 bagi kerabu mangga, kita boleh nikmati juadah berbuka disediakan oleh Hotel Impiana KLCC yang boleh membuat penghantaran ke destinasi korang.
Kerabu ini berharga RM2 sebekas, pastinya berbaloi di makan
Perkongsian dari Amir Zain yang berkongsi mengenai juadah disediakan oleh Hotel Impiana KLCC ini pasti buat ramai tak sabar nak orderkan.
Sejujurnya, saya amatlah jarang membeli juadah berbuka puasa. Saban tahun, saya dan isteri lebih gemar memasak sendiri.
Tetapi tahun ini sedikit berbeza. Terdetik kewajipan untuk membeli juadah berbuka puasa.
Lebih tepat, perlunya berbelanja agar ada kelangsungan pergerakkan aliran tunai sepanjang rantaian perniagaan.
Hari ini juadah berbuka dibeli dari Hotel Impiana KLCC. Hotel milik Heritage Lane Sdn Bhd, sebuah SPV milik KLCC Berhad, yang juga milik penuh Petronas. Milik negara.
Harga makanan hotel 5 bintang ini saya jamin lebih murah dari harga bazar ramadan, lebih murah daripada GrabFood. Bersih. Pembungkusan tinggi piawai dan paling penting rasa memang 10/10 memang sedap. Cukup menyelerakan.
Sejak PKP bermula, industri paling terjejas ialah perhotelan. Hotel Impiana KLCC telah pun memberhentikan sebahagian kakitangan. Perniagaan mereka teruk terjejas.
Saya amat sedih apabila diberitahu oleh penghantar makanan yang merupakan staff berpangkat pengurus bahawa minggu ini adalah minggu terakhir beliau berkerja.
Kepada para sahabat, terutama comrades saya di Petronas. Jarang saya seru macam ini. Ini bukan promosi berbayar. Saya cuma pohon sokongan membeli juadah berbuka di Impiana Hotel KLCC. Ada khidmat penghantaran.
Harga yang masih masuk akal untuk membelinya dengan kualiti yang dijamin dari Impiana Hotel KLCC
Harapan saya agar hotel Impiana ini tidak ditutup. Semoga ada kekuatan (kewangan) untuk terus kekalkan kakitangan sehingga situasi pulih.
Moga semua peniaga tabah saat sukar ini. Moga yang punya kewangan jangan berhenti berbelanja. Usaha kita walau sezarah kecil ini, jika diamalkan oleh semua mampu memberi ketahanan terhadap ekonomi Malaysia. Kita kena jaga kita.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Betul ke Roberto Carlos sudah memeluk Islam? Legenda Brazil itu dikatakan telah melafazkan syahadah kira-kira empat minggu lalu, namun beliau sendiri masih belum mengesahkannya.