Baru-baru ini, pelakon cantik dan terkenal Korea Selatan, Han So Hee mencuri perhatian ramai dengan sifat murah hati beliau apabila tindakannya menghadiahkan komputer riba kepada 43 orang pelajar didedahkan kepada umum.

Menurut laporan media Korea Selatan pada 30 Jun, Han So Hee (32) telah terlibat dalam sebuah bengkel lakonan selama seminggu bersama para pelajar Jabatan Teater dan Filem di Kolej Seni Seoul pada Julai tahun lalu.

Difahamkan, bengkel itu dijalankan menerusi kerjasama dengan sekolah aksi yang dikendalikan oleh Pengarah Kim, individu yang dikenali pelakon wanita itu menerusi projek Netflix berjudul ‘My Name’.

Han So Hee Buat Kejutan, Hadiahkan Laptop Kepada 43 Pelajar

Ads

Dalam pada itu, sepanjang bengkel tersebut, hubungan antara Han So Hee dan para pelajar begitu akrab sehingga mereka menggelarnya sebagai “Ketua Pasukan” dan pada hari terakhir bengkel, beliau mengejutkan kesemua 43 pelajar dengan hadiah berupa komputer riba.

Segalanya terjadi apabila, pelakon itu tersentuh hati melihat salah seorang pelajar tidak mampu memperbaiki atau menggantikan telefon pintarnya yang rosak. Namun, atas dasar prihatin dan bagi menyokong pelajaran para pelajar, Han So Hee menghadiahkan laptop kepada semua pelajar tersebut dan jumlah keseluruhan derma tersebut bernilai sekitar 50 juta Korea Won.

Apa yang lebih menarik, perkara ini hanya diketahui oleh pihak umum selepas setahun kerana Han So Hee sendiri meminta para pelajar untuk tidak mendedahkannya. Bagaimanapun, Pengarah Kim Min Soo akhirnya mendedahkan kebaikan beliau kerana merasakan ia wajar dikongsikan kepada masyarakat.

Ads

Han So Hee Buat Kejutan, Hadiahkan Laptop Kepada 43 Pelajar

“Pada hari majlis graduasi bengkel, Han So Hee sendiri datang dengan solekan yang dilakukan sendiri dan menyerahkan sijil kepada setiap pelajar secara peribadi”

Ads

“Saya difahamkan selepas bengkel pun dia masih aktif berinteraksi dengan pelajar melalui group chat,” ujar Pengarah Kim sambil memuji dedikasi Han So Hee yang ingin mencipta memori indah bersama para pelajar.

Sementara itu, untuk perkembangan terkini, Han So Hee telah memilih filem ‘Project Y’ sebagai projek lakonan terbarunya dan filem ini bakal menyaksikan gandingan beliau bersama pelakon Jeon Jong Seo yang mengisahkan dua wanita nekad mencuri wang haram dan jongkong emas demi melarikan diri daripada realiti hidup yang mencengkam.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti TelegramInstagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di
Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads