
Bateri phone cepat ‘kong’, atau
Skrin phone semakin kelabu (ke mata aku?), atau
Fail gambar, video dan dokumen tak boleh transfer ke PC..
Macam familiar?
Biasalah, bila sudah gunakan smartphone untuk tempoh lebih 4 ke 5 tahun, semua masalah ‘keturunan’ ni akan melanda korang. Nak tukar phone, sayang. Ataupun bajet tiada.
Haa, Samsung ada berita baik untuk korang yang mencari-cari alasan untuk menukar. Hujung minggu lalu, Samsung Malaysia Electronics telah melancarkan kempen #iChanged di mana ia menampilkan pengguna baru Samsung yang telah bertukar ke jenama tersebut disebabkan tarikan fungsi baru smartphone Samsung.

Salah satu tarikan tersebut ialah perisian Smart Switch yang membolehkan penggunanya bebas mengalihkan (transfer) foto, muzik, video dan contacts korang daripada telefon pintar sedia ada ke telefon Samsung yang baru. Ia menampung peranti iOS dan Android, jadi korang tak perlu risau.
Kempen ini juga menggalakkan korang untuk mencuba model telefon terbaru Samsung seperti Galaxy S10 dengan cukup mudah. Hanya untuk tempoh 2 bulan saja dari 31 Mei hingga 31 Julai 2019, Samsung menyediakan promosi yang – boom! – out of this world.

Korang boleh trade in telefon pintar lama (yang sudah bermasalah lah..) untuk mendapatkan Galaxy S10 dan gajet percuma berupa 1 Galaxy Buds bernilai RM499!
Bagi yang tidak mahu trade in dan hanya ingin membeli Galaxy S10, korang pun akan pulang bersama Galaxy Fit-e bernilai RM139, secara percuma.
Untuk info lanjut, klik di sini.
Untunglah dapat phone Raya ~
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
5 Cara Jimatkan Pengunaan Data Internet Sepanjang Tempoh PKP

Kami percaya mesti ramai yang ‘bergantung’kepada data internet sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan di negara kita. Betul tak?
Mana tidaknya, selain menonton movie, confirm korang mencari resipi viral yang dikongsi di media sosial kan?
Doa-doa dan zikir harian juga tidak terkecuali daripada mendapat perkongsian netizen hasil daripada ilmu yang diberikan oleh ustaz dan penceramah bertauliah.
Ya, boleh dikatakan daripada anak kecil sehingga orang dewasa memang bergantung kepada internet bagi kehidupan harian, lebih-lebih lagi diwaktu PKP ini.
Justeru itu, kerajaan Malaysia juga telah mengarahkan kesemua syarikat telco untuk memberi 1GB data internet secara percuma kepada masyarakat. Namun, mungkin ada yang menganggap jumlah 1GB yang diberikan itu terlalu sedikit, terutamanya buat mereka yang kaki internet.
Nah, sebenarnya ada beberapa langkah mudah yang korang boleh buat untuk menjimatkan dan membantu meminimumkan penggunaan data berbanding hari biasa.
Jom kita lihat cara yang dikongsikan oleh amanz.com ini.
1. Tetapkan had dan matikan data mudah alih secara automatik

