
Selepas kejayaan #KempenBenderaPutih yang dilancarkan baru-baru ini mendapat sambutan yang positif daripada orang ramai, Kempen Kibar Bendera Merah pula muncul untuk membantu mereka yang mempunyai haiwan peliharaan.
Kempen ini dilancarkan oleh Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia). Menurut Presiden Animal Malaysia Arie Dwi Andika, inisiatif itu bertujuan untuk membantu pemilik haiwan yang terkesan akibat pandemik Covid-19 untuk mendapatkan bantuan untuk haiwan peliharaan mereka.

Berikutan peningkatan dalam kes pembuangan haiwan akibat pemilik mereka yang terjejas teruk dan banyak kucing dan anjing terpaksa dihumban ke jalanan sedangkan haiwan itu telah lama dipelihara, dan mereka juga adalah keluarga.
Tidak cukup dengan itu, haiwan yang telah dibuang ini juga menerima kecederaan di tubuh badan mereka, dan keadaan mereka juga tidak terurus sejak dibuang oleh pemilik mereka. Keadaan sebegini boleh menyebabkan mereka berisiko untuk mendapat penyakit berjangkit dan juga boleh menyebabkan kematian kerana persekitaran yang tidak baik itu.

Kempen ini telah diketuai oleh pengurus projek mereka iaitu Ashraf Ariff, dan beliau berkata penduduk hanya perlu mengibarkan bendera merah di rumah mereka, untuk memberi isyarat yang mereka memerlukan bantuan untuk haiwan peliharaan mereka.
Arie juga berharap agar kempen ini mendapat sambutan ramai, seperti mana kempen Bendera Putih juga telah mendapat sambutan. Beliau menyeru semua rakyat Malaysia agar memainkan peranan dalam usaha ini untuk membantu pemiliknya dan membela nasib kucing dan anjing ini.

Inisiatif ini juga diambil agar kita dapat mengekang masalah pembuangan haiwan peliharaan ke jalanan dan sekaligus membanteras masalah kezaliman terhadap haiwan.
Semoga kempen ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang memerlukan, dan juga dapat menarik orang ramai agar tampil kehadapan untuk memberi bantuan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tak Guna Kos Tinggi Pun, Atasi Masalah Gatal Celah Paha Dengan Petua Mudah Ini

Masalah gatal celah kelangkang bukanlah sesuatu yang asing bagi kaum wanita. Paling tidak, anda akan merasakannya sekali dalam seumur hidup.
Hal ini berlaku kerana kedudukan paha yang mungkin dalam keadaan sentiasa tertutup dan kurang terdedah seperti anggota tubuh yang lain.
Ada banyak punca yang menyebabkan rasa gatal, antaranya disebabkan oleh peluh, cuaca panas, tuala wanita yang mengandungi pewangi, hormon dan sebagainya.
Jika timbul situasi seperti ini, ada yang bagai nak gila menahan gatal dan kadang kala bahagian tersebut digaru sehingga melecet. Ouchhh. Jangan sampai keadaan ini menjadi lebih teruk kerana sebenarnya masalah gatal kelangkang boleh dirawat dengan cara yang betul.
Ikut petua ini, manalah tahu ia mungkin serasi dengan korang.
Bahan-bahan:
• Ambil 6 helai daun sirih
• 3 keping asam keping
• Dua gelas air
• Dua sudu teh garam pink

Cara membuat:
1. Rebus daun sirih yang telah dibersihkan dan masukkan ke dalam dua gelas air yang dicampur dengan garam pink.
2. Kemudian, masukkan asam keping dan biar sehingga mendidih.
3. Biarkan air rebusan tadi sedikit suam, selepas itu basuh vagina dengan campuran air tersebut, terutama setiap kali selepas membuang air kecil.
Untuk mengatasi masalah ini juga, terdapat beberapa cara mengatasi rasa gatal antaranya adalah seperti berikut:
1. Elakkan menggunakan feminine wash yang mengandungi bahan pewangi.
2. Tuam vagina dengan kain basah yang bersih dan air sejuk selama satu jam.
3. Disarankan untuk makan yogurt bagi mendapatkan khasiat ‘priobiotik’ pada setiap pagi untuk mengelakkan pengumpulan bakteria dari dalam.
4. Tidur dengan pakaian yang selesa atau tanpa pakaian dalam. Biarkan vagina bernafas dan kurang berpeluh. Kangkangkan sedikit posisi kaki dan jangan tidur dalam keadaan meringkuk.
5. Minum lebih banyak air masak untuk melancarkan metabolisme badan.
Selamat mencuba!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
7 Jenis Durian Terbaik Di Malaysia, Sebelum Beli Tengok Dulu Untuk Elak Ditipu

