Ketua grup Korea, EXO iaitu Suho hari ini menyambut hari lahirnya yang ke 28 dan kami tak mahu lepaskan peluang mengimbas kembali imejnya sejak kecil hinggalah menjadi oppa yang kacak sekarang!
Dilihat sebagai salah seorang ketua grup yang paling beradab, tertib perlakuannya dan berkelakuan baik, Suho mudah untuk mengambil hati peminat EXO lain dan peminat barunya.
Setelah melebarkan sayap ke bidang lakonan pula, Suho tentunya merupakan antara selebriti Korea lelaki paling diminati terutamanya apabila dia diundi sebagai selebriti lelaki Korea kesembilan paling kacak pada tahun 2018.
Tapi macam mana agaknya rupa Suho semasa kecil? Jom tengok!
01
Dilahirkan sebagai Kim Junmyeon, Suho memang dilahirkan sebagai bayi yang sangat comel pada 22 Mei 1991.
02
Daripada kecil lagi sudah nampak bentuk jawline dan bentuk muka Suho yang runcing.
03
Masa tengah sibuk belajar pun helok juga ke? Eh! Hehe..
Ads
04
Pernah tak korang ada kawan yang mempunyai wajah yang lebih kurang sama je dari zaman sekolah sehinggalah dah besar panjang? Yes, Suho adalah salah seorang daripada golongan rare itu.
05
Percaya tak, ini wajah Suho 9 tahun lalu semasa hari konvokesyennya, pada zaman pre-debut.
Ads
06
Zaman trainee weh. Selepas memasuki program trainee pada tahun 2005 melalui S.M Entertainment, dia pernah berkawan rapat dengan Taemin dan mendiang Jonghyun daripada grup SHINee. Namun apabila mereka terlebih dahulu membuat kemunculan sebagai sebuah grup, Suho mengakui dia merasa keseorangan pada waktu tersebut.
08
Sebelum melakukan debut, Suho sudah rapat dengan ahli EXO lain di bawah syarikat yang sama seperti Chanyeol, Kai, Sehun dan Johnny dari NCT.
Ads
09
Setelah pencapaian menakjubkan EXO dengan single Growl sehingga menjadi salah satu grup lelaki Korea yang paling popular bagi generasinya, Suho juga kelihatan lebih yakin dengan penampilan diri sendiri. Ketua grup ini beralih daripada imej keanak-anakannya kepada imej yang lebih maskulin dan mengancam ramai peminat wanita!
10
Graf kerjaya Suho dilihat semakin menaik secara konsisten dengan pembabitannya di dalam bidang lakonan pula. Pertama melalui muzikal The Man Who Laughs, dan diikuti dengan lakonan sebagai CEO di dalam Rich Man, Poor Woman.
Apa pun, REMAJA ucapkan Happy 28th Birthday kepada Suho!
Harapnya Suho akan terus bertahan sebagai bintang lelaki baru dalam bidang nyanyian dan lakonan untuk jangka masa yang lama.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jumlah kematian di Itali akibat COVID-19 dilaporkan meningkat hari demi hari dan negara tersebut mencatatkan kes jangkitan sebanyak 17,660 pada laporan empat hari lepas. Wilayah Lombardy dikatakan paling teruk terjejas, menyaksikan penutupan sepenuhnya kilang dan pejabat di kawasan tersebut.
Kerajaan negara tersebut telah pun melaksanakan langkah drastik dengan menutup bar, restoran dan kebanyakan kedai, selain menyekat perjalanan yang tidak penting dalam usaha untuk menangani penularan wabak.
Ekoran daripada sistem lockdown yang dijalankan di Itali, seorang pengguna di twitter berkongsi gambar dan mengatakan bahawa tahap pencemaran nitrogen dioksida menurun secara drastik di sebahagian tempat di Itali gara-gara pengisytiharan darurat yang dilaksanakan di negara tersebut.
Gambar ini menunjukkan betapa jernihnya sumber air mereka dan menurut penduduk Venice, selama 60 tahun air di sungai tersebut tidak pernah kelihatan jernih.
Ala, terusan yang selalu pelancong menaiki gondola tu.
