Hanya Lakukan 3 Tip Ini, Esok Kamu Tak Perlu Basuh Rambut

Share

Percayalah, kebanyakan perempuan (dan lelaki, we do not need to get sexist here) pasti malas untuk membasuh rambut pada waktu pagi. Bagi lelaki, mereka tidak menghadapi masalah sangat memandangkan rambut lebih pendek dan mudah untuk dikeringkan.

Namun bagi seorang perempuan, proses mengeringkan rambut sambil cuba untuk bergegas keluar rumah adalah satu nightmare bagi mereka. Tambahan pula jika terlajak tidur, memang tak nak basuh rambut lah jawabnya!

Namun, ramai yang tidak tahu, ada caranya untuk memastikan rambut cantik, bersinar, tidak kusut dan tidak berbau tanpa perlu membasuhnya pada waktu pagi. Serius! Cuba lakukan 3 tip di bawah pada malam ini dan lihat kesannya esok.

01

Produk Penjagaan Rambut

Selalunya korang akan amalkan skincare routine sebelum tidur, kan? Apa kata selepas tamat menyapu losyen dan krim pada badan serta muka, teruskan pula dengan haircare routine. Sekejap je.

Hanya belai rambut dengan hair mask agar rambut korang menjadi lebih halus selepas bangun tidur. Ataupun, korang boleh menggunakan dry oil

dan usap di hujung rambut agar rambut tidak kasar nanti. Pada waktu paginya pula, hanya sikat rambut agar lebih kemas dan siap!

 

02

Tukar Sarung Bantal

Apa kaitan sarung bantal dengan rambut halus? Sebenarnya, jika korang memilih sarung bantal yang diperbuat daripada fabrik lembut seperti sutera dan satin. Menurut pendandan rambut, jika korang memilih fabrik kapas, ia hanya membuatkan rambut lebih kering dan mudah kusut.

Sarung bantal satin juga memberi banyak lagi kelebihan seperti mengurangkan rambut gugur, breakage

malah membuatkan rambut yang di-blow bertahan lebih lama.

 

03

Braid It!

Tip terakhir ini mungkin kedengaran kelakar tetapi ia sebenarnya berkesan. Supaya rambut cantik dan tidak kusut, korang boleh mengikatnya menggunakan teknik braid. Kemudian, bungkuskan kepala menggunakan shower cap atau shawl.

Selepas bangun pagi, rambut akan bertambah wavy dan bouncy jika dilepaskan. Cantik!

IKLAN