Had Umur Berkahwin Bagi Perempuan Dinaikkan, Daripada 16 Tahun Kepada 18 Tahun Di Kedah

Share

Isu perkahwinan bawah umur pernah diperdebatkan masyarakat kerana ramai yang menganggap situasi ini mungkin mendatangkan keburukan kepada pasangan bawah umur yang mendirikan rumah tangga.

BACA: 8 Cara Daftar Nikah Di Pejabat Agama Untuk Pasangan Yang Nak Berkahwin

Secara umum, Enakmen Keluarga Islam dan Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984 [Akta 303] menetapkan had umur minimum perkahwinan bagi orang Islam ialah 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan. Walau bagaimanapun, had umur yang ditetapkan ini berbeza mengikut negeri.

Foto: Daniel Foster (Gambar hiasan)

Terbaharu, Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) (Pindaan) 2022 berkaitan had umur perkahwinan dan undang-undang poligami.

Pindaan enakmen itu melibatkan umur perkahwinan bagi perempuan daripada 16 tahun dinaikkan kepada 18 tahun serta hukuman poligami tanpa kebenaran mahkamah iaitu dipenjara setahun atau denda RM3,000 berbanding enam bulan penjara atau RM1,000 sebelum ini.

BACA: Bercinta Selepas Nikah, 22 Pelajar Pondok Disatukan Tanpa Kenal Pasangan

Foto: Kosmo (Gambar hiasan)

Namun, kalau nak kahwin juga ada masalah apa pun boleh mohon melalui mahkamah, jika mahkamah mendapati calon itu perlu sangat dibenarkan walaupun baru berumur 16 tahun boleh berkahwin dengan kebenaran mahkamah. Jika tanpa kebenaran mahkamah boleh dikenakan denda.

Perkahwinan di bawah umur boleh mendatangkan kesan negatif yang membimbangkan seperti risiko yang tinggi ketka mengandung atau bersalin. Kajian juga menunjukkan bahawa sistem daya tahan kanak-kanak atau remaja bawah umur adalah rapuh berbanding wanita dewasa.

Mungkin masing-masing mempunyai pendapat mereka yang tersendiri. Apa pula pendapat korang?

BACA: Surabaya Benarkan Pernikahan Berlainan Agama Tanpa Tukar Kepercayaan

Sumber: (1), (2)

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

IKLAN