Dalam hidup, ada momen yang tidak dapat dijelaskan secara logik. Detik yang berlaku tanpa dirancang, namun memberi makna besar dan menyentuh hati ramai. Itulah yang berlaku kepada seorang lelaki Malaysia, Aimi Nasruddin, yang secara mengejut menunjukkan respon pertama selepas lima hari koma hanya selepas mendengar voice note daripada penyanyi nombor satu negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Kisah ini bermula ketika Aimi dan tiga orang rakannya sedang menikmati waktu santai di Bondi Beach, Sydney, Australia. Dalam suasana santai dan gembira, Aimi tiba-tiba jatuh rebah. Tanpa sebarang amaran, dia diserang sakit jantung secara tiba-tiba. Mujur pada ketika itu, seorang doktor yang kebetulan berjoging di sekitar lokasi kejadian segera memberikan bantuan CPR.
Aimi kemudiannya dikejarkan ke St Vincent’s Hospital dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi. Keadaannya pada waktu itu sangat kritikal. Selama lima hari, Aimi langsung tidak memberi sebarang respon. Dia hanya bergantung kepada mesin bantuan pernafasan, dan tiada siapa dapat menjangkakan sama ada dia akan sedar semula atau tidak.
Disebabkan kekangan perjalanan, ahli keluarganya tidak dapat segera ke Australia. Namun, rakan-rakan Aimi yang berada di sana bergilir-gilir menjaga dan menemaninya di hospital. Dalam usaha untuk memberi semangat dan membuka ruang harapan, ayah Aimi berikhtiar menghubungi beberapa kenalan, dengan harapan dapat menyampaikan satu mesej suara daripada insan yang sangat dikagumi oleh anaknya Dato’ Sri Siti Nurhaliza.
Tanpa sebarang publisiti, dan dengan penuh keikhlasan, TokTi menghantar voice note yang sarat dengan kata-kata semangat dan doa:
Ads
“Assalamualaikum Aimi, Aimi dengarkan suara ni, ni kak Siti ni, kak Siti nak Aimi jangan sedih, kena kuatkan semangat, ingat Allah, selawat banyak-banyak dalam hati. Kak Siti doakan Aimi cepat sembuh, Allah angkat segala sakit Aimi. InsyaAllah ada rezeki kita jumpa, Aimi be strong okay, Allah ada bersama Aimi, jangan risau.”
Tangan bergerak pertama kali selepas koma
Voice note itu diputarkan kepada Aimi ketika dia masih koma. Dan inilah detik yang dianggap paling ajaib oleh semua yang terlibat. Sejurus selepas mendengar mesej tersebut, tangan Aimi mula bergerak buat pertama kali sejak koma lima hari sebelumnya. Respon itu menjadi petanda awal bahawa kesedarannya mula kembali.
Ads
Perkongsian menyentuh hati ini dimuat naik sendiri oleh Aimi menerusi akaun Instagram miliknya setelah keadaan kesihatannya stabil. Dalam hantaran tersebut, Aimi turut menzahirkan rasa terima kasih kepada TokTi atas voice note yang sangat bermakna itu, serta menyatakan rasa syukurnya kerana diberi peluang kedua untuk hidup.
“Betul-betul semasa 20 hari lepas, ayah saya cuba cari kawan-kawan saya untuk dapatkan voice note daripada TokTi, dengan harapan saya dapat memberikan respon yang positif sebab masa tu saya memang tak sedar langsung,” tulisnya.
Selepas beberapa minggu menjalani rawatan intensif di Australia, Aimi akhirnya dibenarkan pulang ke tanah air. Kini beliau sedang melalui proses pemulihan secara berperingkat, dan berkongsi kisahnya sebagai inspirasi kepada orang ramai.
Kisah ini bukan sahaja membuktikan kekuatan kasih sayang, usaha dan doa, tetapi juga memperlihatkan betapa kata-kata yang lahir daripada hati mampu memberi kesan luar biasa kepada jiwa manusia. Dalam kes ini, suara lembut dan penuh makna dari seorang tokoh seni yang disayangi rakyat Malaysia, telah mencipta satu keajaiban kecil dalam hidup seorang pemuda.
