Membeli emas merupakan satu pelaburan yang berbaloi kerana hari demi hari, harga emas semakin meningkat naik dan memberi keuntungan kepada si pemilik jika dijual pada waktu yang sesuai.
Menurut Berita Harian, harga emas mencatatkan paras tertinggi dalam sejarah hari ini kerapa berpotensi melepasi AS$2,000 (RM8,503.50) seauns atau kira-kira RM300 segram, disebabkan tekanan lebih besar ke atas ekonomi.
Penganalisis Kanan Penyumberan MineLife, Gavin Wendt, berkata tumpuan ketika ini beralih kepada mesyuarat Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) minggu ini dengan wujudnya ramalan pelaksanaan langkah seterusnya dalam memacu ekonomi termasuk kemungkinan kadar faedah pada paras negatif.
Ads
Khabarnya, situasi ini akan memberi tekanan lebih banyak dan menolak emas melepasi paras AS$2,000 seauns. Wujud kebimbangan mengenai data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS yang lebih buruk daripada jangkaan pada suku kedua mencetuskan penjualan dolar.
Harga emas mencecah paras tertingginya kepada AS$1,944.71 (RM8,268.43) seauns atau sekitar RM291.66 segram hari ini, mengatasi paras tertinggi AS$1,921.18 (RM8,168.60) atau RM288.14 segram yang dicatatkan pada 2011.
Gambar hiasan
Penganalisis turut menjelaskan bahawa lonjakan harga logam berharga itu dicetuskan oleh kebimbangan mengenai ketegangan antara China dan AS serta peningkatan kes jangkitan COVID-19 di seluruh dunia.
Ads
kekurangan isyarat jelas dan kemajuan dalam pakej rangsangan baharu di Washington juga mencetuskan impak positif kepada emas. Langkah Fed melaksanakan langkah pelonggaran monetari besar-besaran menyaksikan dolar AS lebih rendah sekali gus melonjak harga emas.
Pergh, boleh menangis tengok harga emas sekarang. Hiks!
Ads
Jika korang mampu, bolehlah jadikan pembelian emas ini sebagai satu pelaburan jangka panjang. Memang berbaloi-baloi.
Tapi, bagi individu yang nak melangsungkan perkahwinan, mungkin korang akan rasa ‘sesak’ sikit la nak beli cincin untuk bakal isteri. Hehe!
Siapa yang tak kenal dengan bintang realiti televisyen yang popular dengan kisah adik-beradik, The Kardashian.
Memilki empayar bisnesnya sendiri iaitu Kylie Cosmetics, jenama pakaian dan banyak lagi, kesemuanya bernilai $900 juta di usia 21 tahun, secara tak langsung menjadikan Kylie wanita terkaya di Amerika Syarikat.
Menerusi laporan yang dikeluarkan oleh Majalah Forbes, dianggarkan syarikat milik remaja ini bernilai sekurang-kurangnya USD$900 juta iaitu bersamaan dengan RM3.678 bilion. Pergh, muda-muda lagi dah jadi jutawan.
Lebih hebat lagi apabila Kylie berjaya menewaskan pengasas Facebook Mark Zuckerberg yang menjadi bilionair termuda pada usia 23 tahun. Malah, dia berada di ranking ke 2,057 sebagai orang paling kaya di dunia ketika ini.
Tahniah kami ucapkan kepada adik tiri Kim, Khloe dan Kourtney Kardashian ini kerana telah berjaya mencipta nama menerusi jenama kosmetiknya sendiri, sekaligus menjadi antara remaja paling kaya di dunia.
Semoga kejayaan selebriti Hollywood ini menjadi inspirasi buat anak muda di Malaysia untuk terus berusaha dan berjaya dalam hidup.
Orang Asli di Malaysia kini semakin cemerlang apabila melakar kejayaan berterusan dalam bidang yang diceburi.
Terkini, empat kru kabin Orang Asli telah mencipta sejarah selepas buat pertama kalinya menjadi graduan dari akademi latihan Malaysia Airlines tahun ini, lapor The Star.
Empat orang tersebut adalah Amyisha Nurshahira Rosman dari Suku Jakun, Sarah Elisssa Tang Aman dari Suku Temuan, Veena Angelina Jincis dari Suku Semai dan Alzariza Alwi dari Suku Semai.
Difahamkan, keempat-empat krew kabin ini telah mula bertugas di penerbangan Malaysia Airlines sejak 7 Mei 2024.
Majlis graduasi yang diadakan semalam telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa), Datuk Sapiah Mohd. Nor.
Pencapaian ini menunjukkan komitmen kami terhadap kepelbagaian dan keterangkuman dalam tenaga kerja kami, memastikan semua orang mendapat peluang yang sama tanpa mengira latar belakang mereka. – Pengarah Urusan Kumpulan MAG, Datuk Kapten Izham Ismail.
Untuk pengetahuan semua, Malaysia Airlines dan Jakoa memulakan usaha merekrut pada Disember 2023 di negeri Pahang, Perak dan Johor, dengan mensasarkan pelbagai etnik seperti Jakun, Temuan dan Semai.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila hari raya ramai risau nak tinggalkan rumah dalam tempoh masa yang agak lama. Dah banyak jenayah berlaku yang selalu kita dengar, lebih-lebih lagi pada musim perayaan.
Nak balik kampung pun rasa tak senang hati. Kalau nak harapkan jiran tetangga pun tak boleh juga, ya la mereka pun ada yang beraya di luar daerah. Jadi, serahkan saja keselamatan kawasan perumahan korang tu pada pihak yang bertanggungjawab.
Sekarang ni dah mudah, dengan adanya aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) korang boleh mengisi borang maklum balas balik kampung menerusi apps ini dengan mudah dan pantas.
Setiap maklum balas akan diterima dan pihak PDRM akan membuat rondaan dan pemantauan secara berkala menerusi elemen tugasan seperti URB dan MPV.
Setiap rumah yang dilawati akan diberi notis lawatan sebagai bukti rumah korang telah dilawati dan dipantau.
Korang boleh download melalui Google Playstore dan apps store bagi pengguna iPhone, tapi korang kena daftar terlebih dahulu sebagai ahli VSP.
Rasa lega sikit kan bila ada pihak berkuasa mengawasi tempat tinggal kita sepanjang tempoh balik kampung. Walau bagaimanapun, korang tetap perlu pasti kan keselamatan rumah korang terjaga.
Kalau boleh, kunci semua pintu dan pagar rumah dengan mangga kunci dan tutup tingkap jangan biarkan terbuka kerana ia boleh mengundang penjenayah untuk menyelinap masuk ke rumah.
Walaupun rumah dah diawasi oleh pihak polis, tapi janganlah pula korang ambil lewa dengan perkara-perkara keselamatan ini. Keselamatan rumah tetap jadi tanggungjawab utama korang.