Harap Tiada Lagi Tangisan, Cik B Korban RM100k Bantu DS Vida Selesai Kes

Share

Anak mana yang tidak sedih jika ibu mereka melalui saat-saat sukar, tambahan lagi apabila masalah yanh dihadapi beliau itu menjadi bualan mulut satu Malaysia.

Setelah lebih setahun berdepan kemelut kes hadiah kemenangan penyanyi Aishah yang memenangi program Gegar Vaganza musim kempat, jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau DS Vida dikejutkan oleh anaknya yang menyerahkan wang tunai RM100,000 agar isu ini pantas diselesaikan.

Menurut Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin, 14 pada sidang media itu, dia tidak lagi mahu melihat ibunya itu menangis setiap malam.

“Kalau bantu mama pun insyaAllah (akan) dapat lagi (rezeki). Sedih tengok apa yang jadi kepada mama walaupun Cik B susah untuk sedih,” luahnya.

“Cik B tahu dan nampak mama seorang yang kuat. Tapi bila dia menangis kita pun (turut ingin) menangis. Jarang tengok dia sedih dan (ini) betul-betul berat bagi mama.

“Oleh itu, Cik B serahkan duit hasil jualan produk Salmon Skin yang diperolehi daripada ejen Singapura dan Malaysia kepada mama untuk dibayar kepada Aishah,” simpulnya.

Terdahulu, DS Vida menyatakan permohonan maaf rasmi secara terbuka seperti yang termaktub dalam keputusan bersama kedua-dua pihak di Mahkamah Sesyen Sibil 11 Kuala Lumpur, Isnin lalu.

Tak apa Cik B. Rezeki Tuhan itu luas. Jika hari ini ibu gembira dengan pertolongan anaknya, tak mustahil satu hari rezeki akan kembali kepada anak tersebut.

IKLAN