Khabarnya kualiti udara dan pencemaran semakin membaik selepas beberapa ketika tidak dikunjungi oleh orang awam.
Ya, mungkin bumi memerlukan masa ‘rehat’ dan sekurang-kurangnya ini adalah berita positif yang kita terima.
Melewati 25 tahun usia pembabitan dalam industri seni jelas menterjemahkan keselesaan yang memeluk penyanyi kelahiran Indonesia bersuara lunak, Datuk Seri Rossa.
Meski bersilih ganti bakat baharu hadir mewarnai pentas industri hiburan, keutuhan populariti Rossa atau nama lengkapnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani tidak pernah goyah.
Tidak hanya unggul sebagai antara penyanyi papan atas di negara kelahirannya, Rossa, 44, keampuhan popularitinya di negara jiran, terutama Malaysia terus kukuh apabila karya terbaru yang dihasilkan sentiasa mendapat tempat istimewa di hati penggemarnya.
Justeru, bukan sesuatu yang mengejutkan apabila kemunculan terbaharunya menerusi konsert Another Journey: The Beginning di Zepp Kuala Lumpur pada 13 dan 14 Julai lalu membekas pelbagai memori yang tidak mudah dilupakan peminat setianya.
Mengikut perancangan asal, konsert dalam siri Dream Festival Collaboration Vol. 3 hanya berlangsung pada 14 Julai. Namun, sambutan hangat peminat apabila tiket konsert habis terjual dalam tempoh singkat, membuatkan Rossa bersedia menambah satu lagi malam persembahan iaitu pada 13 Julai lalu.
Sambutan luar biasa itu membuktikan populariti Rossa tetap ampuh, malah kehadirannya sentiasa dinanti-nantikan peminat yang merindui gemersik suaranya mengalunkan lagu-lagu yang begitu dekat di hati mereka.
Tiada siapa yang mampu menidakkan kredibiliti Rossa di pentas. Kehadiran hampir 5,000 peminat untuk kedua-dua malam persembahan membuktikan namanya masih relevan dan karyanya sentiasa didahagakan peminat.
Magis keampuhan Rossa terletak pada untaian-untaian malar segar yang sehingga kini terus setia menemani ramai. Namun, di sebalik keselesaan itu, Rossa tidak pernah sesekali berpeluk tubuh.
Dia sebaliknya, sentiasa mencabar diri supaya lebih kreatif dan inovatif dalam menampilkan pembaharuan menerusi lebih 20 karya yang dipersembahkan sepanjang dua jam konsert berlangsung.
Meskipun kedatangan terbarunya membawa misi memperkenalkan lagu yang dirakamkan dalam album Another Journey: The Beginning yang dilancarkan Februari lalu, objektif Rossa tercapai apabila lagu-lagu itu sudah mula sebati di pendengaran penonton yabg sebahagian besarnya kelompok muda.
Mendekati kelompok penonton muda juga antara misi utama Rossa apabila memilih untuk beraksi di Zepp KL dengan konsep persembahan yang lebih santai, intim dan segar.
Membuka tirai persembahan dengan penuh bertenaga menerusi lagu Malam Pertama, Rossa tidak perlu menunggu lama untuk membuai emosi penonton. Dia seterusnya menyajikan himpunan lagu popular yang memahat kukuh namanya dalam kelompok penyanyi wanita hebat Indonesia.
Seleksi lagu galau seperti Aku Bukan Untukmu dan Jangan Hilangkan Dia yang menjadi trademark penyanyi kelahiran Sumedang, Jawa Barat membuat peminat tidak betah berdiam, sebaliknya turut bersama-sama menyanyi.
Turut sinonim sebagai penyanyi runut bunyi, Rossa tidak melupakan lagu wajib iaitu Takdir Cinta dan Ayat-Ayat Cintayang disampaikan secara medley. Bersama susunan muzik baharu, alunan bertenaga dan penuh ekspresi Rossa melarutkan penonton dalam keindahan vokalnya.
Rossa juga tidak melupakan runut bunyi terbaru yang dirakamkannya, Khanti ciptaan Melly Goeslaw yang diakui mampu mengulangi kecemerlangan yang dilakar Ayat-Ayat Cinta dan Takdir Cinta.