Sekarang musim durian. Banyak post di media sosial juga bercerita mengenai keenakan raja buah ini. Ada macam-macam jenis malah asal viral mengatakan ada buah murah ramai la beratur membeli. Tapi korang tahu tak sebab apa durian ada yang murah ada yang mahal?
Apa kata kita kenali 7 jenis buah durian terbaik yang menjadi kegilaan rakyat Malaysia ini. Tip ini juga korang boleh gunakan untuk elak ditipu penjual buah durian yang tak bertanggungjawab.
Yelah harga buah durian sekarang boleh tahan ye!
1. MUSANG KING (D197)

Inilah durian idaman pencinta ‘raja buah’ iaitu Musang King.
Hati-hati, kerana ada peniaga yang mengambil kesempatan untuk menjual jenis durian lain sebagai Musang King demi mengaut keuntungan. Durian asli Musang King mempunyai isi berwarna kuning keemasan dengan tekstur yang lembut dan berkrim. Isi durian ini juga lebih tebal, berkilat dan berbiji kecil berbanding durian lain.
Rasa: Lemak manis, sedikit pahit, buttery, aroma yang kuat
Tips: Mempunyai bentuk lebih bujur seperti bola ragbi, kulit hijau muda, duri berbentuk seperti piramid kecil, bahagian bawah buah mempunyai corak garisan seakan-akan bintang yang ketara (seperti gambar di bawah ini).
2. TEKKA (D160)

Berasal dari Banting, Selangor, durian Tekka pada asalnya mempunyai banyak nama panggilan (Buluh Bawah, Chok Kiok dan Green Bamboo) sebelum ia dijenamakan semula sebagai Musang Queen, menjadikannya pasangan kepada Musang King. Comel kan? Durian pun ada pasangan!
Isinya pula berulas besar, tebal, dan berwarna krim kekuningan dengan biji bersaiz sederhana besar. Saiz buah ini juga sederhana besar dengan lingkungan berat 1.5 – 3 kg setiap biji, dan kulitnya yang nipis membuatkan ia mudah dikupas.
Rasa: Manis dengan sedikit pahit, berlemak, tekstur berkrim
Tips: Saiz agak besar dan berbentuk lonjong (besar di atas, kuncup di bawah), menyerupai bentuk hati dengan lekuk pada pangsa.
3. UDANG MERAH (D175)

Berasal dari Balik Pulau, durian baka kahwin ini menghasilkan isi berulas halus, berwarna kuning jingga kemerahan dan setiap biji mempunyai lapisan krim yang sangat menyelerakan. Diberi nama tempatan Ang Hae, jenis durian ini yang berkualiti tinggi agak sukar ditemui, menyebabkan harganya kadangkala lebih mahal daripada Musang King.
Durian ini juga ditanam di negeri Pahang dan Johor, tetapi rasanya tidak sama seperti Udang Merah Pulau Pinang yang asli. Kebiasaannya berkulit coklat perang, durian ini berbentuk bujur, berduri pendek, dan agak susah dikupas kerana berkulit tebal dan keras.
Rasa: Berlemak manis, melekit, halus dan lembik, aroma yang menyelerakan
Tips: Kulit Udang Merah yang berwarna hijau keperangan dikatakan ditanam di luar Pulau Pinang. Untuk memilih Udang Merah yang terbaik, pastikan beratnya dalam 1 kg sebiji.
4. SULTAN (D24)

