Kehadiran penceramah Muslim dari India, Dr Zakir Naik ke Malaysia tidak pernah lekang daripada kontroversi.
Dan kali ini, situasi tersebut masih tidak berubah.
Pada sebuah slot syarahan yang berlangsung di Kota Bharu Kelantan pada 9 Ogos lalu, Dr Zakir Naik telah mengeluarkan satu kenyataan bersifat rasis terhadap masyarakat Cina serta India di Malaysia.
Menurut laporan rakan media di Sinar Harian, kenyataan itu berbunyi, “Agama Islam tersebar secara aman menerusi para pedagang. Malaysia (awalnya) menjadi (negara) Muslim sepenuhnya. Kemudian Cina datang, India datang, Inggeris datang. Mereka adalah tetamu baru kita.”
Ads
Err.. “Kita” ?
Kenyataan tersebut nyata tidak dipersetujui oleh beberapa orang menteri negara. Terbaru, menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman juga inginkan Dr Zakir Naik dihantar pulang ke India.
Ads
Kata beliau menerusi kenyataan media melalui aplikasi WhatsApp, “Serangan ke atas saudara (berbangsa) Cina dan India adalah serangan terhadap semua rakyat Malaysia. Memanggil rakyat Malaysia sebagai ‘tetamu’ adalah tindakan yang tidak masuk akal.
“For God’s sake, they are Malaysians! Enough is enough..,” saran beliau.
Ads
Sebelum ini, Dr Zakir Naik menafikan tuduhan akan memecah belahkan masyarakat Malaysia melalui syarahan. Beliau berpendapat ramai pengkritiknya yang selalu salah tafsir ucapan beliau untuk tujian politik dan aniaya.
Dan untuk pengetahuan, beliau kini dikehendaki di India atas tuduhan rasuah serta pengubahan wang haram.
Sumber: Sinar Harian
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah menfatwakan ‘claw machine’ atau mesin permainan kaut sebagai haram dalam agama Islam.
Ketua Fatwa MUI iaitu Asrorun Niam dalam kenyataannya kepada media Indonesia berkata, permainan popular di lokasi seperti arked, taman tema dan funfair itu menjadi haram kerana asasnya membabitkan kaedah cuba nasib demi mendapatkan hadiah berupa patung permainan yang ada di dalam kotak mesin.
“Permainan yang mengeluarkan duit untuk mendapatkan faedah atau hadiah termasuk cara kaedah seperti mencuba nasib adalah haram.
“Permainan ini sudah pun dianggap mengandungi unsur judi,” jelasnya. Beliau turut menyenaraikan permainan lain seperti Medal Game, Pusher Machine dan Redemption Machine sebagai haram.
Tiada jaminan pemainnya akan memperolehi apa-apa item daripada mesin permainan kaut ini yang dipercayai menggunakan teknik penipuan bagi menggagalkan peluang mendapat hadiah.
Oleh itu, ia disamakan dengan perbuatan perjudian (kerana tiada jaminan akan menang) dan dijatuhkan hukuman haram ke atasnya.
Terdahulu, permainan ‘Loot Box’ juga dilihat sebagai salah satu permainan berunsur perjudian di Eropah sehingga beberapa persatuan menyeru agar ia dilarang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mana-mana peminat filem Tarzan pasti mengenali kelibat pelakon di sebalik watak popular itu iaitu Joe Lara.
Dukacitanya dilaporkan bahawa pelakon kelahiran Amerika Syarikat yang membintangi drama bersiri Tarzan: The Epic Adventures ini telah terkorban dalam satu nahas pesawat di tasik Percy Priest; kira-kira 19 kilometer di selatan bandar Nashville, Texas.
Pesawat Cessna C501 terhempas sejurus selepas berlepas dari Smyrna, sebuah lapangan terbang di Rutherford County, Tennessee dan ia menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Palm Beach, Florida.
Memetik kenyataan agensi berita Sputnik, Joe turut ada bersama-sama isterinya dalam insiden tersebut. Identiti lima lagi penumpang pesawat termasuk seorang pakar pemakanan juga telah dikenal pasti.
Penemuan serpihan kapal terbang yang dinaiki Joe Lara
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Amerika Syarikat (NTSB) telah melancarkan siasatan menyeluruh bagi mengenal pasti punca nahas.
Sejak malam Sabtu, operasi pencarian telah mula dilakukan. Catat Rutherford County Fire & Rescue (RCFR) di Facebook, operasi pencarian telah berjaya menemui beberapa komponen pesawat dan mayat di sebuah kawasan berdekatan.
Bagaimanapun, usaha pencarian masih belum menemui mangsa hidup pada waktu ini.
