
Kecoh di media sosial tentang iPhone 12 yang khabarnya bakal dilancarkan tidak lama lagi. Menurut desas-desus yang diperkatakan, Apple dijangka memperkenalkan iPhone 12 Mini, iPhone 12, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max.
Dikatakan iPhone 12 Mini ini akan bersaiz sekitar 5.4 inci dan hadir dengan saiz takuk yang kecil. Ia dijangka akan menggunakan Apple A14, selain sokongan rangkaian 5G bersama dengannya.

Ramalan harga siri iPhone 12 ini juga kian menular dan kini, terdapat harga ramalan baharu yang mungkin akan dilancarkan pada Oktober ini.
Sumber terkini meramalkan harga iPhone 12 bakal bermula daripada $749 (lebih kurang RM3,081). Namun begitu, semua sudah sedia maklum bahawa Apple dijangka tidak akan menyertakan sebarang fon telinga atau pengecas bersama untuk pengenalan siri baru ini.

Sama-sama kita nantikan bulan Oktober nanti untuk melihat sama ada benar atau tidak ramalan harga iPhone 12 terbaru ini.
Sumber: bm.technave.com & amanz.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
3 Model Baru Telefon Bimbit Nokia, Salah Satunya Telefon Boleh-Lipat Dengan Sokongan 4G

Jenama telefon bimbit kesayangan ramai suatu ketika dahulu, Nokia kini masih giat melancarkan beberapa model terbaru termasuklah smartphone berasaskan Android, iaitu Nokia 6.2 dan juga Nokia 7.2.
Kedua-dua model telefon bimbit ini dijana oleh Android One yang disertakan tri-kamera belakang, selain dilengkapi dengan sokongan paparan Pure Display.
Jom kita lihat spesifikasi bagi model terbaru daripada Nokia ini.
Nokia 6.2

Disertakan dengan skrin 6.3-inci FHD+, dijana cip Snapdragon 636, memori 4GB RAM dan storan 128GB, serta dilengkapi juga dengan bateri 3500mAh.
Untuk rakaman gambar, ia menggunakan tri-kamera belakang gabungan 16MP + 5MP (depth>) + 8MP (sudut lebar), selain kamera swafoto 8-megapixel.
Nokia 7.2

Menggunakan skrin 6.3-inci FHD+, dijana cip Snapdragon 660, memori 6GB RAM dan storan 128GB yang turut dilengkapi dengan bateri 3500mAh.
Untuk rakaman gambar, Nokia 7.2 dilengkapi tri-kamera 48MP Zeiss + 5MP depth + 8MP (sudut lebar), selain kamera swafoto 20-megapixel.
Selain daripada model-model ini, Nokia juga turut melancarkan satu lagi telefon bimbit terbaru, iaitu Nokia 2720. Hadir dengan rekaan boleh lipat dan disertakan dengan papan kekunci fizikal, ia dijana dengan sistem operasi KaiOS, sekaligus menawarkan sokongan untuk Facebook dan juga WhatsApp.
Harganya memang mampu milik, hanya RM359.

Kalau korang nak dapatkan smartphone Nokia 6.2 pula, ia pula ditawarkan padaharga RM899 bermula Oktober nanti dan Nokia 7.2 pada harga RM1299.
Bagi yang nak menggamit memori zaman muda-muda dulu, bolehlah korang dapatkan kembali telefon bimbit jenama Nokia ini.




Harganya juga lebih mampu milik dan diharap ketahanannya juga sama seperti keluaran model yang terdahulu. Hiks!
Sumber: Amanz
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
QuickShare dan AirDrop: Integrasi Bersejarah Yang Menghubungkan Android & iPhone

