Pemergian ibu kepada tunang, Shila Amzah semalam setelah bertarung dengan penyakit barah telah ditangisi bukan sahaja oleh anak kandungnya, Ubai MZ tetapi juga oleh penyanyi Patah Seribu itu.
Memetik laporan media, Allahyarhamah Rohani Jamal meninggal dunia pada jam 6.45 petang dan ini merupakan kehilangan insan kedua yang disayangi oleh Ubai setelah keluarganya pada 4 Mei lalu meratapi pemergian adik lelakinya, Allahyarham Muhammaf Azrullah Mohd Zulkefli yang meninggal dunia akibat kemalangan.
Tambah sedih apabila pemergian Allahyarhamah Rohani juga terjadi hanya kira-kira seminggu sahaja sebelum majlis akad nikah Ubai dan Shila dijadualkan berlangsung.
Menerusi hantaran video terbaharu di Instagram, Shila mengucapkan terima kasih kepada Yang Esa kerana telah ‘meminjamkan’ kasih ibu kepada tunangnya itu ibarat memiliki ibu kandung kedua.
Ads
“Sha sangat bersyukur walau sebelum jadi menantu pun, mak dah layan Sha macam anak sendiri. Keluh resah Sha semua mak pujuk.
“Dari adik meninggal dua bulan lepas, mak tetap jadi yang paling kuat. Kami pun tak mampu jadi sekuat mak. Mak cakap, ‘Kita yang hidup ini harus teruskan kehidupan, hargai siapa yang masih ada di depan kita.’
“Banyak kali mak cakap, ‘Kalau mak sihat Sha, korang tak payah penat. Hantaran ke apa semua memang tangan mak akan buat.’
“Tapi dah ditakdirkan mak sakit. Bukan semua orang ada rezeki untuk dapat mak mertua yang baik. Percayalah, Sha bersyukur sangat dapat juga merasa walaupun cuma seketika,” ujarnya.
Ads
Sambil itu, Shila turut mengingati pesanan ibu Ubai agar terus menjaga anak kandungnya, Alieya yang masih bersekolah.
Sejak berkongsi mengenai pemergian Arwah semalam, ramai rakan selebriti yang tampil menzahirkan ucapan takziah mereka kepada pasangan tersebut di ruangan komen serta berharap agar mereka berdua terus diberikan kekuatan dalam menghadapi takdir Ilahi ini.
Antara yang berbuat sedemikian termasuklah Diana Danielle, Uyaina Arshad, Liza Hanim, Mimi Fly, Ziela Jalil, Alif Satar, Datuk Aznil Haji Nawawi, Sharifah Shahira, Yana Samsudin, Zara Zya dan ramai lagi.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pejam celik pejam celik, rupa-rupanya siri filem popular kanak-kanak yang diadaptasi daripada novel nukilan J.K Rowling telahpun berusia 20 tahun sejak filem pertamanya, Harry Potter & the Sorcerer’s Stone ditayangkan.
Sempena ulang tahun istimewa dua dekad ini, saluran Cartoon Network (Astro ch 615) dan platform penstriman HBO GO bakal membawa korang untuk kembali menonton empat daripada lapan buah filem Harry Potter sepanjang bulan November dan Disember ini. Ini termasuklah filem Harry Potter & the Sorcerer’s Stone (13 November), Harry Potter & the Chamber of Secrets (27 November), Harry Potter & the Prisoner of Azkaban (11 Disember) dan Harry Potter & the Goblet of Fire (25 Disember). Kesemua akan disiarkan di saluran tersebut.
Manakala 4 lagi baki filem Harry Potter yang lain dijangka akan ditayangkan pada awal 2022 di Cartoon Network.
Sempena sambutan ulang tahun ke-20 ini juga, sebuah pertandingan Wizarding World secara maya berjudul Harry Potter : Hogwarts Tournament of Houses juga akan menemui korang secara eksklusif pada Isinin, 29 November di HBO GO.
Acara yang akan dihoskan oleh Dame Helen Mieern itu adalah sesuatu yang sama sekali tidak pernah dilihat oleh peminat Harry Potter sebelum ini. Dengan menampilkan beratus soalan trivia dan kemunculan tetamu istimewa semasa rangan tersebut, hanya peminat Harry Potter yang memiliki pengetahuan paling handal mengenai siri itu saja yang layak untuk membawa pulang trofi istimewa ‘Tournament of Houses’.
Korang boleh mencuba juga filter terbaru ‘Catch The Snitch’ di Instagram.
Korang juga boleh melayari laman web Harry Potter Movie 20 untuk menyaksikan kandungan eksklusif seperti momen-momen ikonik filem tersebut. Di sana korang boleh mengimbau semula kenangan daripada filem pertama, menonton babak di belakang tabir bersama kru produksi, mengetahui lagi lebih banyak pengetahuan mengenai wizard kesayangan korang, info binatang menggerunkan dalam Harry Potter dan banyak lagi.