Sebagai info, Joe Lara meniti tangga populariti setelah di terpilih memegang watak Tarzan dalam filem Tarzan in Manhattan pada 1989 sebelum membintangi Tarzan : The Epic Adventures yang bersiaran dari tahun 1996 hingga 1997.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kebelakangan ini, nama Iqram Dinzly sentiasa menjadi sebutan para netizen di laman media sosial terutamanya di Instagram, Facebook dan Twitter. Ramai peminat, rakan artis serta masyarakat amnya cukup risau dengan apa yang dilihat mereka mungkin petanda Ikram Dinzly berdepan masalah kemurungan.
Apatah lagi golongan remaja di laman sosial kini sedang sibuk membicarakan tentang kesihatan mental, stres serta kemurungan melampau yang dilihat menjadi ancaman terutama kepada generasi muda. Masih panas dengan kisah kematian Jonghyun SHINEE yang mati bunuh diri akibat kemurungan yang tular baru-baru ini, jadi tidak hairanlah ramai yang risau dengan Iqram Dinzly.
Rentetan video live yang dikongsikan olehnya di Instagram membuatkan ramai tertanya-tanya adakah Iqram berdepan dengan masalah kemurungan. Dan Remaja cukup berbangga kerana ramai pihak terutama dari rakan artis, media serta masyarakat umumnya memberikan kata-kata semangat positif kepadanya.
Pada hari ini pula, Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut melahirkan rasa prihatinnya. Menerusi laman Facebook rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli telah menulis surat terbuka kepada Iqram Dinzly.
Menerusi surat terbuka tersebut beliau pada mulanya melahirkan ucapan takziah buat keluarga Iqram yang kehilangan ayahnya baru-baru ini. Ia diikuti dengan nasihat untuk Iqram agar mengabaikan kata-kata cemuhan dan makian daripada netizen dan sentiasa mendekatkan diri dengan Al-Quran.
Pada pengkakhiran surat tersebut, Mufti Wilayah Persekutuan turut berbesar hati menjemput Iqram Dinzly hadir menemuinya di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya untuk bertemu dan mengenali lebih lanjut serta bertukar-tukar pandangan, pendapat serta bersedia mendengar apa jua keluhan.
Keprihatinan yang ditunjukkan oleh Mufti Wliayah Persekutuan terhadap Iqram Dinzly cukup menyentuh perasaan kami di Remaja. Sebagai antara ikon institusi agama, keterbukaan ini membuatkan golongan muda akan berada lebih dekat. Kepada rakan-rakan Remaja yang berdepan dengan apa jua masalah kemurungan, janganlah segan untuk dapatkanlah bantuan. Dan jika kamu sebagai kawan mendapati ada rakan yang berdepan masalah janganlah menjauhi mereka.
Berikut merupakan surat terbuka penuh yang dipetik dari Facebook rasmi Mufti Wilayah Persekutuan.
SURAT TERBUKA KEPADA SAUDARA IQRAM DINZLY
السَّلامُ عَلَيْكُم ورَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكاتُهُ Salam perkenalan kepada saudara yang kami kasihi, Iqram Dinzly.
Baru-baru ini kami terbaca laporan akhbar, juga kisah-kisah di media sosial berkenaan kehidupan saudara kini. Pertamanya, kami ingin ucapkan takziah atas pemergian papa tercinta, almarhum Muhammad Saipuddin Ahmad Said. Semoga Allah menghimpunkannya bersama-sama dengan orang yang soleh. Kami percaya, saudara Iqram dan mama, amat tabah menghadapi ujian ini. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Iqram sekeluarga. Kami juga yakin, Iqram mampu menjaga mama dengan sebaiknya setelah pemergian papa yang dikasihi
Berkenaan hal-hal yang berlegar di media sosial, kami mengambil sikap berkecuali kerana kami tidak tahu keadaan yang sebenar. Dalam masa yang sama, kami mengambil maklum akan cemuhan dan kata-kata kasar daripada netizen terhadap saudara. Nasihat kami, cemuhan-cemuhan berkenaan tidak perlu dipedulikan dan diambil perhatian kerana sejujurnya ia akan lebih memberikan tekanan kepada saudara.
Dalam pada itu, kami nasihatkan saudara supaya mendekati al-Qur’an, begitu juga zikir-zikir. Kami ada menonton beberapa LV saudara yang menunjukkan saudara adalah seorang yang melazimi zikir. Itu adalah hal yang amat baik kerana hanyasanya dengan mengingati Allah SWT, jiwa akan menjadi tenang. Akhir kalam, kami menjemput saudara Iqram untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di Putrajaya untuk kita lebih mengenali antara satu sama lain, juga berbincang berkenaan situasi dan keadaan saudara. Mungkin ada sisi-sisi tertentu yang boleh kami usahakan untuk bantuan dan sokongan. Boleh hubungi kami melalui Twitter @drzul_albakri atau Instagram @drzulkifli.albakri
Semoga Allah memberikan ketabahan kepada saudara dalam menempuh ranjau kehidupan dengan penuh kesabaran dan kekuatan. Amin.
Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Mufti Wilayah Persekutuan Rabu, 27 Disember 2017 bersamaan 8 Rabi’ul Akhir 1439H 3.08 petang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!