Menurut wakil mereka, ia adalah salah satu inisiatif Apple untuk mengurangkan pelupusan lebih banyak kandungan plastik yang akan memudaratkan alam sekitar.
Dengan pengasingan ini juga, pakej kotak bagi iPhone 12 juga berubah daripada saiz biasa kepada reka bentuk yang lebih ‘slim’. Bagaimanapun, Apple menyediakan kabel USB-C yang mengecas dengan lebih pantas di dalam kotak tersebut.
Inisiatif ‘mesra-alam’ ini diambil serius oleh Apple hingga mereka menyediakan satu halaman khas dalam laman web mereka untuk menjelaskannya.
Oleh itu, sekiranya korang mendapatkan siri iPhone 12 dan memerlukan adapter dan EarPods untuk menggantikan yang lama, korang terpaksalah membelinya secara berasingan.
Buat masa ini, Apple sedang menawarkan 20W USB-C Power Adapter pada harga RM99. Ia dapat mengecas telefon dengan lebih pantas berbanding model 18W USB-C Power Adapter. Menariknya, adapter baharu ini adalah RM50 lebih murah daripada yang lama.
Sekiranya korang masing ingin menggunakan adapter lama 5W USB-A, korang masih boleh berbuat sedemikian, Cuma… lambat sikitlah untuk telefon habis dicas.
Sementara itu, aksesori EarPods pula kini dijual pada harga RM99, iaitu RM30 lebih murah berbanding harga lama.
*
Ads
Menariknya, bukan hanya siri iPhone 12 (iPhone 12 mini, 12, Pro & Pro Max) sahaja yang terkesan dengan pengasingan ini. Malah, stok baharu untuk iPhone 11, XR dan SE juga tidak akan didatangkan dengan pengecas dan fon telinga.
Hhm, rugi di situ?
Tak juga memandangkan Apple telahpun mengumumkan penurunan harga bagi model iPhone 11 dan XR. iPhone SE masih kekal pada harga sama.
Baru saja Snapchat memperkenalkan filter terbaru di aplikasi mereka, personaliti popular Instagram Malaysia tak menunggu lama untuk jump on the bandwagon dan mencubanya!
Filter yang dinamakan ‘Gender Swap’ ini membolehkan korang melihat diri masing-masing sekiranya berubah jantina.
Untuk lelaki, ‘Gender Swap’ akan menghilangkan segala kumis dan jambang pada wajah, melicinkan kulit, membiarkan rambut kelihatan panjang (lihat transformasi Harris Annuar di bawah) dan wajah kamu akan memakai sedikit solekan.
Bagi perempuan pun ada, tetapi ia membolehkan korang ‘membela’ jambang sejemput, mempunyai kening yang cukup on-point dan kulit wajah akan berubah lebih gelap.
Jom tengok siapa yang paling cantik di kalangan Instafamous lelaki ini. Pergh, terpikat!
Lebih kurang beberapa hari lagi siri terbaru permainan video bola speak popular dunia, FIFA21 akan dilancarkan di platform PS4, PC dan Xbox One. Namun begitu, permainan video ini khabarnya boleh dimainkan tiga hari lebih awal dari tarikh pelancaran (9 Oktober) untuk versi Champions Edition dan Ultimate Edition.
Apa yang menariknya dalam siri terbaru FIFA kali ini, anak jati Malaysia yang kini beraksi di Liga Belgium, Luqman Hakim turut diperkenalkan dalam FIFA21 ini.
Sebelum ini, Luqman juga telah menjadi bualan hangat masyarakat Malaysia selepas berjaya menjaringkan gol bagi membantu kelabnya KV Kortrijk (KVK) menewaskan BX Brussel dalam aksi persahabatan baru-baru ini.
Kemunculannya dalam permainan video FIFA21 juga dikatakan mempunyai kelajuan dan aksi yang cukup lincah sama seperti diatas padang.
Mesti peminat permainan video FIFA dah tak sabar nak beraksi dengan Luqman Hakim kan?
Ramai orang beranggapan bahawa butang ‘Win’ atau logo Window hanyalah digunakan untuk membuka ‘Start’ menu. Namun sebenarnya ia juga boleh digunakan sebagai ‘shortcut‘ untuk kamu melakukan beberapa jenis tugas berbeza.
Sebagai golongan remaja khususnya, kamu pasti sentiasa menggunakan komputer untuk melakukan assignment dan pelbagai tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Mungkin ada sesetengah kombinasi shortcut yang telah kamu ketahui terutamanya Ctrl + Alt + Delete.
Tapi tahukah kamu bahawa terdapat banyak lagi kombinasi kibod yang boleh kamu gunakan untuk memastikan penggunaan yang lebih optimum. Percayalah, jika kamu expert menggunakan shortcut kibod, segala kerja atau tugasan akan menjadi lebih senang.
Remaja percaya kombinasi kibod yang kami kongsi pada kali ini boleh membantu kamu melancarkan kerja dan menjimatkan masa. Berikut adalah 12 jenis kombinasi kibod yang mudah dan berkesan!
1. ALT + Backspace
Siapa yang tidak pernah lakukan kesilapan dengan memadamkan teks tanpa sengaja? Kombinasi ini boleh memberikan opsyen ‘undo’ terhadap teks yang telah dipadamkan dan mengembalikannya. Jadi, kamu tak perlu menaipnya semula.
2. CTRL + ALT + TAB
Kombinasi ini memudahkan kamu untuk melihat semua windows yang dibuka dan membolehkan kamu melakukan navigasi dengan mudah.
3. ALT + F4
Ini pula kombinasi yang dicipta untuk menutup sesebuah window atau program.
4. F2
Membolehkan kamu untuk membuat ‘rename‘ mana-mana jenis file atau folder.
5. CTRL + SHIFT + T
Kombinasi ini pula akan membuka semula mana-mana tab yang telah ditutup sebelum itu.
6. Windows + L
Mahu log off dengan pantas? Gunakan sahaja kombinasi dua butang kibod ini!
7. CTRL + SHIFT + N
Ketika melakukan assignment pastinya kamu akan berdepan dengan situasi untuk mencipta folder baru. Usah gunakan mouse, tetapu guna sahaja kombinasi ‘CTRL + SHIFT + N’ untuk membuat folder baru. Manakala bila kamu menggunakan Google Chrome, ia merupakan shortcut untuk membuka private browser tab.
8. CTRL + T
Kombinasi ini untuk kamu buka tab baru semasa menggunakan mana-mana browser.
9. CTRL + SHIFT + ESC
Untuk membuka task manager, guna sahaja kombinasi ini.
10. CTRL + Esc
Dua kombinasi ini pula membolehkan kamu untuk terus ke Direct Start Menu.
11. Windows + TAB
Membolehkan kamu membuka atau melihat kesemua tab yang dibuka. Ia lebih baik berbanding ‘Alt + Tab’ kerana ia lebih cantik dari segi paparan.
12. ALT + TAB
Untuk bertukar antara browser windows.
Semoga perkongsian daripada Remaja kali inin dapat membantu kamu menggunakan komputer dengan lebih efisyen dan cekap! 😉
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Nurhidayah Damanhoori mencipta sejarah sebagai wanita pertama menjadi Pegawai Pemerintah Unit Berkuda PDRM. Kenali perjalanan dan inspirasi kejayaannya.