
Hanya tinggal beberapa minit saja lagi sebelum Malaysia melangkah masuk ke tahun 2021. Namun, perjuangan kita menentang wabak Covid-19 masih terlihat jauh lagi dari sekarang.
Menurut laporan harian oleh Ketua Pengarah Kesihatan negara, Tan Sri Dr. Noor Hisham hari ini, Malaysia mencatatkan kes positif COVID-19 yang cukup tinggi dengan sejumlah 2,525 kes.
Ini menjadikan kes keseluruhan terkini sebanyak 113,010 dengan kes aktif sebanyak 23,598.

Catatan menggusarkan itu melihat negeri Selangor kembali mencatat kes tertinggi dengan 1,205 kes, diikuti Sabah (299 kes) dan Melaka dengan (239 kes). Lima kluster baru pula dikesan hari ini di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Johor dan Negeri Sembilan.
Dr Noor Hisham turut melaporkan lapan kematian yang direkodkan hari ini, lalu menjadikan kes kumulatif kematian kepada 471 sehingga kini.
Walaupun ini merupakan musim percutian buat rakyat Malaysia, namun ingatlah bahawa jangkitan Covid-19 tidak mengenal tempat dan waktu, cuti mahupun tidak.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Saya Ekstrem Tak Bertempat” Dahi Atiq Azman Dijahit Selepas ‘Lompat’ Di Kawasan Rekreasi

Malang sememangnya tidak berbau.
Dek kerana tersilap langkah semasa melakukan lompatan di kawasan rekreasi baru-baru ini, pelakon Raja Atiqullah Azman, 21 kini terpaksa merehatkan diri akibat kecederaan pada dahi yang memerlukan jahitan.
Ketika dihubungi REMAJA bagi mendapat tahu kejadian sebenar sewaktu dirinya ditimpa insiden tersebut, Atiq berkata ia berlaku di Sungai Semungkis, Hulu Langat semasa sedang beriadah dengan rakan-rakannya pada waktu pagi.
Keputusan untuk ke sana pada waktu pagi adalah demi mengelakkan keadaan sesak orang ramai menjelang waktu tengah hari.
“Sebabkan kami ke sana pada awal pagi, air sungai pun masih sejuk. Atiq relakskan diri dulu sambil lihat kawan lain sakan mandi dan ada yang melompat. Selepas setengah jam, barulah Atiq biasakan diri mandi, menaiki batu di situ untuk mengambil gambar dan sebagainya termasuk membuat lompatan. Semuanya okay saja. ”

“Sebelum pulang kira-kira jam 11 lebih, Atiq hendak lakukan terjunan kedua. Lompatan kedua itu mungkin silap caranya memandangkan Atiq merasa cemas bila orang ramai mengerumi lokasi tersebut. Tak sangka pula, kepala terkena pada bahagian batu.
“Atiq memang tak pandai sangat berenang, jadi adalah rakan yang sudah bersiap-sedia di tepi. Dia naik hairan apabila Atiq lama tenggelam dan tidak muncul di permukaan. Waktu itu, Atiq tidaklah lemas.
“Atiq memikirkan sama ada tadi terhentak kepala atau tidak. Dalam hati memang berdoa supaya tidak jadi apa-apa dan hanya setakat bengkak saja. Bila keluar air saja, memang ada luka berdarah dan mula rasa pening.
“Kami tutupkan luka berdarah dengan kain baju salah seorang kawan dan terus ke klinik berdekatan,” kata pelakon yang mula naik menerusi drama Nur itu kepada REMAJA.
“Selepas lakukan jahitan, doktor tidak ada kata perlu pantang apa-apa. Cuma selang empat hari ini, Atiq perlu kembali untuk cabut jahitan.
“Atiq pun sudah merancang bersama pihak pengurusan untuk mendapatkan rawatan susulan di hospital bagi memudarkan kesan parut seperti menggunakan teknik laser,” katanya.
Bagi korang yang tak boleh melihat kesan kecederaan dan darah, cepat-cepat scroll ke bawah!
*
*
*

*
*
*
Sebagai seorang selebriti, sudah tentu wajah merupakan salah satu aset terpenting lagi-lagi bagi pendatang baharu seperti Atiq Azman. Biarpun merasa gusar sekiranya kesan jahitan ini akan menghalangnya daripada menerima projek baharu, Atiq cuba positifkan diri dan fokus untuk pulih sebelum memikirkan hal masuk ke set.
“Atiq pun tahu ramai remaja di luar sana seperti Atiq. Kita sudah mula excited nak keluar rekreasi sekarang. Tapi hati-hatilah. Tidak kira korang pergi mendaki bukit, mandi sungai, berbasikal, ‘main’ beam, atau naik kereta dan motosikal sekalipun. Kita tak tahu bila perkara seperti ini akan berlaku.
“Allah kalau nak bagi, Dia bagi ‘cash’ saja.”
ARTIKEL BERKAITAN : “Saya Okay, Peha Teruk Sikit” Atiq Azman Syukur Selamat Kemalangan Motosikal – REMAJA
“Dan satu lagi, bawalah kenalan korang bersama-sama. Jangan pergi ke sesuatu tempat bersendirian. Sekurang-kurangnya, mereka boleh ada di situ untuk selamatkan atau beri bantuan.
“Atiq memang sukakan (aktiviti) ekstrem, tapi kadangkala ekstrem Atiq tidak bertempat.”
“Walaupun Atiq boleh dikira selalu juga terlibat dalam kemalangan sebelum ini, rasa trauma itu masih ada. Jika sebelum ini, Atiq pernah kemalangan motosikal. Sekarang, Atiq lebih berhati-hati terutamanya semasa ‘corner’. Selepas ini, walaupun gian nak lakukan aktiiviti ekstrem, Atiq akan fikirkan dahulu risikonya,” kesalnya.

