Biarpun menuntut di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), seorang murid perempuan berusia 11 tahun membuktikan latar belakang persekolahan bukan penghalang untuk mencipta kejayaan dalam bidang agama.
Yuki Raisha Mohd Thirmidzi berjaya mengharumkan nama SJKC Chung Hwa apabila dinobatkan sebagai johan pertandingan tilawah al-Quran peringkat zon, sekali gus menjadi wakil pertama sekolahnya yang meraih kejayaan tersebut.
Persiapan Hanya Lima Hari Bersama Bapa
Lebih membanggakan, Yuki hanya membuat persiapan selama lima hari sebelum pertandingan dengan dibimbing sendiri oleh bapanya, Mohd Thirmidzi Ibrahim, 41.
Menerusi perkongsian di TikTok, Mohd Thirmidzi memuat naik perjalanan anaknya yang berlatih bersamanya sehingga berjaya membawa pulang gelaran juara.
Menurut Mohd Thirmidzi yang berasal dari Kubang Kerian, Kelantan, kejayaan itu cukup bermakna memandangkan ia merupakan penyertaan sulung Yuki dalam pertandingan tilawah al-Quran.
Ads
Ambil Alih Tugas Guru Pada Saat Akhir
Berkongsi pengalaman itu, Mohd Thirmidzi mengakui dia pada mulanya menyangka guru sekolah akan membimbing anaknya sebelum pertandingan yang berlangsung pada April lalu.
Bagaimanapun, keadaan berubah apabila guru berkenaan tidak dapat berbuat demikian kerana kekangan masa.
“Saya ibarat bidan terjun sebenarnya kerana pada awalnya menyangka guru yang akan membimbing anak sebelum menyertai pertandingan pada April lalu.
“Tapi guru itu tak dapat membantu kerana kesuntukan masa jadi saya ambil inisiatif mengajar anak yang mempersembahkan bacaan surah al-Baqarah.
Ads
“Kalau menonton video di TikTok itu, saya nampak garang kerana nak anak buat yang terbaik dan memang kena tegas kerana dia belajar di SJKC, jika tidak akan ketinggalan.
“Syukur Allah SWT izinkannya bergelar juara dan ia pencapaian yang baik buatnya kerana itu kali pertama wakil sekolahnya memenangi pertandingan tilawah al-Quran,” katanya.
Menariknya, Mohd Thirmidzi turut mengakui dia bukanlah individu yang mempunyai latar belakang pendidikan agama secara formal, sebaliknya hanya memiliki asas mengaji dan tidak pernah menyertai mana-mana pertandingan tilawah al-Quran sebelum ini.
Ads
Terus Wakili Sekolah Ke Peringkat Daerah
Kejayaan di peringkat zon membuka peluang buat Yuki untuk sekali lagi mewakili sekolahnya ke pertandingan tilawah al-Quran peringkat daerah pada Mei lalu.
Walaupun tidak berjaya meraih kedudukan terbaik, bapanya menyifatkan pengalaman itu sebagai satu proses pembelajaran yang cukup berharga buat Yuki.
“Cuma tak ada rezeki untuk dia mendapat tempat…tapi ia tetap pengalaman berharga buatnya,” katanya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Musim-musim hujan ini mesti perut asyik lapar memanjang. Setiap saat rasa macam mulut nak mengunyah je walaupun dah makan nasi.
Hmm..apa kata kita try resepi baru mengunakan jagung iaitu cucur jagung.
Resepi ini dikongsikan oleh Ana Mariana Ismail, mesti sekali makan terus nak lagi!
RESIPI CUCUR JAGUNG
Bahan-bahannya :-
Jagung
Tepung Gandum (agak-agak dengan bahan lain)
Bawang besar
Udang (nak guna ikan bilis pun boleh)
serbuk kunyit
Garam
Gula
Serbuk ikan bilis (sikit je)
Cili kisar (nak guna cili kering tumbuk kasar pun boleh)
Telur sebiji
Air
Cara-caranya :-
Kupas bersih jagung, dan hiris isinya. Masukkan ke dalam bekas.
2. Dalam bekas isi jagung tadi, campurkan semua bahan sekali kecuali air. Kacau sebati.
3. Masukkan air sikit-sikit, agak-agak bancuh adunan jangan terlalu pekat atau cair. Kiranya sampai senang kita nak jemput guna tangan.
4. Dah siap, panaskan minyak masak dan mula menggoreng. Guna api sederhana sahaja, biar sampai agak garig baru alihkan bahagian bawah pula.
Dah garing, boleh diangkat. Jangan lupa cuba resipi ni!
Selamat mencuba dan menjamu selera.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selalunya, kita saja yang gemar mengambil perkhidmatan kenderaan e-hailing untuk ke mana-mana. Selain mudah, sebagai pengguna kita juga akan memperolehi kelebihan apabila menggunakannya secara kerap.
Tapi, bagaimana jika REMAJA kongsikan bahawa sudah wujud perkhidmatan sama untuk haiwan peliharaan pula?
