Naib Juara Anugerah Juara Lagu (AJL38), Aisha Retno dan bintang kelahiran Brunei, Aziz Harun kembali bersama lagi tahun ini dengan sebuah bingkisan istimewa berjudul Ketipak Ketipung Raya, sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini.
Lagu yang dicipta dan ditulis oleh Aziz Harun, Aisha Retno bersama dengan bantuan Romeo serta Glowrush selaku penerbit ini sebenarnya merupakan sebuah projek spontan yang tidak dijangka.
“Ia sebuah lagu yang lahir secara spontan pada tahun lalu. Pada saat itu saya teringin mempunyai sebuah lagu raya saya sendiri kerana tidak mahu ketinggalan. Dan saya ingin menjadikannya kandungan di platform media sosial TikTok.
“Kebetulan pada waktu itu saya sedang bekerjasama dengan Aisha Retno untuk lagu Jarak, jadi saya bertanya pada Aisha jika dia sudi bantu menulis lagu ini bersama. Aisha bersetuju dan kami pun menyiapkan apa yang sempat dan memperkenalkannya di media sosial.
“Kami tak menyangka lagu itu mendapat sambutan yang baik dari para pengikut kami di media sosial, khasnya di laman TikTok. Lantas kami mengambil keputusan untuk merakamkan dan menyiapkannya dengan betul supaya dapat dilancarkan tahun ini sebelum Aidilfitri,” jelas Aziz Harun.
Ads
Selain itu, kedua penyanyi berbakat besar ini juga senang bekerjasama kerana keserasian sudah wujud sejak berduet lewat lagu Jarak lagi. Namun, bezanya hanyalah tema lagu duet kali ini adalah lagu Hari Raya.
“Aziz seorang yang sangat berbakat dan kami berkongsi minat yang sama dalam muzik. Dengan hasil kerjanya yang terbukti hebat dan komitmennya yang berterusan, saya tidak ragu-ragu untuk berkolaborasi lagi dengannya.
“Lagipun saya memang dah lama inginkan lagu raya sendiri dan sekarang terhasillah duet ini dan saya rasa ia mampu pergi jauh sebagai salah satu koleksi duet kami bersama,” kata Aisha pula.
Ads
Dalam pada itu, lagu ini turut menampilkan sebuah video muzik yang dirakam dalam sekali harung sahaja. Selain mereka berharap pendengar berpuas hati dan dapat menerima buah tangan terbaharu ini.
“Saya memang tak sabar melihat reaksi penonton yang bakal menyaksikan keakraban yang kami tampilkan dalam video muzik ini. Kami berharap semua yang sudah menantikan lagu ini sejak tahun lalu berpuas hati dengan hasil yang kami usahakan.
“Saya pula harap anda semua akan menyukai lagu Raya pertama kami ini yang juga memberi penghormatan kepada rentak joget. Saya sengaja menampilkan unsur joget dalam lagu ini dan memberi sedikit nafas baharu supaya ia bakal lebih diminati dan dihargai, khasnya di laman media sosial seperti TikTok.
“Kami juga berharap ia akan menjadi lagu malar segar yang akan sentiasa diingati untuk masa-masa akan datang. Kami seronok menghasilkannya dan harap pendengar juga akan berasa seronok mendengarnya,” tutur pasangan duet itu penutup bicara.
Sebagai informasi, lagu Ketipak Ketipung Raya telah menjadi fenomena di media sosial apabila ramai yang tidak melepaskan peluang untuk menggunakan lagun ini sebagai muzik latar video mereka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Situasi pandemik yang melanda dunia sekarang bukan hanya memberi impak kepada pekerja yang bakal atau pun telah kehilangan kerja, malah ia juga turut menjejaskan peluang pekerjaan kepada para graduan.
Hal ini mungkin mendatangkan kerisauan kepada individu dan graduan yang terkesan, namun ia bukanlah satu penamat untuk kehidupan kerana korang masih boleh memulakan perniagaan melalui tiga cara iaitu offline, online dan mengguna pakai sistem sedia ada seperti affiliate, dropship dan menjadi ejen produk.
Perkara ini telah diulas oleh Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro (AUM), Azharee Wahid kepada Astro Awani dengan mencadangkan individu yang terjejas kerana pandemik COVID-19 menggunakan apa sahaja yang ada terlebih dahulu bagi memastikan survival dalam berhadapan dengan situasi ini.
Azharee Wahid menegaskan bahawa korang boleh guna cara offline, modal kecil, ambil saja barang yang penting, yang digunakan seharian seperti makanan atau minuman yang disediakan sendiri di rumah. Ambil perkara yang mudah terlebih dahulu tanpa menggunakan modal yang besar.
