Harith Zazman Bersatu Dengan Gadis ‘Stoplah Being So Cute’

Share

 

Haa, siapa yang ‘cute’ tu sebenarnya?

Dia tidak lain tidak bukan ialah gadis yang selamat dinikahi oleh penyanyi Cute (Stoplah Being So Cute), Harith Zazman.

Dikenali sebagai Nuramalina Ghakashah, gadis yang bekerja di sebuah syarikat penerbangan ini ialah gadis yang dimaksudkan dalam lagu popular, Cute serta pernah ditampilkan dalam video muzik lagu berkenaan bersama-sama MFMF dan Loca B.

Menerusi sebuah majlis akad nikah serba ringkas di Pejabat Agama Hulu Langat yang dilangsungkan mengikut tetapan prosedur operasi standard (SOP), Harith sah bergelar suami pada petang semalam dengan sekali lafaz.

Tamat saja acara yang mengambil masa kira-kira 20 minit saja, mereka pulang semula ke rumah untuk menjamah juadah bersama ahli keluarga lain.

Menurut Harith yang mengecapi populariti menerusi Cute semasa pandemik COVID-19 melanda pada tahun lalu, mereka pada mulanya hanya berkenalan sebagai kawan biasa. Dalam diam, dia menaruh perasaan terhadap Nuramalina dan mendedikasikan Cute

kepada Nuramalina tanpa pengetahuannya.

Penyanyi berusia 27 tahun itu kemudian menawarkan gadis tersebut peluang untuk muncul dalam video muzik Cute. Dari situ, mereka mengenali hati budi masing-masing hingga selamat bertunang pada bulan Mac tahun ini.

Seperti beberapa pasangan selebriti lain yang baru-baru ini mengikat tali perkahwinan seperti Remy Ishak-Ezza Yusof, Elisya Sandha-Uzair Haqimy dan Nynaa Harizal-Fahmi Ismail, pasangan ini juga perlu menunda majlis resepsi serta rancangan berbulan madu sehingga keadaan pandemik di Malaysia beransur pulih.

ARTIKEL BERKAITAN : Nynaa Harizal Selamat Bergelar Isteri, Ini 5 Corat-Coret Majlisnya – REMAJA

Apapun, tahniah Harith dan Nuramalina!

IKLAN