Buat remaja hari ini, kisah Aimi Nasruddin memberi peringatan bahawa harapan tidak pernah padam. Dalam situasi paling gelap sekalipun, sedikit sinar mampu mengubah segalanya. Kadangkala, harapan itu hadir dalam bentuk yang paling tidak dijangka — seperti sebuah voice note dari insan yang kita kagumi.
Hal ini kerana pelakon yang terkenal dengan watak superhero Thor, Chris Hemsworth merancang untuk berehat dari dunia lakonan selepas diagnosis mempunyai kecenderungan genetik kepada penyakit Alzheimer.
Chris Hemsworth secara tidak sengaja mendapati tahap kesihatannya selepas terlibat dalam siri dokumentari dari National Graphic, Limitless.
Melalui dokumentari tersebut, Chris Hemsworth sedang menjalani ujian kesihatan serta untuk mengetahui bagaimana keadaan kehidupannya di masa hadapan.
Namun tidak disangka akan menerima keputusan yang umpama mimpi ngeri buat pelakon yang membintangi filem Thor and Extraction itu.
Alzheimer adalah sejenis penyakit yang membuatkan individu secara perlahan-lahan akan hilang keupayaan mengingat dan berkomunikasi.
Sumber: Hollywood Life
Chris Hemsworth ingin mengelakkan perasaan simpati atau dijadikan bahan hiburan mengenai penyakitnya itu.
Menerusi temu bualnya bersama Vanity Fair, Chris Hemsworth menyatakan dia tidak mahu penyakit ini dimanipulasi dan kelihatan sangat sangat dramatik.
Pelakon itu menjelaskan sebenarnya penyakit tersebut adalah penyakit genetik keranna datuknya juga mempunyai Alzheimer dan keluarganya sudah mengetahui tentang masalah kesihatan yang dihadapi. Disebabkan simptom Alzheimer yang lebih tinggi pada masa akan datang, Chris Hemsworth memutuskan untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga.
Berjuta-juta manusia di dunia kini mengalami penyakit Alzheimer dan bahkan sakit yang menyerang bahagian otak ini masuk ke dalam 7 punca utama kematian manusia di dunia.
Tanda awal anda menghidap Alzheimer :
kehilangan memori
kekeliruan tentang lokasi tempat
lebih lama untuk menyelesaikan tugas harian
kesulitan menguruskan wang dan membayar bil
miskin penilaian yang mengarah ke keputusan yang buruk
hilangnya rasa spontan dan inisiatif
suasana hati dan perubahan personaliti yang kerap
mudah cemas
kehilangan memori dan kebingungan yang kerap
masalah mengenali rakan dan ahli keluarga
kesulitan dengan bahasa, termasuk masalah dengan membaca dan menulis
kesulitan bekerja dengan angka dan nombor
kesulitan mengatur fikiran dan berfikir secara logik
ketidakmampuan untuk belajar hal-hal baru atau menghadapi situasi yang baru atau tidak terduga
gelisah dengan mudah
suka berjalan di malam hari
pernyataan atau gerakan berulang
halusinasi dan delusi, kecurigaan atau paranoia, mudah marah
kehilangan kawalan impuls
Kalau korang mengalami tanda-tanda ini pastikan segera melawat pakar atau doktor okay!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Disaat ramai rakan-rakan penyanyi seangkatannya yang kian kurang aktif menghasilkan lagu serta album, lain pula ceritanya dengan penyanyi Dayang Nurfaizah yang meluncurkan album baharu pada minggu ini.
Album berjudul Belagu II itu merupakan kesinambungan daripada projek terdahulu, Belagu yang dilancarkan pada 2021 dan menuai pengiktirafan di acara Anugerah Industri Muzik (AIM) tahun lalu.
Menariknya, keputusan Dayang untuk meneruskan penerbitan album yang memuatkan lagu-lagu Melayu klasik ini adalah atas semangat memperjuangkan genre berkenaan kepada generasi muda sekarang dan yang bakal tiba pada masa akan datang.
“Saya mahu semua pendengar khususnya generasi muda mengenali lantas menghargai khazanah lagu-lagu klasik Melayu kita.
“Jika kita sendiri tidak mengangkat warisan ini, lambat-laun akan berkubur begitu sahaja.
