Hati-hati Kalau Nak Bergurau, Akibat ‘Tarik Kerusi’ Gadis Ini Lumpuh

Share

Korang mesti ada pengalaman ‘gurauan kasar’ di sekolah bersama rakan-rakan.
Dalam banyak-banyak gurau di zaman sekolah, yang paling popular sekali sudah tentulah gurauan menarik kerusi ketika rakan mahu duduk.

Apabila melihatkan rakan jatuh terjelepuk, maka itulah saat yang paling menggelikan hati untuk semua orang.

Tapi korang sedar tak gurauan ini sebenarnya berbahaya?

Malang tidak berbau, hanya niat untuk bergurau seorang pelajar perempuan, Sinta Auliya menerusi ciapan di laman Twitternya memberitahu guarauan ‘tarik kerusi’ rakannya telah menyebabkan beliau mengalami keretakan pada tulang ekor, patah pada tulang belakang yang akhirnya membawa kepada lumpuh.

Dalam perkongsian pada 11 Disember lalu, Sinta memberitahu beliau hampir putus asa kerana tidak boleh berjalan malah berdiri disebabkan gurauan itu dan terpaksa mengengsot sekiranya mahu ke tandas.

Pada awalnya beliau tidak menyangka sakitnya akan menjadi seteruk itu dan hanya mendapatkan urutan tradisional namun ianya menjadi lebih buruk dan akhirnya memaksa beliau ke hospital.

Pada awalnya, beliau takut untuk menjalani pembedahan dan mengikuti sesi rawatan fisioterapi, namun disebabkan tiada perubahan beliau terpaksa memberanikan diri menghadapinya bagi merawat tulang belakangnya.

Walaupun sudah tiga tahun berlaku (2016) dan tulang belakangnya tidak boleh pulih 100%, Sinta bersyukur beliau dapat kembali berjalan dan baik sehingga kini.

Terpaksa melupakan impian untuk mendaki gunung kerana keadaannya yang tidak mengizinkan, Sinta akui kadangkala beliau merasa dendam kepada rakannya kerana mengakibatnya jadi sebegitu.

Jadi elakkan gurauan kasar seperti tarik kerusi sebegini. Jangan sebab keseronokan sementara, kita hilang nikmat kesihatan.

Sumber: @jelegbt

IKLAN