Penantian hampir 20 tahun akhirnya berakhir apabila Google mengumumkan bahawa penghantaran fail antara peranti Android dan iPhone kini boleh dilakukan menggunakan protokol QuickShare dan AirDrop. Pengumuman ini menjadi detik bersejarah kerana buat pertama kali dua ekosistem telefon pintar paling popular boleh “bercakap” secara terus tanpa aplikasi pihak ketiga.
Sebelum ini, pengguna hanya bergantung pada aplikasi seperti LocalSend untuk penghantaran rentas sistem operasi. Walaupun berfungsi, ia tetap kurang lancar dan tidak selesa berbanding ciri perkongsian fail terbina dalam seperti AirDrop. Kini, halangan itu akhirnya dihapuskan.

iPhone Muncul Dalam QuickShare, Android Muncul Dalam AirDrop
Menurut sumber dengan integrasi baharu ini, proses perkongsian menjadi jauh lebih mudah:
Dalam QuickShare, peranti iPhone akan muncul sebagai pilihan penerima.
Dalam AirDrop pula, peranti Android akan kelihatan dalam senarai peranti yang boleh menerima fail.
Ini bermakna pengguna Android dan iPhone kini boleh saling menghantar gambar, video, dokumen dan pelbagai jenis fail dengan kelajuan tinggi tanpa perlu menyentuh internet atau memuat turun aplikasi tambahan. Semua ini berlaku melalui gabungan protokol QuickShare dan AirDrop yang kini bersambung secara terus.
Terhad Kepada Peranti Pixel Baharu Buat Masa Ini
Walaupun ciri ini sangat dinantikan, ia belum tersedia untuk semua peranti Android.
Setakat ini, Google hanya mengaktifkan fungsi tersebut pada model:
- Pixel 10
- Pixel 10 Pro
- Pixel 10 Pro XL
- Pixel 10 Pro Fold
Google memaklumkan sokongan untuk Android lain akan ditambah dari semasa ke semasa pada masa hadapan. Untuk pengguna bukan Pixel, sabar dulu… tapi berita baiknya, ia memang sedang dalam proses untuk dikembangkan secara meluas!

Lebih Selamat & Stabil Berbanding Aplikasi Pihak Ketiga
Perkongsian fail menggunakan protokol QuickShare dan AirDrop pada tahap sistem menjadikannya:
- Lebih selamat – perlindungan terbina pada sistem operasi
- Lebih stabil – tiada isu pairing gagal seperti aplikasi luar
- Lebih pantas – menggunakan Bluetooth + WiFi Direct seperti AirDrop sebenar
- Tidak mengecilkan kualiti – fail dihantar dalam resolusi asal
Integrasi ini digelar ramai sebagai “penyatuan teknologi” yang sepatutnya berlaku sejak lama.
Apa Maknanya Untuk Remaja?
Untuk pengguna muda yang aktif dan sering berkongsi fail, ini adalah berita besar. Antaranya:
📸 Boleh kongsi gambar outing tanpa pecah
🎬 Video TikTok atau vlog boleh dihantar tanpa compress
🎓 Assignment & projek sekolah lebih mudah dipindahkan
🎮 Gamers boleh berkongsi rakaman permainan dengan cepat
📁 Pindah fail besar tanpa guna data atau internet
Ringkasnya — hidup digital remaja menjadi jauh lebih lancar berkat integrasi QuickShare dan AirDrop yang akhirnya menjembatani dua dunia telefon pintar.
Kesimpulan
Integrasi QuickShare dan AirDrop antara Android dan iPhone adalah langkah besar dalam dunia teknologi mudah alih. Walaupun kini terhad kepada Pixel 10 dahulu, masa depan jelas menunjukkan keserasian rentas sistem operasi akan menjadi standard baharu.
Penantian panjang akhirnya berbaloi dan dunia kini selangkah lebih dekat kepada teknologi yang benar-benar universal.
BACA LAGI : Remaja Jual Buah Pinggang Demi iPhone, Kini Hilang Upaya Kekal
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
‘Demam’ Rumah Baru, Remy Ishak & Yaya Zahir Rambang Mata Di Stor Senheng x Samsung Ini