“Harap album (Belagu II) ini akan terus mengingatkan kita untuk meraikan lagu-lagu klasik Melayu demi generasi pada hari ini dan akan datang,” tinta Dayang yang kelihatan cukup anggun pada balutan album baharunya itu.
Untuk pengetahuan korang, album Belagu II mengandungi lapan buah lagu klasik Melayu yang disusun semula termasuklah sebuah karya baharu. Semuanya dari segi pemilihan dan keistimewaan lagu-lagu tersebut telahpun dijelaskan sendiri oleh Dayang menerusi hantaran video bersiri di akaun Instagram beliau.
Ini termasuklah lagu Nak Dara Rindu, Menanti Di Ambang Syurga, Ketipang Payung, Jauh Di Mata, Mengapa Dirindu, Sejak Ku Bertemu Padamu, Dari Hati Ke Hati dan Umpan Jinak Di Air Tenang. Rindu Menyapa pula merupakan karya baharu yang disertakan sekali.
Tamabah menarik, album studio ke-10 Dayang ini telah memakan belanja yang agak tinggi memandangkan ia menggunakan khidmat Budapest Scoring Orchestra.
Sekitar bulan September tahun lalu, Dayang dan pasukannya telahpun terbang ke Budapest, Hungary untuk merakamkan Belagu II bersama orkestra terkemuka yang pernah terlibat dalam penghasilan skor muzikal bagi filem terbaik Anugerah Oscar 2020, Parasite dan drama hit Korea, Squid Game!
Selain mereka, pembikinan album ini juga mendapat sentuhan pemuzik handalan Malaysia dan penerbit serta komposer terkenal tanah air, Aubrey Suwito.
Tak sabar rasanya untuk menantikan peluncuran Belagu II di semua platform digital bermula 27 Januari 2023 ini. Bagi belian album fizikal Belagu II pula, korang sudah boleh melakukan pra-tempahan dari sekarang.
Sementara menunggu tarikh peluncuran album Belagu II pada minggu hadapan, jom layan persembahan Dayang Nurfaizah yang membawakan lagu Greatest Love of All di acara Nona Superwoman Awards 2022, baru-baru ini yang sempat dirakamkan oleh REMAJA.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aktor popular, Kamal Adli menzahirkan rasa bangga buat isteri tercinta yang juga aktres jelita, Uqasha Senrose yang tidak pernah mengeluh menjaga puteri sulung mereka, Hawra Uqaira.
“Uqasha Alhamdulillah okey baru lepas habis pantang. Saya bangga dengan Uqasha sebenarnya sebab cara dia jaga baby itu.
“Macam saya sendiri tak selarat itu maknanya walaupun tiga empat pagi dia boleh bangun dodoikan. Saya tengok dia lama-lama memang dia seorang ibu yang sebenar sebab sebelum ada baby dia sejenis penat untuk bangun.
“Saya gembira tengok perubahan Uqasha sebagai seorang ibu dia memang betul-betul boleh bangun, menyusu dan tak merengek langsung,” kayanya kepada Remaja ketika ditemui di tayangan perdana dan sidang media drama terbaharu Viu, Nafsu.
Selain itu, Kamal turut berkongsi perkembangan Uqaira dan cabarannya sebagai seorang bapa.
“Hawra Uqaira dah masuk dua bulan. Alhamdulillah baby sihat, kami terkejut sekejap dah membesar. Banyak rupa saya sebab ikut mata saya.
“Awal-awal sukar sikit saya kena tukar shift dengan Uqasha. Uqasha ambil siang, saya malam tapi malam pun Uqasha ada bangun juga.
“Susah rupanya berjaga malam ni sebab dia macam nak tidur tak nak tidur. Selain cabaran kena berjaga malam, nak mencari susu formula yang sesuai dengan baby pun sukar,” tuturnya lagi.
Untuk rekod, pasangan kesukaan ramai itu mendirikan rumah tangga pada tanggal 7 Disember 2021 dan selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira pada 27 April lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kisah menyentuh hati Leong Kun Xuan yang berusia 10 tahun sanggup menderma sel stem demi menyelamatkan bapanya yang menghidap leukemia, sehingga meraih perhatian dan sokongan masyarakat.