Haruman Menawan Dari Produk Mandian & Penjagaan Rambut, Ini Yang Wajib Korang Try

Share

Memilih produk mandian dan penjagaan rambut bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi pada mereka yang mempunyai kulit sensitif kerana kita perlu memastikan bahan yang digunakan adalah terbaik.

Misalnya, produk penjagaan yang mengandungi bahan kimia boleh mengundang risiko alahan pada kulit, jadi disebabkan itu kita perlu peka dalam memilih barangan harian, terutamanya produk mandian.

Jenama Summerie telah melancarkan rangkaian produk sabun mandi dan syampu yang direka khas untuk membangkitkan keterujaan dan mengasyikkan ketika membersihkan diri. Dilengkapi dengan ekstrak botani yang dapat memulihara kulit, produk ini juga menggunakan wanigan yang diilhamkan oleh aroma asli dengan manfaat minyak biji bunga matahari.

Minyak biji bunga matahari organik menawarkan pelbagai manfaat untuk kulit dan rambut. Bahan ini juga kaya dengan vitamin anti oksidan A, B, C dan E; mineral seperti besi, potassium dan kalsium, serta Omega-6.

Berikut kami cadangkan antara produk mereka yang korang wajib cuba.

1. Summerie Shampoo for Normal Hair

Diperkaya dengan vitamin B5, minyak biji bunga matahari organik dan minyak jojoba emas yang melembabkan, syampu ini berfungsi untuk memberikan kilauan lembut dan berkilat sepanjang hari. Jika korang menggunakannya, sudah tentu ia memberi keselesaan yang maksima dengan haruman wangian yang menawan.

2. Summerie Conditioner for All Hair Types

Selepas mencuci rambut, jangan lupa untuk menggunakan Summerie Conditioner for All Hair Types yang akan menghidrat dan melembapkan rambut secara semula jadi. Produk ini juga dihasilkan daripada minyak biji bunga matahari organik dan minyak jojoba.

3. Summerie Grapefruit Purifying Body Wash

Grapefruit Purifying Body Wash antara yang wajib untuk korang cuba kerana harumannya yang menawan pasti membuatkan korang rasa segar sepanjang hari. Ia memberi hidrasi dengan setiap penggunaan sementara kualiti limau gedang membantu menenangkan dan menghaluskan tekstur kulit. Keistimewaan tambahan Grapefruit Purifying Body Wash, ia membunuh 99.9% kuman.

Setiap rumusan mengandungi sekurang-kurangnya 94% bahan-bahan yang diperoleh dari alam semula jadi dan semuanya bebas dari bahan SLS, SLES, paraben, minyak mineral, pewarna sintetik dan ramuan berasaskan haiwan.

Selain daripada kandungan yang selamat, produk Summerie ini juga mudah didapati dengan harga yang berpatutan. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.summerie.my ataupun Facebook: @Summeriemy & Instagram: @Summeriemy

IKLAN