Semoga Atiq Azman segera pulih daripada kecederaan ini dan dapat meneruskan kerja sebagai seorang pelakon tidak lama lagi. Ini memandangkan industri seni kreatif telahpun mendapat lampu hijau untuk beroperasi mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Lepas 15 Tahun, Filem ‘Charlie & The Chocolate Factory’ Akan Kembali Tanpa Johnny Depp?

Yes, you have heard that right.
Laporan The Hollywood Reporter semalam menggambarkan bahawa Warner Bros bakal membawa kembali filem Charlie & The Cholocate Factory baharu ke pawagam.
Namun, ia adalah dalam format prekuel di mana kisahnya berlaku sebelum filem pertama yang dilancarkan 15 tahun lalu.
Prekuel berjudul Wonka ini mengisahkan kisah awal Willy Wonka semasa zaman kanak-kanaknya dan pengalaman hidup yang dilalui sebelum membuka kilang coklat terkenal di dunia.
Meskipun masih belum ada pengesahan mengenai siapa yang akan memainkan watak Wonka semasa muda, ura-ura pantas meletakkan nama pelakon Spiderman, Tom Holland dan pelakon kacak serta berbakat, Timothee Chalamat sebagai pilihan utama.
Dari Kiri: Johnny Depp, Tom Holland & Timothee Chamalet.
Sebelum ini, ada juga nama popular lain yang dikatakan bakal memainkan watak Wonka seperti Ryan Gosling (La La Land) dan Ezra Miller (The Fantastic Beast). Namun kami rasakan Tom (24) atau Timothee (25) adalah pilihan yang lebih tepat memandangkan mereka mempunyai kelebihan usia dan pakej yang lebih muda.
Walaupun filem arahan bekas penerbit filem Harry potter iaitu David Heyman ini telah lama dinanti-nantikan oleh peminat Charlie & The Chocolate Factory (come on, setiap tahun pasti ada seseorang yang akan memakai kostum Willy Wonka semasa musim Holloween), ia sebenarnya telah dirancang lebih empat tahun lalu.

‘Wonka’ dijangka menemui pawagam pada 17 Mac 2023.
Jadi korang masih ada 2 tahun untuk memakai kostum Willy tu.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terhibur Lihat Aksi Komedi Sandra Bullock & Channing Tatum Dalam Filem The Lost City!

Jika ingin mengisi masa lapang dengan melepaskan segala kepenatan harian, kami cadangkan untuk korang menonton filem The Lost City yang kini sudah pun ditayangkan diseluruh pawagam tanah air. Gandingan Sandra Bullock dan Channing Tatum dilihat begitu serasi dengan membawakan watak komedi dalam filem ini.
The Lost City mengisahkan tentang seorang novelis cinta bersama model muka depan novelnya terlibat dalam satu penculikan yang secara tidak sengaja membawa mereka masuk ke dalam hutan. Pengembaraan itu menyedarkan mereka bahawa kehidupan boleh menjadi pelik dan romantis daripada novel-novel fiksyen.
BACA: Muncul Dalam Siri Marvel, Jared Leto Bertukar Jadi ‘Vampire’ Dalam Morbius

Apa yang boleh kami katakan, filem ini merupakan naskhah ringan yang membawa penonton menggembara ke hutan belantara, namun diselitkan unsur humor dan bakal membuatkan korang terhibur bergelak ketawa.
Jalan cerita yang simple merupakan sebab utama mengapa kami katakan filem ini sesuai untuk ditonton bagi mereka yang ingin santai menghabiskan masa terluang. Korang tidak perlu berfikir secara mendalam untuk memahami jalan ceritanya kerana semua sudah digarap secara straight to the point.

Kemunculan istimewa bintang ternama seperti Daniel Racliffe dan Brad Pitt juga antara tarikan buat penonton sepanjang menonton filem penggembaraan ini. Secara keseluruhannya, The Lost City lakonan Sandra Bullock, Channing Tatum, Patti Harrison, Oscar Nunez dan Da’Vine Joy Randolph memang berbaloi untuk ditonton, lebih-lebih lagi bagi mereka yang gemarkan menonton filem aksi komedi.
BACA: Filem Ambulance Sarat Dengan Aksi Mendebarkan, Lakonan Mantap Jake Gyllenhaal

Jangan lepaskan peluang untuk menonton The Lost City di pawagam berhampiran sekarang. Selamat menonton!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