Senheng dan Samsung merupakan dua nama besar dalam pasaran barangan elektrikal dan gajet di Malaysia. Asalkan ada keperluan untuk mendapatkan barangan elektrikal baharu, pasti Senheng dan Samsung ialah di antara yang berada dalam senarai pembeli seperti korang.
Bagaimana jika REMAJA katakan korang tidak lagi perlu ke dua lokasi berbeza untuk mendapatkan barangan elektrik. Ya! Senheng dan Samsung secara rasminya telahpun bergabung untuk menghasilkan sebuah stor ‘Premium Experience’ pertama sepertinya di Malaysia.
Terletak di Shoppes at Four Seasons Place, Kuala Lumpur; stor Senheng ini hanya menawarkan barangan jenama Samsung saja tau. Biarpun hanya satu jenama saja yang ada di sini, pengalaman membeli-belahnya memang berbeza dan istimewa hinggakan dua selebriti yang sempat ditemui REMAJA sewaktu acara pembukaannya juga teruja untuk berada di sini.

Peminat Remy Ishak dan Yaya Zahir tentu mengetahui tentang komitmen mereka selaku ‘wajah’ jenama Samsung di Malaysia. Tidak hairanlah jika mereka meminati produk-produk Samsung. Begitupun sewaktu ditemui REMAJA, mereka sendiri sememangnya tidak sabar untuk ‘pusing’ satu stor disebabkan ‘Premium Experience’ yang ditawarkan di sini.
Remy Idamkan Televisyen Lebih Besar
Jenama Samsung sudah sebati dengan pelakon filem Sangkar ini. Sejak memiliki televisyen, peti sejuk dan gajet Samsung lain, dia setia dengan jenama ini disebabkan perkembangan teknologi produknya yang pantas dan up to date berbanding jenama pesaing lain.

“Banyak stor perkakas dan gajet yang telah saya masuki sebelum ini. Apa yang menjadikan Senheng x Samsung Premium Experience ini berlainan adalah ia nampak lebih moden, lebih futuristik.
“Hari ini, saya tertarik dengan almari Samsung BESPROKE AirDresse yang menyenangkan ini. Saya ada banyak sut dan jaket yang memerlukan cucian dry clean. Dengan adanya almari ini, saya rasa tak perlu nak hantar ke dobi selepas ini.
“Dan kini bila saya telah berumah tangga dan kami sedang merancang memiliki kediaman yang lebih besar mungkin saya perlukan televisyen lebih besar untuk ruang tamu,” kata Remy yang memasang impian untuk menerapkan idea smart home bagi kediamannya barunya satu hari nanti.


Warna Boleh ‘Matching Matching’ – Yaya Zahir
Bagi pengacara Hlive, Yaya Zahir pula; dia yang memiliki ‘design eye’ dalam bab reka bentuk dalaman merasakan rutin hariannya tidak lengkap tanpa barangan Samsung.
Menyifatkan barangan jenama dari Korea Selatan itu sebagai, “sistematik, tersusun dan mudah digunakan” bagi dirinya yang sibuk, Yaya berhasrat untuk mendapatkan peti sejuk Samsung BESPOKE Refrigerator tidak lama lagi.

“Sebenarnya Yaya ingin sangat peti ais BESPOKE terbaru ini. Bukan saja ia cantik dengan warna retro, elegan dan minimal. Malah, seperti yang kita tahu, Samsung sentiasa memberikan kualiti hebat. InsyaAllah kalau ada rezeki, Yaya ingin membeli peti ais itu dengan ketuhar disebabkan warnanya yang boleh kita ‘matching matching’.
“Lagipun Yaya baru saja pindah rumah dan memang tercari-cari barangan elektik. Bila Yaya datang hari ini, memang dapat macam-macam idea barangan yang sesuai untuk rumah itu,” katanya.

*

Haa, kalau korang pun nak bilik atau kediaman korang persis kediaman Remy Ishak dan Yaya Zahir, jom singgah ke stor Senheng x Samsung di hotel Four Seasons, Kuala Lumpur.
P.S : Siap ada ‘pelakon’ lagi di stor ini yang menunjukkan demonstrasi penggunaan barangan Samsung bagi memudahkan korang memahami produk bersesuaian dengan keperluan masing-masing.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

