Haneesya Hanee Dinobat Dewi Remaja 2018/2019

Share

 

Tahniah diucapkan kepada Haneesya Hanee , kerana berjaya merangkul gelaran Dewi Remaja 2018/19.

Episod finale sebentar tadi telah menyaksikan lima finalis berentap sengit dan akhirnya berpihak kepada anak kelahiran Kuala Lumpur ini.

Sementara itu, tempat kedua jatuh kepada Tia Sarah, manakala Sherin Amiri berjaya menempatkan diri ke tangga ketiga.

Dimulai dengan sesi perkenalan barisan finalis yang diserikan bersama koreografi tarian, masing-masing membuktikan bahawa mereka sememangnya layak berada di pentas final.

Kehangatan diteruskan lagi dengan tugasan yang telah diberikan sebelum ini untuk membuat video Public Service Announcement (PSA) selama 30 saat. Finalis diberikan beberapa tajuk yang berkaitan dengan masalah sosial masyarakat hari ini.

Bukan saja cantik, mereka juga telah menjadi wakil anak muda untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang tanggungjawab sosial kita terhadap masalah-masalah yang berlaku di sekeliling.

Segmen terakhir pula penuh dengan debaran apabila masing-masing perlu mengharungi sesi Q&A bersama soalan yang diutarakan oleh pengacara, Scha Alyahya.

Arena Iman dinobatkan sebagai Dewi Favorite hasil undian peminat secara online (sebanyak 34,890 undian) dan seterusnya Aween Ismail dipilih sebagai Dewi Inspirasi kerana semangat yang ditonjolkan sepanjang rakaman episod dewi remaja. Walaupun sakit di minggu kelima, dia tetap meneruskan rakaman namun tetapi akhirnya, dek kerana masalah kesihatan yang memang tidak boleh dielak, dia terpaksa akur untuk mengundur diri.

Sepanjang rakaman yangd dilakukan ketika Aween sakit, langsung tiada raut wajah ‘sakit’ yang ditunjukkan olehnya. Begitu kuat semangat anak muda ini demi untuk mengejar impian.

***

Kami bertanyakan kepada para pemenang tentang perasaan mereka selepas berakhirnya finale Dewi Remaja 2018/2019.

“Hanee memang sangat terkejut kerana tidak menyangka. Rasa bersyukur sangat kerana terpilih untuk menjadi Dewi Remaja anda.

“Hanee sendiri sudah mula terima kecaman sejak berusia 15 tahun lagi, tak henti-henti. Bukan untuk bangkitkan isu kulit dan saiz badan saja, penyertaan Hanee di dalam Dewi Remaja sejak awal pun sudah timbulkan kecaman.

“Kata mereka, Hanee sudah mempunyai nama, kenapa perlu masuk lagi? Tetapi dengan pengalaman tersebut, Hanee sampai juga ke tahap ini dan buktikan kepada yang mengecam tadi that I have did it. Dan tentunya dengan sokongan dari ibu, itu adalah pendorong utama.”

***

Thank you so much kepada mereka yang mempercayai kebolehan Tia, for standing by me. All of my Dewi friends, I am so proud of all of you. Maaf hari ini tergagap sedikit (ketawa) kerana masih terkejut lagi.

“Bagaimana Tia sampai ke tahap ini, semuanya dengan menjadi diri sendiri saja. I am my own inspiration

dan Tia ingin sampaikan mesej yang mana-mana remaja di luar sana boleh capai impian mereka selagi mereka menjadi diri sendiri.”

***

“Alhamdulillah, pertama sekali Sherin berbangga dengan diri sendiri kerana mampu sampai ke tahap ini dari bawah. Sherin ingin kongsikan kejayaan pada malam ini bersama kawan Sherin yang lain.

“Sherin percaya pada rezeki dan bakat, untuk menjadi Top 12 dan Top 20 itu sudah membuatkan saya gembira kerana kami terpilih daripada beratus-ratus peserta.”

***

Tahniah juga kami ucapkan kepada kesemua 12 finalis yang bertanding dalam Pencarian Dewi Remaja 2018/19 kali ini. Korang semua memang awesome!

IKLAN