Ini cara paling mudah yang korang boleh lakukan bagi mengurangkan jumlah data yang digunakan. Korang boleh mengehadkan penggunaan data mudah alih secara terus menerusi tetapan pada peranti.
Korang boleh menetapkan jumlah maksimum data yang boleh diakses untuk tempoh masa tertentu dan peranti akan menyahaktifkan fungsi data mudah alih secara automatik sekiranya penggunaan data melebihi kapasiti yang ditetapkan.
Selain itu, terdapat juga tetapan penjimatan data di mana menghalang aplikasi daripada menggunakan data di belakang tabir tanpa korang tahu. Untuk mengehadkan pengguna data pada peranti Android dan iOS sila ikuti langkah-langkah di bawah.
iOS
Settings > Mobile Data > Mobile Data Options > Low Data Mode
Android
Settings > Connections >Data Usage > Mobile Data Usage > Tekan ikon Gear
Dari sini terdapat dua tetapan yang boleh dipilih. Set data warning untuk memberikan amaran apabila penggunaan data melebihi had yang ditetapkan pengguna.
Set data limit pula mematikan Internet sebaik sahaja kuota data yang ditetapkan dicapai. Dengan dua ciri ini korang tak perlu risau terlebih menggunakan data harian.
2. Hadkan penggunaan aplikasi penstriman
Kebanyakan video yang dimuat naik ke dalam laman sesawang kadang kala bersaiz besar dan mampu menghabiskan kuota data dengan cepat terutamanya aplikasi YouTube. Oleh itu, korang disarankan untuk menonton video pada definisi yang lebih rendah kerana semakin besar kualiti video makan semakin banyak data Internet yang akan digunakan.Banyak aplikasi penstriman popular seperti Netflix dan YouTube menawarkan mod penjimatan bagi men
gurangkan penggunaan data. Melalui tetapan ini, video yang dipaparkan mungkin bukan terbaik tetapi boleh memastikan penggunaan data yang lebih optimum. Cara mengaktifkannya adalah seperti di bawah:
YouTube
• Android : Account > Settings > General > Limit Mobile Data Usage
• iOS : Account > Settings > Play HD on Wi-Fi only
Netflix
• Android : More > App Settings > Video Playback > Cellular Data Usage > Save Data
• iOS : More > App Settings > Cellular Data Usage > Save Data
3. Aktifkan mod penjimatan secara terbina pada aplikasi

Aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram merupakan antara aplikasi yang menggunakan data yang tinggi pada sesebuah peranti mudah alih. Namun begitu, aplikasi ini telah menyertakan fungsi penjimatan data secara terbina yang dapat membantu mengurangkan penggunaan data.
Sebagai contoh Facebook, aplikasi ini mempunyai ciri ‘data saver’ secara terbina yang mana apabila diaktifkan ia akan mengurangkan kualiti imej dan menyekat video daripada dimainkan secara automatik. Selain itu, fungsi automain ini juga boleh dinyahaktifkan menerusi tetapan.
Untuk Instagram pula, korang boleh mengurangkan jumlah data yang digunakan menerusi tetapan tersedia. Klik pada Profil > Settings > Account > Mobile data use > Use Less Data. Melalui tetapan ini, video akan mengambil masa lebih lama untuk dimuat naik apabila menggunakan sambungan selular.
Sebagai alternatif, korang juga boleh mencuba beberapa aplikasi media sosial yang ringan dan bersaiz lebih kecil seperti Facebook Lite, YouTube Go, Messenger Lite, Twitter Lite dan banyak lagi. Aplikasi-aplikasi seperti ini tidak memakan data yang banyak apabila digunakan sekaligus sedikit sebanyak dapat bantu menjimatkan penggunaan kuota Internet.
4. Nyahaktifkan kemas kini dan fungsi muat turun media secara automatik

Korang perasan tak? Korang akan menerima pemberitahuan setiap kali versi kemas kini baru tersedia untuk peranti dan kebiasaannya ia akan dilakukan secara automatik.
Sebaiknya, korang disarankan untuk menyahaktifkan tetapan ini kerana kemas kini secara automatik menelan sejumlah data yang besar. Untuk menyahaktif, korang hanya perlu buka aplikasi:
Google Play Store
Dari dalam aplikasi – Settings > Auto-Update apps > Do not auto update apps.
Apple App Store
Dari Settings > iTunes & App Store > Automatic Downloads > App Updates > Matikan
Melalui tetapan ini juga, korang boleh menetapkan kemas kini secara manual dan kemas kini aplikasi hanya menggunakan Wi-Fi untuk penjimatan lebih menyeluruh.
Korang juga disarankan untuk menyahaktifkan fungsi muat turun media secara automatik pada aplikasi WhatsApp dan Telegram bagi penjimatan data lebih baik.
• Android : Settings > Data & Storage Usage > Media Auto Download > When using mobile data > Nyahpilih semua.
• iOS : Settings > Data & Storage Usage > Media Auto Download > Pilih Never on setiap kategori Photos, Audio, Videos dan Documents.
Telegram
Settings > Data & Storage > Automatic Media Download
5. Matikan data mudah alih apabila tidak digunakan

