Mula-mula beli phone, mestilah bateri tahan sampai hari keesokannya. Tapi bila dah pakai berbulan-bulan..?
Itu perkara pertama yang penulis terfikir pada majlis pelancaran model smartphone Samsung Galaxy A50 semalam. Nampaknya, duta terbaru mereka iaitu penyanyi Haqiem Rusli juga merasakan bateri adalah antara perkara terpenting semasa mendapatkan phone baru.
The question is, adakah bateri Galaxy A50 ini boleh deliver, gaiss?
“Kapasiti bateri Galaxy A50 ini memang besar, iaitu 4000 mPH. Saya boleh gunakannya dari siang ke malam, satu benda yang bagus untuk saya yang tak boleh lepas tangan daripada menggunakan phone semasa bekerja.
Ads
“Kalau ada free time pula, saya boleh main PUBG sebanyak 60 kali tanpa risaukan bateri!” kongsi Haqiem. Amboi, amboi.. kira oklah kalau bateri A50 ni tahan lama.
Bella & Mail Pula?
Bagi dua orang duta Samsung lain iaitu Ismail Izzani dan Nabila Razali pula, mereka lebih mementingkan aspek lain.
Ads
“Saya suka untuk mengambil video atau wefie beramai-ramai. Jadi feature paling saya gemari pada phone Galaxy A50 adalah kamera ultra-wide angle–nya. Semua boleh masuk, tak akan ada yang terpotong frame. Masa saya menari beramai-ramai pun, kami boleh rekodkan video menggunakan wide-angle ini,” kata Mail.
Untuk Bella pula, dia tertarik dengan warna biru, hitam atau putih. Biasalah, semua nak pilih warna favourite masing-masing. “Macam saya, saya akan pilih putih. Menariknya, ia bukan putih biasa-biasa tetapi mempunyai efek 3D-Prism. Jadi phone saya boleh ‘masuk’ dengan apa-apa pakaian kerana warna baju akan reflect pada phone..
Ads
“Selain itu, saya juga gemarkan fungsi kamera Infinity-U Displayyang bagus untuk saya mengambil selfie. Muka tak akan ter-cropped dengan paparan penuh pada skrin!”
***
Sounds interesting, right?
Galaxy A50 boleh didapati pada harga RM1,199 di stor Samsung Experience dan stor online Samsung Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aplikasi YouTube antara yang menjadi pilihan ramai di antara kita kerana dengan adanya platform seperti ini, banyak video-video menarik yang boleh ditonton secara percuma.
Namun begitu, bila dah diberikan secara percuma pastinya ada kekurangan yang penonton alami. Antaranya adalah kekerapan paparan iklan yang keluar disetiap video yang ditonton. Kebiasaannya, iklan berdurasi 5 saat sehingga 30 saat kelihatan agak mengganggu ketika kita sedang asyik menonton.
Korang boleh menggunakan plug in atau pun perisian penghalang iklan seperti AdBlock, atau melanggan sahaja pelan YouTube Premium untuk nikmati pengalaman menonton tanpa iklan.
Namun begitu, sekiranya korang tidak gemar menggunakan AdBlock atau tidak mampu melanggan YouTube Premium, ada cara mudah lain yang membolehkan korang membuang iklan dari YouTube tanpa sebarang modifikasi haram seperti YouTube Vanced, root peranti atau muat turun cetak rompak.
Cara ini adalah dengan hanya menambah noktah “.” Pada URL video yang ingin ditonton.
URL yang ditambah noktah: https://www.youtube.com./MRemajaOfficial
Mudah saja kan? Dengan menambah “,” laman web YouTube tidak akan menormalkan hostname dan menyebabkan kandungan di laman web masih memaparkan dalam keadaan biasa, sambil beberapa perkara lain tidak berfungsi dengan jayanya.
Kebanyakan laman web memaparkan iklan dengan URL tanpa “.” Tambahan. So, kalau korang tambah noktah seperti URL yang ditunjukkan diatas, ia akan menapis semua iklan.
5G merupakan teknologi sambungan tanpa wayar generasi kelima dan lanjutan daripada generasi sebelumnya, 1G ke 4G. Namun begitu, teknologi 5G ini mempunyai keupayaan yang berbeza berbanding teknologi sebelumnya.
Antara sifat utama 5G adalah seperti berkelajuan yang tinggi, kadar lengahan yang rendah (1 milisaat) dan mampu menghubungkan lebih banyak peranti bagi setiap 1 km persegi.
Berdasarkan laporan dari SpeedCheck, Korea Selatan menduduki tempat pertama di dunia daripada segi kelajuan muat turun. Kelajuannya mampu mencapai sehingga 449 Mbps, iaitu kelajuan muat turun median bagi 5G.
Keputusan ini diperoleh berdasarkan ujian yang dilakukan sepanjang tempoh antara Februari sehingga Mac 2021. Manakala Malaysia mempunyai kelajuan muat turun 4G sekitar 10.343 Mbps sahaja.
Melalui akses ke internet berkelajuan tinggi ini, bermakna lebih ramai rakyat Korea Selatan yang dapat menikmati manfaat 5G menerusi muat turun fail besar yang lebih pantas, penstriman video berkualiti tinggi, permainan dalam talian bebas lag, dan sebagainya.
Gambaran di bawah menunjukkan antara negara-negara yang mempunyai kelajuan muat turun 5G terpantas.
Hm, nampaknya negara kita masih jauh untuk menandingi negara-negara tersebut dalam mendapatkan kelajuan capaian internet. Maka, tidak hairanlah ramai yang bergelut sewaktu sesi PdPR kan?
Pelaksanaan rangkaian 5G kini telah pun dilancarkan di beberapa rantau seluruh dunia, namun sebahagian besar dari 100 buah negara majoritinya masih menggunakan rangkaian 4G termasuklah Malaysia.
Menurut hteknologi, Opensignal telah menerbitkan sebuah laporan yang memperincikan impak 5G dan hasilnya laporan berkenaan masih lagi menganggap Malaysia sebagai pasaran yang tidak mempunyai liputan 5G.
Malaysia berada di kedudukan kedua terbawah dari segi kelajuan muat turun pada suku keempat 2021. Negara kita pernah menjadi ketiga terpantas di Asia Tenggara pada suku pertama 2019, namun beza pertambahan antara tempoh tersebut amat kecil iaitu sebanyak 2.0Mbps sahaja.
Dijangkakan kelajuan ini dapat dipertingkatkan jika liputan rangkaian 5G diperluaskan ke seluruh dunia. Kedudukan ini juga mungkin dapat diperbaiki dengan adanya liputan rangkaian 5G yang lebih meluas di negara kita kelak.
Hal ini turut mendapat reaksi orang ramai berkenaan dengan kelajuan internet di negara kita.
Ramai yang mengeluh kerana tidak dinafikan masih ramai masyarakat di negara kita khususnya mereka yang tinggal di luar bandar mendapat kekangan untuk mengakses internet. Diharap agar pihak berwajib memandang serius isu ini dan melakukan sesuatu bagi meningkatkan penggunaan internet yang laju di seluruh negara.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
AirAsia melakar satu lagi sejarah penting dalam industri penerbangan negara apabila mengumumkan polisi seragam baharu yang lebih inklusif, membenarkan kru kabin wanita memilih untuk...