D24 atau durian Sultan mudah untuk dikenalpasti dan ditemui. Ia berbentuk bulat, mempunyai duri yang lebih tirus dan tajam, dengan susunan duri-duri halus yang rapat di keliling tangkai. Di bahagian bawah buah ini terdapat bulatan berwarna coklat seperti serpihan dari bunga.
Berwarna kuning pucat, isinya mempunyai tekstur tebal dan lembut. Dengan harga berpatutan (dari RM19 per kg), ia juga selalu dihidang dalam bufet durian. D24 mampu memberi kepuasan setanding durian premium jika anda pandai memilih.
Rasa: Sangat berlemak, sederhana manis dan pahit, aroma sederhana kuat
Tips: Kulit durian Sultan D24 berwarna hijau muda, nipis dan mudah dikupas. Biasanya, satu pangsa beris dua atau tiga ulas.
5. DURI HITAM / BLACK THORN (D200)

Dikatakan jauh lebih enak daripada Musang King yang overrated, durian premium dari Sungai Bakap, Pulau Pinang ini semakin menjadi buruan “hantu durian”. Bergantung kepada usia pokok tersebut, isinya yang lebih bulat berbanding durian lain juga mempunyai variasi warna berbeza, daripada jingga pastel seakan-akan merah jambu, hingga jingga terang.
Walaupun isi tidak setebal Musang King, keunikan rasa lemak manis Black Thorn yang menyelerakan pasti membuat setiap penggemar durian termimpi-mimpi! Sekarang, harga Black Thorn yang berkualiti bermula sekitar RM60 per kg dan boleh mencecah RM105 per kg.
Rasa: Sangat berkrim, berlemak manis dengan aftertaste pahit, aroma kurang tajam
Tips: Juga digelar Ochee, Duri Hitam atau Hei Tze, bentuk durian ini berbeza mengikut musim dan kawasan tanaman. Kebiasaannya, ia berbentuk bulat, bertapak rata, bertangkai kecil (kira-kira sebesar ibu jari), dan bahagian bawahnya mempunyai lingkaran hitam dengan titik kecil tanpa duri.
6. GOLDEN PHOENIX (D198)

Berasal dari Johor, durian klon berbentuk bulat dan kecil ini tumbuh dari pokok lama. Durian ini juga menjadi kegemaran ramai rakyat Singapura ini diberi nama kerana durinya yang nipis dan tajam dengan isi berwarna kuning pucat keputihan, menyerupai ciri-ciri burung lagenda Phoenix.
Juga dikenali dengan nama Kim Hong atau Jin Feng, raja buah ini sesuai untuk mereka yang sukakan rasa durian yang lebih pahit dari manis. Isinya tidak sepadat Musang King, berbiji kecil, dengan aroma yang tajam. Golden Phoenix banyak ditanam di Johor dan Pahang, dan agak sukar ditemui di negeri-negeri lain.
Rasa: Lebih pahit dari manis, sedikit berair dan berserat, aroma yang tajam
Tips: Di bawah buah ini mempunyai lima garisan seperti Musang King, tetapi kulitnya lebih nipis dan mudah dikupas. Di Durian Agro Hub Tangkak, anda boleh mencuba Golden Phoenix dengan rasa paling asli yang berbuah dari ibu pokoknya yang masih hidup sehingga hari ini.
7. DURIAN KAMPUNG (888)

Dalam lautan pelbagai jenis durian hibrid yang mencuri perhatian, masih ramai yang setia menikmati durian ini kerana ia paling mudah dijumpai dengan harga termurah.
Durian paling OG ini terhasil dari pokok tunggal yang berusia ratusan tahun. Walaupun isinya agak padat, rasa durian kampung yang asli tidak konsisten sama sekali — ada yang pahit, ada yang manis. Senang cerita, ikut nasib.
Rasa: Manis (seperti vanilla), pahit atau tawar, tidak konsisten dan berbeza
Tips: Durian kampung Gred A mempunyai berat lebih dari 1.5 kg sebiji (RM15 – RM18 per kg), Gred B kurang 1 kg (RM 10 per kg), dan Gred C untuk membuat tempoyak (3 biji RM10).
Untuk info, lebih daripada 200 variasi durian yang telah didaftarkan dengan Jabatan Pertanian Malaysia tau! Banyak gila kan…?
Tapi, awas ya… ambil dalam dua tiga ulas dah pun memadai sebab takut ketagih dan obses pula. Rakyat Malaysia selalu makan secara berlebihan. Sudah tentulah ia tidak baik untuk kesihatan korang. So rasa-rasa je ok? Jangan sampai melantak tak ingat dunia pula kalau dah sedap tu. Hiks!
Sumber: Traveloka
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
[FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021
![[FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021 26 [FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021](https://cdn.remaja.my/2021/06/375712.jpeg)
Sekiranya pemimpin veteran negara seperti Tun Dr. Mahathir Mohamad, 95; Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, 84 dan Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang, 73 masih bergiat aktif di pentas politik, lain pula ceritanya dengan Perdana Menteri Malaysia kelima ini.
Tun Abdullah Ahmad Badawi, 81 yang mesra dengan panggilan Pak Lah lebih selesa berdiri di belakang tabir dan membiarkan wajah pemimpin lain meneruskan agenda terbaik dalam memacu negara pada waktu ini.
![[FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021 27 [FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021](https://cdn.remaja.my/2021/06/375714.jpeg)
Mungkin sekali disebabkan keperibadian Pak Lah yang low profile ini, sudah lama benar rakyat tidak melihat kelibat beliau dalam paparan media massa mahupun media sosial.
Kami mengakui agak terkejut apabila timbul ura-ura mengatakan bekas Perdana Menteri itu telah meninggal dunia pada minggu lalu; lantas mencetus berita palsu tular dalam kalangan rakyat.
Ura-ura itu memaksa pejabat rasmi Pak Lah untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu bertanggungjawab di atas penyebaran berita palsu tersebut.
Jelas mereka, pada masa ini Pak Lah berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga tercinta.
Terbit rasa rindu untuk melihat Pak Lah yang kita kenali selama ini. Sekitar tempoh pemerintahan beliau dari tahun 2003 hingga 2009, penulis masih ingat riak wajah ceria beliau setiap kali terlibat dengan urusan kerja rasminya.
Bagaimanalah keadaan semasa beliau sekarang pada tahun 2021, agak-agaknya?
Hasil tinjauan REMAJA ke akaun rasmi Facebook beliau (besar kemungkinan diuruskan oleh individu yang bekerja di pejabat Pak Lah), tahun 2021 lebih banyak dihabiskan beliau bersama isteri, Tun Jeanne Abdullah untuk berehat.
Jom lihat 6 foto update mereka berdua ini:
![[FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021 28 [FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021](https://cdn.remaja.my/2021/06/375709.jpeg)
.
![[FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021 29 [FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021](https://cdn.remaja.my/2021/06/375711.jpeg)
.
![[FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021 30 [FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021](https://cdn.remaja.my/2021/06/375708.jpeg)
.
![[FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021 31 [FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021](https://cdn.remaja.my/2021/06/375710.jpeg)
.
![[FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021 32 [FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021](https://cdn.remaja.my/2021/06/375706.jpeg)
.
![[FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021 33 [FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021](https://cdn.remaja.my/2021/06/375707.jpeg)
Biarpun sosok tubuh beliau kelihatan lebih kurus berbanding semasa beliau meninggalkan Pejabat Perdana Menteri pada tahun 2009, Pak Lah masih merupakan Pak Lah yang sama di hati kami.
Seorang yang tidak lokek dengan senyuman dan sentiasa membuatkan sesiapa saja yang berada di sekeliling beliau mudah mesra dengannya.
![[FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021 34 [FOTO] Sudah Lama Tak Lihat Tun Abdullah Badawi, Lihat Update Beliau Pada 2021](https://cdn.remaja.my/2021/06/375713.jpeg)
Di sini, penulis ingin mengambil kesempatan untuk mewakili sidang redaksi REMAJA untuk mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Pak Lah dan Tun Jeanne Abdullah untuk berpanjangan. Semoga dua figura ini sentiasa di bawah perlindungan Ilahi dan dirahmati olehNya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