Miliki Koleksi Hogwarts
Di samping itu, korang juga tidak harus terlepas peluang untuk memiliki barangan koleksi istimewa sempena ulang tahun ke-20 Harry Potter seperti aksesori, permainan dan kit DIY untuk mengubah dekor rumah. Peminat di Malaysia juga bertuah kerana mereka boleh memiliki permainan papan Harry Potter Scrabble dan Harry Potter Pictionary Air yang dilancarkan oleh Mattel.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi Marsha Milan telah mencipta nama apabila muncul sebagai juara Anugerah Juara Lagu Ke-39 (AJL39) selepas membawakan lagu ciptaan komposer terkenal, Ikhwan Fattana dan Wan Salleh berjudul ‘Hening Rindu’ sekaligus menewaskan sembilan (9) lagu karya lain yang bertanding pada malam penuh berprestij, semalam.
Menurut Marsha Milan atau nama sebenarnya Marsha Milan London (40), beliau meluahkan rasa syukur sambil menitiskan air mata di atas pentas selepas dinobatkan sebagai pemenang dan telah membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi.
Marsha Milan Muncul Sebagai Juara AJL39
Sementara itu, menerusi lagu ‘Bukan Lagi Kita’ Nadeera Zaini muncul sebagai naib juara AJL39 dan membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi dan kumpulan Akim & The Majistret dinobatkan sebagai pemenang ketiga dengan lagu ‘Saksama’ mendapat tempat ketiga membawa hadiah wang tunai berjumlah RM30,000 berserta trofi.
Dalam pada itu, antara yang paling dinanti dan menarik perhatian para penonton adalah persembahan daripada penyanyi Aina Abdul yang bertemakan ala-ala ‘Sains Biologi bagi lagu ‘Puas Sudah’.
Nadeera Zaini muncul sebagai naib juara AJL39Akim & The Majistret dinobatkan sebagai pemenang ketiga AJL39
Persembahan daripada penyanyi berusia 32 tahun itu berjaya memukau penonton secara langsung dari Axiata Arena dan juga televisyen sehingga beliau memenangi Anugerah Persembahan Terbaik AJL39 dan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000 berserta trofi AJL39.
Selain itu, dalam AJL39 kali ini juga kesemua penyanyi hebat telah menunjukkan persaingan sengit yang sihat. Namun, ia tidak menjadi halangan buat Ernie Zakri untuk dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik menerusi lagunya yang bertajuk ‘Aura’.
Kehebatan, keharmonian vokal dan kemerduan suara Ernie sememangnya tidak dapat disangkal lagi apabila nyanyiannya malam tadi mendapat pujian ramai serta membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM12,000 berserta trofi AJL39.
Ernie Zakri sebagai pemenang Vokal Terbaik AJL39Aina Abdul sebagai pemenang Persembahan Terbaik AJL39
Sebanyak 10 buah lagu telah bertanding pada malam Anugerah Juara Lagu Ke-39 bagi merebut gelaran lagu terbaik. Antara lagu yang dipersembahkan Sengaja (Amir Masdi), Saksama (Akim & The Majistret), Pujaanku (Masdo ft Aisyah Aziz), Terus Bersinar (Hafiz Suip), Hening Rindu (Marsha), Aura (Ernie Zakri), Diam (Hael Husaini), Risiko (Benzooloo, Ghidd Isobahtos, Meerfly, Tuju & Mk K-Clique) dan Bukan Lagi Kita (Nadeera Zaini).
Malam anugerah berprestij itu menampilkan gandingan Nazurdin Rahman dan Sissy Iman sebagai hos. AJL 39 membuka tirai dengan persembahan daripada gabungan artis popular tanah air iaitu Shiha Zikir, Wani Kayrie, Sissy Iman dan Noki K-Clique. Segmen Interlude pula dijayakan oleh kumpulan Ukays dan penampilan istimewa Sham Visa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Walaupun kita sedang dalam situasi berjaga-jaga, sedih dan cemas dengan kehadiran wabak Covid-19, sekurang-kurangnya ada berita baik yang diterima pada hari ini.
Menurut portal dari China berjudul China Global Television Network (CGTN), mereka menamakan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebagai salah seorang daripada 2 orang tokoh perubatan dunia yang paling dipercayai.
Dua lagi tokoh yang digelar ‘Hero Dunia’ dan ‘Penyampai Kebenaran’ itu termasuklah Dr Anthony Fauci dari Amerika Syarikat dan Dr Ashley Bloomfield dari New Zealand.
Dari kiri: Dr Anthony Fauci dan Dr Ashley Bloomfield.
Sebelum wabak Covid-19 melanda dunia tiada siapa yang begitu mengenali siapakah mereka bertiga. Namun, kehadiran mereka sebagai penyampai situasi semasa di negara masing-masing untuk memberi saranan kesihatan amat menenangkan rakyat.
Like seriously, how many of us tune in to Dr Noor Hisham’s speech every afternoon? *Me!*
Untuk pengetahuan, Dr Noor Hisham telah menyandang jawatan Ketua Pengarah Kesihatan sejak 2013 dan pada masa yang sama masih menjalankan tugasan di Hospital Putrajaya sebagai perunding kanan dan pakar bedah endokrin (sistem dalam badan yang menghasilkan hormon oleh kelenjar tertentu dan masuk ke dalam saluran darah).
Selain muncul di kaca televisyen, beliau juga aktif membuat posting di Twitter dan Facebook walaupun pada lewat malam demi memberikan info terkini berkaitan Covid-19 di Malaysia.
Tahniah!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!