Cara kedua, pakai sistem sedia ada seperti affiliate, dropship atau ejen. Semua sistem ini sudah ada. Walaupun mungkin memerlukan modal sedikit, tapi ia tidak sebanyak (yang diperlukan jika) membuka kedai dan sebagainya.
Ketiga, korang boleh buat secara online. Jual apa sahaja barang yang ada di sekeliling kita, contohnya baju raya, barang dapur yang tidak dipakai, jual sahaja. Akan ada orang yang beli kerana walaupun kita menganggap barangan tersebut mungkin tidak bernilai, tapi mungkin tidak pada orang lain.
Paling penting, jangan takut untuk mengubah kehidupan korang kerana ini mungkin titik permulaan untuk korang mendapat kehidupan yang lebih baik. Siapa tahu, dengan meniaga sendiri boleh jadikan korang sebagai seorang usahawan berjaya satu hari nanti?
InsyaAllah. Sama-sama kita doakan agar indvidu yang terjejas akibat wabak pandemik ini dimurahkan rezeki.
Tengah seronok memandu dan menyanyi mengikut alunan lagu penyanyi kegemaran di radio tiba-tiba kereta ‘breakdown’ tepi jalan!
Mula la peluh menitik di dahi dan membasahi badan. Aduh, apa nak buat ni dah la sorang je ni?
Jangan stres dan panik. Bawa bertenang, baru-baru ini di laman media sosial satu video yang mengajar korang cara menolak kenderaan sekiranya berbadan kurus telah tular dan ianya sangat membantu untuk mengatasi masalah tersebut.
Sudah ditonton lebih 715,000 kali di TikTok, akaun @carlsonchia_oe yang bekerja sebagai mekanik ini banyak berkongsi video tip berkenaan kereta dengan cara yang santai dan kelakar.
Tonton video yang sudah dimuat naik semula di Twitter.
Cara nak tolak kereta rosak jika anda keseorangan.
Tekan butang double signal.
Tukarkan gear ke N.
Turunkan handbrake.
Turunkan cermin sehingga habis.
Tarik habis safety belt dan tutup pintu.
Masukkan badan ke dalam safety belt.
Tangan di stereng kereta dan tolak kereta.
Cara yang ditunjukkan mekanik ini memang amat membantu sekiranya kita berdepan dengan situasi tidak terjangka ini. Kalau tak badan kurus pun boleh buat cara yang sama.
Rata-rata netizen teruja cara dan tip yang diberikan oleh mekanik ini.
Begitulah sedikit sebanyak perkongsian yang dibuat dan kami harapkan semoga info ini dapat memberi manfaat kepada semua terutamanya buat korang yang berbadan kurus tu.
Telah hangat diperkatakan di media sosial baru-baru ini dimana kemunculan seorang selebriti media sosial atau instafamous Sharifah Rose yang berumur 23 tahun itu, dalam sebuah drama yang disiarkan di slot Lestary di TV3 iaitu Kekasih Hati Mr Bodyguard, dan ramai yang telah mempersoalkan tentang kebolehannya menghayati watak yang dibawanya itu.
Warga netizen telah ramai mempersoalkan penerbit drama dan stesen penyiar tentang pemilihan mereka, dan kenapa mereka memilih personaliti media sosial sebagai pelakon drama hanya berdasarkan faktor ‘pengikut ramai’ di media sosial dan rata-rata telah ramai yang melemparkan istilah ‘pelakon kayu’ atau ‘pokok’ kepada beliau.
Sharulezad Mohameddin, seorang pengarah popular, telah berkongsikan pendapat beliau mengenai isu yang popular ini dan beliau juga meminta warga netizen dan peminat drama ini untuk memberi masa kepada Sharifah Rose untuk memperbaiki mutu lakonannya dari masa ke semasa.
Sumber: Berita Harian
Sharulezad juga berkata yang beliau melihat Sharifah Rose mempunyai potensi untuk berjaya jika dia berusaha dengan bersungguh-sungguh. Beliau mengaku yang dia pernah menolak Sharifah Rose daripada drama terbitannya, Sharulezad berharap yang Sharifah dapat membuktikan dirinya dengan ikhlas dan menjauhkan dirinya daripada kontroversi yang merepek.
Tambah beliau lagi, Fattah Amin juga pernah ditolak dengan syarikat produksinya, tetapi Fattah masih terus berusaha sehinggalah beliau berjaya sekarang.
Sharifah Rose telah digandingkan bersama Redza Rosli dan beliau membawa watak sebagai Hadif dan Sharifah Rose sebagai Hana Aralyn yang menjalin hubungan cinta setelah bertemu untuk menyelesaikan satu misteri.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!