Anak kepada dua figura seni negara, Tiara Jacquelina dan Allahyarham Hani Mohsin, iaitu Hani Karmila Mohsin atau lebih dikenali sebagai Mila Mohsin, selamat melangsungkan pernikahan bersama jejaka pilihan hatinya, Abang Saef Hud, dalam sebuah majlis tertutup baru-baru ini.
Majlis akad nikah itu diadakan pada Khamis lalu dalam suasana penuh sederhana namun cukup bermakna buat pasangan pengantin dan ahli keluarga terdekat. Mila kelihatan anggun dalam persalinan renda eksklusif rekaan @afiqmofficial, manakala solekan menyerlahkan kejelitaannya hasil sentuhan jurusolek terkenal, Khir Khalid, yang turut berkongsi berita gembira ini di media sosial.
“Puteri kesayangan Puan Sri Tiara Jacquelina iaitu Hani Karmila melangsungkan majlis pernikahan,” tulis Khir di Instagram.
“Mila Mohsin memilih saya untuk merias wajahnya. Sangat bersyukur dapat jadi sebahagian daripada hari bahagianya.”
Ads
Majlis turut diserikan dengan adat makan beradab dan upacara memotong pulut kuning. Momen-momen indah ini dikongsi Mila sendiri melalui Insta Story, sambil menerima ucapan tahniah daripada para selebriti dan kenalan termasuk penyanyi era 80-an, Juliza Adlizan.
Siapa Mila Mohsin?
Nama Hani Karmila tidak asing dalam dunia seni tempatan. Selain mewarisi bakat lakonan daripada ibu bapanya, Mila juga membuktikan keupayaannya berdiri sendiri apabila muncul menerusi filem Laknat yang ditayangkan pada Jun lalu.
Ads
Menariknya, selain aktif dalam seni lakon, Mila juga merupakan atlet seni mempertahankan diri jujitsu. Beliau mula menceburi bidang ini ketika melanjutkan pengajian di Australia dan pernah mengharumkan nama negara apabila memenangi pingat emas dalam Kejohanan Antarabangsa Terbuka Singapura, kategori 58 kilogram.
Ads
Tiara Terima Menantu, Peminat Tumpang Gembira
Perkahwinan Mila bukan saja menjadi momen indah buat dirinya, tetapi juga buat ibunya, Puan Sri Tiara Jacquelina yang kini bergelar ibu mertua. Walaupun Allahyarham Hani Mohsin telah meninggal dunia pada tahun 2006, kehadiran suami buat Mila pastinya satu kebahagiaan yang dirasai seluruh keluarga.
Di ruangan komen media sosial, ramai peminat dan rakan artis menzahirkan rasa gembira, bahkan bangga melihat Mila membesar menjadi wanita hebat.
Tahniah Mila & Abang Saef!
Kami di Remaja ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Mila Mohsin dan Abang Saef Hud atas ikatan suci ini. Semoga perkahwinan ini membawa keberkatan, kebahagiaan dan menjadi permulaan indah buat masa depan mereka berdua.
Isu usahawan terkenal, Datuk Seri Vida, yang didakwa gagal membuat pembayaran kepada kontraktor berjumlah RM1 juta baru-baru ini, menjadi perhatian ramai.
Meskipun berhadapan dengan kontroversi tersebut, anak-anak menjadi sumber kekuatan bagi Vida untuk terus melangkah maju.
Menerusi perkongsian di TikTok, Vida dikatakan kini berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah.
Selain itu, Cik B turut menitipkan doa buat ibu tercinta dengan harapan agar Vida diberikan kekuatan.
“Ya Allah kau tabahkan hati mama ku, kuatkan lah bahunya untuk memikul segala beban yang dia terima.
“Terima kasih mama sentiasa mendoakan kami berdua untuk berjaya dunia akhirat,” tulisnya.
Cik B juga berharap agar penyanyi lagu popular I Am Me itu sentiasa kuat menghadapi segala cabaran yang mendatang dalam hidupnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Cik B Salmon Skin HQ
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
MTV Video Music Awards (MTVVMA)sememangnya merupakan salah satu majlis anugerah berprestij yang sering dinanti-nantikan peminat dunia hiburan.
Bukan sahaja malam anugerah itu bakal menghimpunkan ramai selebriti di satu tempat malah ia juga penuh dengan drama membuatkan orang ramai khususnya mereka yang sukakan drama ini tertanya-tanya apa pula yang akan berlaku pada malam tersebut.
Tahun ini, MTV VMA diadakan di Prudential Center, New Jersey dan menghimpunkan artis-artis A lister, sebagai penghibur malam itu.
Apa-apapun, Remaja nak bawa korang semua antara fesyen stail oleh selebriti-selebriti yang hadir pada malam tersebut. Mana satu yang paling onz?
Adriana Lima
Alison Brie
Bebe Rexha
DJ Khaled
Gigi & Bella Hadid
H.E.R
Hailee Steinfeld
Halsey
Heidi Klum
Jonas Brother
Keke Palmer
Lil Nas X
Marc Jacob
Queen Latifah
Shawn Mendes
Taylor Swift
Zara Larsson
Foto: Buzzfeed
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kerajaan menerusi Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada hari ini mengumumkan akan memperuntukan bantuan makanan sebanyak RM12 juta kepada para pelajar peringkat tertiari.
Bantuan makanan ini melibatkan 74,530 orang pelajar yang tidak pulang ke kampung dan kini menginap di kolej kediaman sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ia bukan saja untuk pelajar di institut pengajian tinggi awam (IPTA), malah melibatkan pelajar IPT swasta,Institut Pendidikan Guru (IPG), Kolej Komuniti dan Kolej Matrikulasi.
Foto: Bernama
“Kita menyerahkan kepada pihak universiti dari segi agihan dan terserah pada universiti sama ada dia (pelajar) boleh beli guna kupon atau beli di gerai dan kafe, terserah kepada IPT.
“Kerajaan akan menanggung sepenuhnya makanan mereka,” kata beliau pada sidang media hari ini. Bantuan yang diberikan ini adalah bagi kegunaan selama 11 hari sehingga tempoh PKP berakhir 31 Mac ini.
Gambar hiasan.
Ini dilihat sebagai berita baik buat para pelajar yang ‘terperangkap’ di hostel dan tidak boleh pulang ke kampung halaman setelah beberapa universiti tempatan mula mengambil inisiatif untuk memberikan bantuan makanan.
Antaranya termasuklah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),Universiti Utara Malaysia (UUM) dan Universiti Islam Antarabangsa (UIAM) cawangan Kuantan.
Sumber Foto Utama: UTM
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas lebih tiga dekad mewarnai industri seni tanah air, penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin membuktikan bahawa semangat untuk menimba ilmu tidak pernah mengenal usia...