Hanya Berlabuh Di Singapura, Konsert Taylor Swift Buat Peminat Sekitar Asia Tenggara Tak Senang Duduk

Share

Berita baik: Taylor Swift akhirnya akan hadir ke Asia!

Berita buruk: Singapura sebagai satu-satunya lokasi persinggahan konsert beliau……

Kecoh di media sosial semalam apabila penyanyi dan penulis lagu Taylor Swift mengumumkan bahawa dia akan mengadakan konsert selama tiga malam di Singapura pada Mac tahun depan, sebagai sebahagian daripada Jelajah Erasnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Bintang Terkenal Taylor Swift Buat Kejutan Dengan Dermaan Bank Makanan Di Setiap Bandar Sempena ‘The Eras Tour’

Dilaporkan bahawa persembahan penyanyi berusia 33 tahun tersebut akan berlangsung di Stadium Nasional pada 2, 3 dan 4 Mac.

Namun sayang seribu kali sayang apabila hanya Singapura menjadi satu-satunya perhentian di Asia Tenggara, manakala perhentian kedua di Asia terletak di luar Tokyo, Jepun.

 Bagi Swifities yang berminat, pendaftaran untuk tiket jualan am akan bermula dari 23 Jun, 12 tengah hari hingga 28 Jun, 12 tengah hari, dengan jualan am bermula pada 7 Jul, 12 tengah hari.

Manakala, tiket prajualan untuk ahli kad UOB akan bermula 5 Julai jam 12 malam dan berakhir pada 7 Julai, 9 pagi.

Kali terakhir bintang pop Amerika tersebut membuat persembahan di Singapura ialah pada tahun 2014 dengan jelajah konsert ketiganya bersempena album studio keempatnya, Red.

Namun menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat beliau mengekspresikan rasa kecewa dan hampa dengan pengumuman tersebut.

“Saya rasa akak Taylor memang tak nampak Malaysia dalam peta ni,” seloroh seorang peminat.

“Ada apa dengan Singapura eh? Semua artis nak berkampung di sana,” keluh seorang warganet.

“Kena get ready untuk berebut dengan jutaan peminat kalau macam ini. Fighting guys!” komen warganet lain.

BACA LAGI: 6 Tahun Naik Turun Mahkamah, Gwyneth Paltrow Menang Kes Saman Kemalangan Ski Dan Dianugerahkan 1USD

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Taylor Swift

IKLAN