Rossa seterusnya membawa penonton melewati perjalanan yang dilaluinya ketika dunia berdepan pandemik Covid-19 menerusi untaian terbaru yang dimuatkan dalam album Another Journey: The Beginning.
Bagai membentang naratif perjalanan peribadinya berkisar kehidupan, karier, cinta, Rossa memukau menerusi untaian lagu seperti Wanita, Masih, Terlalu Berharap, Akhirnya, Sekali Ini Saja selain Lupakan Cinta.
Setiap lagu, akui Rossa yang sesekali menyisipkan canda dalam celotehnya menyimpan makna tersendiri. Justeru, meskipun sinonim dengan lagu galau, Rossa tetap memastikan lagu nyanyiannya membawa mesej untuk dihayati pendengar.
Ruang Zepp KL gamat apabila Rossa menyanyikan lagu Hati Yang Kau Sakiti versi Korea. Pujian wajar diberikan kepada Rossa dan tenaga produksi konsert Another Journey:The Beginning yang bijak memancing energi penonton.
Harus diakui, evolusi Rossa sebagai penghibur jelas terpancar menerusi penampilan terbarunya ini. Improvisasi yang dilakukan dengan menyuntik nuansa EDM pada lagu popularnya seperti Pudar dan Hey Ladies sebagai penutup konsert membuktikan strategi Rossa dalam mencari kelompok peminat baharu berhasil.
Untuk malam pertama, Rossa tidak tampil bersendirian apabila mengundang penyanyi baharu, Betrand Putra Onsu sebagai artis pembuka menerusi lagu Takkan Berpaling Darimu dan Ku Menunggu.
Kemunculan Rizky Febian meskipun seketika, ia tetap mengesankan. Rizky membuat khalayak tidak keruan ketika mendendangkan dua lagu popularnya, Cuek dan Kesempurnaan Cinta.
Duetnya bersama Rossa menerusi lagu Bertengkar Manis mencatatkan kenangan yang cukup manis bagi 2,400 penonton yang memenuhi ruang Zepp KL pada malam pertama.
Malam kedua pula, Rossa membawa penyanyi muda yang sedang hangat mencipta nama, Mahalini. Meskipun cuma mempersembahkan dua lagu, kemunculan penyanyi kelahiran Denpasar, Bali itu membawakan Sisa Rasa dan Sial berjaya menambahkan lagi kemeriahan konsert.
Suasana konsert bertambah hangat apabila Mahalini berduet dengan Rossa menyanyikan lagu ciptaannya untuk penyanyi tersebut iaitu Lupakan Cinta.
Konsert pada malam kedua turut diserikan dengan penyanyi tempatan yang mencipta nama menerusi program, Vokal Mania, Zareef Sein yang mempersembahkan dua lagu termasuk Ku Menunggu.
Melewati 25 tahun usia kerjaya, konsert Another Journey: The Beginning adalah pembuktian kematangan Rossa sebagai penghibur yang berani, malah bijak beradaptasi dengan perubahan untuk sentiasa kekal relevan dalam industri seni.
Update terkinitentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila beli handphone secara online, kadang timbul rasa was-was sama ada handphone tu original atau refurbished. Iye la, jual harga ori takkan dapat phone yang pernah orang guna. Siapa tak tension kan?
Fyi, refurbished ni bukan bermakna handphone tu tak original dan ia juga bukanlah handphone secondhand. Untuk lebih mudah faham, set handphone refurbished adalah telefon bimbit yang telah digunakan tetapi mempunyai minor problem yang tak melibatkan motherboard atau handphone yang digunakan hanya untuk sementara waktu.
Jadi, Remaja nak kongsi kan cara macam mana nak tahu sama ada iPhone yang korang beli tu original (retail) atau refurbished.
1. Setting
2. General
3. About
4. Serial number
5. Lihat pada model number
Panduan:
Jika huruf pertama adalah ‘M”, maka iPhone korang original (retail) model, tapi kalau huruf pertama adalah “N”, maka ia adalah refurbished set.
Ok boleh try sekarang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi hubungan mereka mungkin sering menjadi perhatian, namun kali ini Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tampil dengan momen yang lebih santai dan mencuit hati...