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh JOJO Pet Taxi ini bertujuan membantu pemilik haiwan peliharaan untuk menghantarnya ke lokasi ditetapkan seperti ke klinik haiwan atau pusat dandanan.
Tujuannya adalah untuk memudahkan pemilik mencari perkhidmatan teksi yang boleh dipercayai. Mereka tidak perlu gusar memikirkan keselamatan ‘si comel’ atau perlu bersusah-payah mengharungi kesesakan lalu lintas sekiranya lokasi itu jauh dari rumah.
Bercakap mengenai keselamatan, kesemua pengangkutan yang diguna menitik beratkan keselesaan dan keselamatan ‘penumpang’.
JOJO Pet Texi dilengkapi tali pinggang keledar, jaring keselamatan dan pelitup tempat duduk bagi menjamin kebersihan. Teksi tersebut juga mempunyai kamera ‘dash cam’ bagi memastikan tiada perkara tidak diingin berlaku.
Menurut Pengasas JOJO Pet iaitu Seow Kim Chin, mereka telahpun melatih kumpulan pertama pemandu teksi haiwan peliharaan sejak ia dilancarkan pada Oktober 2021. Terlebih dahulu, pemandu perlu menjalani saringan ketat sebelum dibenarkan mengikuti latihan.
Kini setelah beberapa bulan, mereka telahpun ditauliahkan sebagai pemandu teksi haiwan peliharaan profesional. Kemahiran pertolongan cemas terhadap haiwan pun diajar tau!
Untuk menempah teksi, korang boleh mengakses telefon pintar ke aplikasi JOJO Pet Taxi. Sewaktu haiwan peliharaan menaiki teksi, pemilik hanya perlu menggunakan aplikasi yang sama untuk menjejaki teksi yang membawa haiwan kesayangan demi memastikan ia tiba di destinasi dengan selamat.
Menarik bukan?
Selain perkhidmatan teksi, JOJO Pets juga ada menawarkan servis Pet Hotel, Pet Basic & Fill Gooming dan turut mengesyorkan klinik haiwan berdekatan rumah korang. Korang boleh muat turun aplikasi tersebut DI SINI.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kebanjiran kepelbagaian restoran di pusat membeli belah sudah tentu membuatkan sesetengah dari kita amat teruja mencuba resipi baru. Dengan ‘promosi’ hebat ditambah sudah lama terperuk dirumah disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 sudah tentu kita semua ingin ‘dine in’ di restoran kegemaran.
Bahkan, restoran makanan dan minuman dari Jepun antara yang sering mendapat perhatian daripada masyarakat di Malaysia, khususnya kepada anak muda. Lambakan produk makanan Jepun, sushi terutamanya membuatkan kita rambang mata dengan seleksi pilihan yang ditawarkan.
Sumber Gambar : Ryutaro Tsukata from Pexels
Namun begitu, bagi masyarakat yang beragama Islam, kita seharusnya memastikan terlebih dahulu sama ada produk makanan atau minuman yang dijual itu halal atau tidak.
Bukan semua restoran dan kedai makanan di pasar raya menyediakan makanan Halal dan sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menyemak status halal terlebih dahulu.
Menurut satu hantaran yang dibuat oleh pengguna Facebook, seorang wanita dikenali sebagai Emma Azri mendedahkan dia dimaklumkan oleh pekerja sebuah restoran makanan Jepun di sebuah pusat membeli belah terkemuka di Shah Alam untuk tidak masuk kerana menu mereka mengandungi daging terlarang iaitu daging khinzir.
Baca perkongsian beliau di bawah :
Rentetan daripada isu yang viral ini, pihak Sushi Jiro melalui Facebook rasminya sebantar tadi mengeluarkan kenyataan ringkas yang menafikan dakwaan tersebut.
“Kami ingin menjelaskan bahawa premis kami adalah bebas dari (menghidang) daging babi). Mengenai maklumat palsu berkenaan, kami akan menjalankan siasatan. Terima kasih.”
Walaupun membuat kenyataan sedemikian, rata-rata warganet tetap menyatakan bebas daging khinzir dan mendapat pensijilan HALAL adalah dua perkara yang berbeza. Malah ada juga yang persoalkan penggunaan ‘mirin’ dalam penyediaan menu di restoran tersebut.
Sumber : Facebook Sushi Jiro
Untuk info, mirin adalah sejenis bahan perasa penting didalam makanan Jepun yang mempunyai lebih kurang 40 hingga 50 peratus gula. Ia adalah sejenis rice wine yang hampir menyamai sake (sejenis arak beras Jepun), tetapi mempunyai kandungan alkohol yang kurang sedikit iaitu 14 peratus.
Ha, bagi peminat sushi sila ambil perhatian. Sebelum korang rasa nak makan tu, cuba check dahulu sama ada restoran tersebut mempunyai status halal atau tidak okay? Banyak je option kedai sushi yang halal kat luar sana. Semoga kita terhindar dari fitnah duniawi..
Sumber: Facebook Emma Azri, Facebook Sushi Jiro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!