Pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017, Harris Annuar telah pun selamat diijab kabul bersama pasangan pilihan, pelakon wanita Asha Merican. Harris memilih untuk merahsiakan perkahwinannya kepada peminat dan hanya berkongsi berita gembira ini bersama keluarga dan sahabat rapat sahaja.
Namun, malam tadi Harris ada memuat naik video ‘teaser’ dia bersama seorang wanita di instagram dan rata-rata peminatnya mengucapkan tahniah tanpa mengetahui bahawa selebriti ini akan melangsungkan pernikahannya hari ini.
Sebentar tadi, Harris Annuar telah pun selamat bergelar suami kepada Asha Merican. Sebelum ini, Harris juga tidak pernah berkongsi cerita cintanya di media sosial. Mungkin dia ada sebabnya yang tersendiri.
Ads
Ads
Tahniah diucapkan kepada Harris dan Asha, semoga ikatan perkahwinan yang dibina bahagia sehingga ke akhir hayat.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Namun, tidak semua negara memilih untuk meletakkan atlet lelaki dan wanita sebagai pembawa bendera.
Acara pembukaan Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam bukan saja merekodkan sejarah baharu dari segi upacara dan persembahan keseluruhan yang sentimental, menyentuh hati serta berbeza.
Satu perkara yang membezakan Tokyo 2020 dengan acara pembukaan edisi terdahulu adalah pada pemegang bendera setiap negara yang bertanding.
Buat julung kalinya, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) menggalakkan setiap delegasi meletakkan seorang atlet lelaki dan seorang atlet wanita sebagai pembawa bendera negara masing-masing.
SudanYu Mengyu & Loh Kean Yew mewakili Singapura.Barbuda.
Jika sebelum ini, setiap negara akan memilih sama ada seorang atlet lelaki atau wanita sebagai pembawa bendera; dan peluang lebih kerap diberikan kepada atlet lelaki. Kali ini, IOC berpendapat sudah masanya untuk Olimpik memberikan peluang sama rata tanpa mengira jantina, usia atau sukan yang diwakili oleh atlet tersebut.
Keputusan ini dilihat sebagai satu perkembangan positif memandangkan 49 peratus jumlah atlet yang akan bertanding di Tokyo 2020 terdiri daripada atlet wanita. Ini sekaligus merupakan satu pengiktirafan buat mereka.
Mireia Belmonte & Saúl Craviotto mewakili Sepanyol.Hannah Mills & Mohamed Sbihi mewakili Great Britain.Cecilia Carranza & Santiago Lange mewakili Argentina.Jessica Rossi & Elia Viviani mewakili Itali.
Hampir kesemua delegasi menyokong keputusan IOC ini dan meletakkan dua orang atlet sebagai pembawa bendera.
Ini termasuklah Malaysia yang memilih pemain badminton, Lee Zii Jia dan Goh Liu Ying sebagai pasangan yang mengemudi perarakan masuk negara ke dalam Stadium Olimpik Tokyo semalam.
Biarpun begitu, ada juga negara yang mengekalkan hanya seorang saja pembawa bendera (sama ada atlet lelaki atau wanita). Ini menjadikan negara-negara ini lebih ‘stand out’ berbanding majoriti negara lain. Antaranya ialah Ethiopia yang diwakili oleh perenang Abdelmalik Muktar.
Ethiopia.
Dua buah negara Afrika bersebelahan iaitu Congo yang diwakili oleh pelari pecut wanita Natacha Ngoye Akamabi dan Democratic Republic of Congo juga hanya memilih seorang saja pembawa bendera.
Menariknya, ketiga-tiga negara ini mewakilkan seorang saja pembawa bendera WALAUPUN delegasi mereka terdiri daripada atlet lelaki dan wanita.
Natacha Ngoye Akamabi mewakili Congo.Democratic Republic of Congo.
On another hand, negara Emiriah Arab Bersatu (UAE) mewakilkan seorang pembawa bendera kerana kesemua atlet yang dihantar mereka adalah lelaki.
Emiriah Arab Bersatu.
Bagi mana-mana atlet, peluang menjadi pembawa bendera di kejohanan sukan sebesar Sukan Olimpik ini adalah satu penghargaan yang mungkin hanya hadir sekali seumur hidup saja.
Kecualilah kalau mereka ialah atlet sukan taekwando Tonga, Pita Taufatofua yang pernah menjadi pembawa bendera sebanyak tiga kali di Sukan Olimpik Rio 2016, Sukan Olimpik Musim Sejuk PyeongChang 2018 dan Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam.
Mengakhiri zaman bujang merupakan satu detik yang dinanti buat semua pasangan yang ingin berkahwin. Namun, kita hanya merancang, sebaliknya Tuhan yang menentukan segalanya.
Tidak semua perancangan yang diatur berakhir dengan keindahan. Seorang bakal pengatin dari Singapura, yang dikenali sebagai Shasha telah mendapat perhatian netizen apabila momen yang ditunggu untuk meraikan perkahwinan bersama pasangan bertukar menjadi ‘mimpi buruk’ kerana tiga minggu sebelum majlis, tunangnya membatalkan perkahwinan.
Segala persiapan majlis seperti urusan katering, bunga dan pakaian telah pun siap dan hal ini menambah lagi tekanan buat bakal pengantin perempuan.
Seiring berjalan waktu pengantin lelaki dan keluarga tidak langsung menghubunginya untuk membincangkan situasi yang terjadi kepada mereka, gadis itu memutuskan untuk meneruskan sesi photoshoot secara berseorangan kerana tempahan fotografi dan gaun pengantin semuanya telah dibuat.
sg menjadi viral dan mendapat lebih daripada 1.7 ribu perkongsian di laman Facebook. Shasha dilihat sebagai seorang yang positif dan kuat kerana ingin meneruskan penggambaran walaupun tanpa pengantin lelaki.
Ramai yang turut memberikan kata-kata semangat buat gadis Singapura ini.
Kami turut mendoakan agar Shasha terus kuat dan bertemu dengan pasangan yang lebih baik nanti.
Saban tahun, acara Asian Academy Creative Awards akan menghimpunkan para pengkarya hebat daripada produksi antarabangsa seperti dari Netflix, Disney, Warner Bros. Discovery, Viu dan Mediacorp dengan naskah yang diangkat sebagai antara yang terbaik sepanjang tahun tersebut.
Pada edisi 2022, sewajarnya kita berbangga apabila produksi tempatan dari Astro Ria turut dipilih sebagai di antara pemenang dari Malaysia menerusi salah satu drama popular terbitannya, Nusyuz Berkiblat Cinta.
Di antara pengiktirafan yang diterima drama arahan Hadith Omar itu adalah menerusi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Nadhir Nasar) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Shaza Bae). Justeru, ia jelas menunjukkan bahawa watak pembantu seperti yang dilakonkan oleh Nadhir sebagai Erfhan dan Shaza sebagai Safiana juga mampu menyinar di mata penonton serta pengkritik profesional.
Antara pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta (dari kiri) Emma Maembong, Fikry ibrahim, Nadhir Nasar dan Shaza Bae.
Nadhir Nasar, 25 ketika dihubungi REMAJA berpendapat pemilihannya sebagai pemenang dari Malaysia adalah mengejutkan dan pada masa yang sama mengujakan.
“Saya tidak pernah menjangkakan boleh diiktiraf dengan kemenangan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Malaysia) menerusi drama Nusyuz Berkiblat Cinta.
“Saya tidak meletakkan apa-apa harapan sewaktu berkarya di set penggambaran mana-mana drama serta filem yang melibatkan saya. Cuma yang saya tahu, saya telah berikan yang terbaik.
“Kemenangan ini adalah hadiah untuk usaha serta kepayahan mendalami watak Erfhan dalam drama Nusyuz Berkiblat Cinta. Saya bersyukur dengan kemenangan ini kerana saya juga membawa nama Malaysia dalam kalangan pemenang-pemenang dari rantau ini,” kata juara Hero Remaja 2020 ini.
Kemenangan itu juga disambut dengan kiriman kata-kata tahniah oleh rakan seindustri seperti Shasha Abedul, Siti Khadijah, Uyaina Arshad dan ramai lagi.
Pada masa yang sama, Nadhir turut bersetuju bahawa pemberian watak sampingan bagi projek drama dan filem haruslah diambil secara serius oleh mana-mana pelakon. Watak sampingan tidak lagi seharusnya dipandang sebagai ‘insan tempelan’ dalam sesebuah naskah. Sebalik, ia adalah penguat kepada jalan cerita, penyokong kepada hero utama dan lakonan watak sampingan juga boleh memberi impak.
“Tahniah saya ucapkan kepada rakan lakonan saya, Shaza Bae. Sebagai pelakon pembantu bagi drama ini, saya percaya kami benar-benar cuba memahami jalan cerita dan fahami watak yang diberikan.
“Kepada pelakon yang diberikan watak pembantu selepas ini, kemenangan ini juga membuktikan bahawa kita juga boleh memenangi hati penonton dan pengkritik drama serta filem,” tambahnya yang juga tidak melupakan insan yang telah menyokongnya sepanjang bergelar seorang anak seni.
“Terima kasih kepada keluaga, kawan-kawan, kepada semua peminat saya ‘Lucky Fighters’ dan rakan media yang sentiasa menyokong saya. Kini barulah saya sedar mengapa ramai selebriti yang selalu berkata frasa seperti, ‘Tanpa anda siapalah saya’. Mungkin ia kedengaran klise but it is the truth.
“Teruskan menyokong saya, insyAllah ada banyak lagi yang ingin saya tawarkan kepada anda tidak lama lagi,” katanya.
Nadhir Nasar bersama pengarah drama Nusyuz Berkiblat Cinta, Hadith Omar.
Seperkara lagi, Nadhir juga mendedahkan bahawa dia akan terlibat sebagai seorang pengarah bagi sebuah filem pendek sempena kempen BMW Shorties yang kini memasuki edisi ke-16!
Tak sabarnya untuk melihat hasil arahan anak muda berbakat ini. Terdahulu, Nadhir pernah mengarahkan video muzik bagi beberapa penyanyi tempatan sebelum mula mendapat tawaran sebagai pelakon.
Dengan pemilihan Nadhir Nasar sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Malaysia) ini, dia dan produksi selepas ini akan menghadiri majlis penganugerahan Gala Final di mana seorang daripada para pemenang kebangsaan akan dinobatkan sebagai pemenang utama bagi setiap kategori. Difahamkan, acara ini bakal dilangsungkan pada 7 hingga 8 Disember 2022 di Singapura.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!