Penyakit Alzheimer tidak mengira usia…

Hal ini kerana pelakon yang terkenal dengan watak superhero Thor, Chris Hemsworth merancang untuk berehat dari dunia lakonan selepas diagnosis mempunyai kecenderungan genetik kepada penyakit Alzheimer.

ARTIKEL BERKAITAN : Seriuslah, Tabiat Korek Hidung Mampu Tingkatkan Risiko Nyanyuk?

Chris Hemsworth Rehat Dari Berlakon Akibat Alzheimer

Chris Hemsworth secara tidak sengaja mendapati tahap kesihatannya selepas terlibat dalam siri dokumentari dari National Graphic, Limitless.

Melalui dokumentari tersebut, Chris Hemsworth sedang menjalani ujian kesihatan serta untuk mengetahui bagaimana keadaan kehidupannya di masa hadapan.

IKLAN

Namun tidak disangka akan menerima keputusan yang umpama mimpi ngeri buat pelakon yang membintangi filem Thor and Extraction itu.

Alzheimer adalah sejenis penyakit yang membuatkan individu secara perlahan-lahan akan hilang keupayaan mengingat dan berkomunikasi.

Chris Hemsworth Rehat Dari Berlakon Akibat Alzheimer
Sumber: Hollywood Life

Chris Hemsworth ingin mengelakkan perasaan simpati atau dijadikan bahan hiburan mengenai penyakitnya itu.

IKLAN

Menerusi temu bualnya bersama Vanity Fair, Chris Hemsworth menyatakan dia tidak mahu penyakit ini dimanipulasi dan kelihatan sangat sangat dramatik.

Pelakon itu menjelaskan sebenarnya penyakit tersebut adalah penyakit genetik keranna datuknya juga mempunyai Alzheimer dan keluarganya sudah mengetahui tentang masalah kesihatan yang dihadapi. Disebabkan simptom Alzheimer yang lebih tinggi pada masa akan datang, Chris Hemsworth memutuskan untuk menghabiskan lebih banyak masa bersama keluarga.

Berjuta-juta manusia di dunia kini mengalami penyakit Alzheimer dan bahkan sakit yang menyerang bahagian otak ini masuk ke dalam 7 punca utama kematian manusia di dunia.

IKLAN

Tanda awal anda menghidap Alzheimer :

  • kehilangan memori
  • kekeliruan tentang lokasi tempat
  • lebih lama untuk menyelesaikan tugas harian
  • kesulitan menguruskan wang dan membayar bil
  • miskin penilaian yang mengarah ke keputusan yang buruk
  • hilangnya rasa spontan dan inisiatif
  • suasana hati dan perubahan personaliti yang kerap
  • mudah cemas
  • kehilangan memori dan kebingungan yang kerap
  • masalah mengenali rakan dan ahli keluarga
  • kesulitan dengan bahasa, termasuk masalah dengan membaca dan menulis
  • kesulitan bekerja dengan angka dan nombor
  • kesulitan mengatur fikiran dan berfikir secara logik
  • ketidakmampuan untuk belajar hal-hal baru atau menghadapi situasi yang baru atau tidak terduga
  • gelisah dengan mudah
  • suka berjalan di malam hari
  • pernyataan atau gerakan berulang
  • halusinasi dan delusi, kecurigaan atau paranoia, mudah marah
  • kehilangan kawalan impuls

Kalau korang mengalami tanda-tanda ini pastikan segera melawat pakar atau doktor okay!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI