
Kehadiran Lisa, salah seorang anggota kumpulan Blackpink, menikmati makan malam di Bangkok, Thailand, tempat kelahirannya ternyata menarik perhatian peminat.
ARTIKEL BERKAITAN: Tiada Unsur Lucah, Ibu Lisa Blackpink Beri Sokongan Penuh Buat Anaknya Di Kabaret Crazy Horse

Menerusi gambar yang tular di media sosial, Lisa terlihat menikmati juadah bersama Lee Jae Yong, anak perempuan pemilik jenama Samsung.
Namun, yang lebih mencuri perhatian adalah kemesraan dan keramahan Lisa dalam melayani peminat yang menghampirinya.

Lisa tampak santai dengan pakaian kasual, mengenakan seluar jeans yang dipadankan dengan kemeja-T berwarna merah jambu dan berselipar.
Maka, tidak mengejutkan apabila ramai yang menganggap Lisa sebagai selebriti yang cukup rendah diri dan mudah didekati, terutama saat berada di luar Korea Selatan.

“Lisa sangat baik hati. Meskipun telah memikat dunia, dia tidak memerlukan ramai pengawal peribadi untuk menjaganya setiap saat,” kata seorang peminat.

“Idola lain seharusnya mengambil contoh dari Lisa; dia lebih dari sekadar terkenal. Meskipun terkenal, dirinya kekal rendah diri,” komen peminat lain.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
16 Tahun Jadi Juri, Mas Idayu Pertahan Dirinya Ikhlas Mengkritik. “Kalau Tak Suka Saya Cakap Tak Suka”

Setelah beberapa minggu menjadi ‘lubuk’ kepada berita sensasi dan kontroversial, akhirnya program realiti Famili Duo tiba ke episod penghujungnya pada malam ini.
Menariknya, malam terakhir sebentar tadi telah berlangsung dengan penuh lancar tanpa sebarang komen dari pihak juri tetap, ‘Mummy’ Mas Idayu dan Ajai yang ‘merobek’ mood peserta. Malah empat pasangan yang bertanding juga tampil bersedia untuk memberikan saingan terbaik demi merebut hadiah wang tunai utama RM100,000.
Tumpuan tentunya terarah kepada pasangan Naim Daniel dan Sissy Iman. Setelah keyakinan mereka tertunduk pada episod keenam dek komen ‘pedas’ yang diberikan oleh Mas Idayu, pada malam ini hanya pujian yang menanti kedua-dua persembahan mereka.
ARTIKEL BERKAITAN: Raih Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda Perguruan, Sissy Imann Bukan Calang-Calang. Muzik Dan Pelajaran Seiring – REMAJA

Tinta Mas Idayu, “Kalau tak suka, saya cakap tak suka. Bagi saya, vokal mereka (Naim dan Sissy) malam ini adalah vokal terbaik daripada keseluruhan persembahan yang pernah dilakukan. Ini ikhlas.
“Hanya satu minggu yang silapnya amat besar. Dan minggu-minggu lain itu mereka lupa yang mereka itu bagus sebenarnya.
“Sebelum ini, kamu berdua bagus dari awal minggu. Hanya minggu keenam sahaja dan sekarang, awak kembali dengan nyanyian bagus. Jadi semangat itu yang awak kena ada dalam pertandingan, ulasnya pada malam ini selepas persembahan pertama Naim dan Sissy.

Terdahulu, Mas Idayu menyuarakan pendapat mengenai respon balas rakan seindustri yang mengkritik cara penjuriannya.
Kata penyanyi berusia 51 tahun itu, sepanjang bergelar juri pertandingan realiti televisyen selama 16 tahun, beliau hanya fokus kepada komitmennya menerusi caranya yang tersendiri.
“Saya tak peduli dengan kata-kata mereka kerana saya hanya melakukan kerja saya. Saya mohon jangan masuk campur urusan kerja penjurian saya.
“Saya tahu cara saya menegur adalah kerana sayang dan bukan bersifat peribadi. Kalau ada yang kata saya menjatuhkan maruah peserta, terserah mereka,” katanya sewaktu temubual bersama MStar. Sambil itu, Mas Idaya berharap agar kritikannya diambil secara positif kerana niatnya hanya untuk menjadikan mereka lebih baik dalam skop pertandingan seperti Famili Duo ini.
BACA LAGI: Enggan Layan Isu Rumah Tangga Orang, Janna Nick Lebih Teruja ‘Renovate’ Rumah Sendiri – REMAJA
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sasha Saidin Kongsi Gambar Keluarga, Wajah Anak Teruna Jadi tumpuan!

Haish, tak lekang mata kami dari melihat foto-foto keluarga yang dikongsikan oleh Sasha Saidin sempena sambutan Aidilfitri baru-baru ini.

Shasha Saidin nama yang tak perlu diperkenalkan lagi. Penyanyi yang cukup popular bersama rakan kumpulan Elite yang lain suatu masa dahulu kini masih aktif dalam bidang seni. Sasha Saidin juga memiliki seorang anak lelaki tunggalnya, Adam Aryasenna Notosoemarsono atau Arya yang kini menginjak remaja.
ARTIKEL BERKAITAN : Anak Teruna Puan Sri Tiara Warisi Ketampanan Bapa, Curi Tumpuan Netizen!

Hantaran di media sosial miliknya itu mengundang tumpuan ramai. Masakan tidaknya, beliau sebelum ini jarang menunjukkan wajah ahli keluarga.
Perkongsian gambar sekeluarga itu dimuat naik pada hari raya ketiga yang memaparkan Sasha bersama suaminya, Sirhan Wahab dan anak lelaki, Adam Aryasenna Notosoemarsono.
Paling mencuri tumpuan pastinya anak lelakinya itu yang kini menginjak ke alam remaja. Mesra disapa Arya, jejaka itu kini sudah melepasi ketinggian si ibu tersayang walaupun baru belasan tahun usianya.

Menerusi kapsyennya, Sasha berseloroh kononnya permohonan beliau untuk memuat naik gambar tersebut sudah diluluskan.
Permohonan post gambar raya bersama suami dan anak remajaku tahun ini akhirnya telah diluluskan, moga tahun depan permohonan diterima lagi so kena start lobi awal-awal nanti. Sekali setahun kan. Siapa yang senasib saya?,” ujarnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata memuji wajah dan ketinggian anak lelaki aktres berkenaan.
Malah ada juga yang mengakui turut mengalami situasi sama seperti Sasha bab bergambar dengan famili.
Info Tambahan : Sasha berkahwin dengan Johan Abdullah Skinner pada 2003 namun bercerai empat tahun kemudian.Pada 2007, dia berkahwin dengan warganegara Indonesia, Salyo Priyanto dan bercerai pada 2012. Hasil perkahwinan dengan Salyo, mereka dikurniakan seorang anak lelaki iaitu Adam Aryasenna Notosoemarsono.
Kini, Sasha bahagia dengan perkahwinan ketiga bersama Sirhan dan pasangan tersebut menetap di Dubai.
Ke mana tumpah kuah, kalau tidak ke nasi begitulah perumpamaan anak lelaki Sasha ni, dah mak nya mat saleh kan..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
“Aku Sangat Mencemburui Kepergiannya…” Mimi Lana Redha Kehilangan Abang Tercinta

Pelakon Mimi Lana melafazkan keredhaan yang dirasai setelah selesai acara pengebumian abang kandungnya yang meninggal dunia pada Ahad.
Menurut perkongsian Mimi, 31 semalam, abangnya Muhamad Sharul Affandy Zainal Abidin kembali ke Rahmatullah pada jam 12.30 tengah hari dan meninggalkan seorang balu, Sara serta seorang anak lelaki bernama Sulaiman
Begitupun, Mimi tidak menjelaskan punca pemergian beliau.

Menerusi perkongsian terbaru pada Isnin, Mimi menceritakan betapa mudahnya proses untuk menguruskan jenazah beliau dan bagaimana upacara pengubumian dihadiri oleh kenalan rapat mereka yang enggan berganjak daripada tanah perkuburan selepas segalanya tamat.
Pemergian Yang Dicemburui Pada Bulan Ramadan
Dalam pada itu, Mimi turut meluahkan harapannya agar dapat menemui Allahyarham di kehidupan seterusnya kelak.

“Ya Allah, kalau suatu hari nanti aku pergi, ambil lah aku seperti mana kau ambil abangku Muhamad Sharul Affandy. Aku sangat mencemburui kepergiannya di bulan yang mulia ini.”
“Pasti ada asbab kebaikan yang dibuatnya sehingga kau mengangkat tinggi darjat kepergiannya ini. Dia pergi di bulan yang baik di mana bulan yang kau tutup api neraka serapat-rapatnya.
“Terima kasih ya Allah kau telah pinjamkan sebentar (seorang) manusia yang baik ini kepadaku dan kepada semua orang sekelilingnya,” catat pelakon filem Mencari Ramlee itu.

Mimi Lana Tenang Hadapi Pemergian
Dalam pada itu, Mimi turut bersedia untuk menggalas tanggungjawab Allahyarham sebagai seorang figura ‘ibu bapa’ terhadap anak tercinta selama ini.
“Adik janji akan ambil tanggungjawab yang abang dah galas selama hari ini dengan sebaik-baiknya. Seorang abang yang baik, suami yang baik, anak yang baik, kawan yang baik dan manusia yang baik. Syurga tempat yang terbaik untuk abang sebab itu Allah ambil abang,” luahnya lagi.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rakan-rakan selebriti turut menzahirkan salam takziah mereka buat Mimi Lana sekeluarga di atas pemergian ini. Antaranya termasuklah Scha Alyahya, Puteri Aishah, Nadiq Aqilah, Rozita Che Wan, Sweet Qismina dan Eyka Farhana.
FOTO: Instagram // missmimilana
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