Langkah paling mudah yang korang boleh buat, matikan data muda alih apabila tidak menggunakan internet. Cara ini secara tidak langsung membantu korang menggunakan data mudah alih secara minima terutamanya pada kuota terhad. Selain itu, korang juga disarankan untuk menyahaktifkan pemberitahuan untuk aplikasi yang tidak diperlukan.
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apple Bakal Lancar Keluaran Kereta Pertama Pada Tahun 2024

Beberapa tahun lepas timbul khabar angin Apple akan mengeluarkan kereta ciptaan mereka sendiri, namun pada 2016, mereka telah memperkecilkan skop berkenaan dan sebaliknya lebih memberi fokus kepada pembangunan teknologi swapandu dan mungkin melesenkan ia kepada pengeluar kenderaan sedia ada.
Walau bagaimanapun, menurut Reuters, Apple kini sedang membangunkan kenderaan penumpang mereka sendiri dan dijangka akan dilancarkan pada tahun 2024. Apple dijangka akan menggunakan sistem swapandu pada kenderaan tersebut, serta dilengkapi dengan teknologi bateri yang serba baru.

Khabarnya, teknologi bateri ini akan membolehkan kenderaan itu dipandu untuk jarak yang lebih jauh berbanding apa yang ditawarkan pada hari ini.
Namun begitu, Apple mungkin menunda untuk memperkenalkan keluaran kereta ini pada sekitar 2025 sekiranya kelewatan akibat penularan COVID-19 yang memberi kesan kepada pengeluaran.

Hm, tak sabar rasanya nak lihat bagaimana agaknya rupa kereta keluaran Apple ini nanti. Tapi, paling tak sabar kami nak tahu berapa pula harganya. Hiks!
Sumber: amanz.my
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kami Cuba Kamera OPPO A91, Telefon Pintar Harga Berbaloi Dengan Kamera Hebat?

OPPO A91 menggelar dirinya sebagai telefon pintar ‘camera-oriented’. Itu bermakna mereka mengfokuskan kepada fungsi kamera hadapan dan belakang dan dilihat sesuai dengan pengguna yang selalu mengambil foto dan video.
Sekiranya benar kamera yang ditawarkan oleh OPPO A91 ini cantik kualitinya, ini bermakna ini adalah telefon berkamera baik dengan harga paling berbaloi (RM999) untuk korang dapatkan berbanding model lain dalam pasaran.
‘Quad Camera’ yang terletak di bahagian belakang telefon jelas menunjukkan 4 lensa berbeza untuk mendapatkan paparan foto dan video terbaik. Ia terdiri daripada 48MP main sensor, 8MP ultrawide sensor, 2MP mono sensor dan 2MP depth sensor.

Manakala sensor bagi kamera hadapannya (selfie camera) mempunyai kelebihan 16MP. Hmm interesting.. tinggi juga taraf megapixel-nya.
Kami cuba beberapa posisi kamera di antara mod lensa biasa dan lensa portrait untuk melakukan perbandingan mengenai kualiti gambar yang terhasil.
Mind you, keadaan bilik ini memang sengaja kami biarkan sedikit gelap tanpa membuka kesemua lampu bagi benar-benar menguji kualiti gambar.



Not bad kan walaupun ketika menggunakan lensa kamera biasa. Imej masih mempunyai efek bokeh di bahagian belakang bagi memberi impak kepada objek.
Selain daripada dua fungsi ini, OPPO A91 juga dilengkapi dengan mod panorama, night scene, time-lapse dan slow motion. Penulis juga pasti impak foto akan kelihatan berbeza jika korang mencubanya dengan sinaran matahari di luar bangunan.
Bagi kamera hadapannya pula, korang boleh memilih untuk turn on/off beautifying mode kerana kualiti kamera asalnya agak memuaskan.

Dalam bab kelajuan gajet pula, penulis merasakan korang akan berpuas hati apabila menggunakan aplikasi media sosial seperti Twitter dan Instagram. Ia bergerak lancar dengan simpanan 8GB RAM dan 128GB ROM.
Penulis juga menggemar skrin AMOLED display yang akan digemari oleh peminat video YouTube dan NETFLIX. Bagi korang yang gemarkan online-shopping, fungsi sasaran beli belah pada kameranya akan kamu hargai.

So what do you think? Pada harga pasaran RM999, korang rasakan OPPO A91 berbaloi untuk dimiliki?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


