Memasuki separuh kedua setiap tahun, banyak polling yang melibatkan penyanyi K-pop akan muncul hasil undian peminat di Korea Selatan dan dari seluruh dunia.
Antara kategori polling yang selalu mendapat perhatian adalah kategori idol paling kacak, paling cantik, lagu comeback terbaik dan pelbagai lagi.
Kali ini, kategori yang diperkenalkan ialah..
‘Maknae K-pop Terbaik 2020’!
Mengikut laman web KingChoice yang menguruskan polling tersebut, undian telah diambil sejak 1 Julai hingga 31 Julai lepas kepada peminat K-pop antarabangsa.
Ads
Bagi kategori ini, maknae yang dimaksudkan tidak saja terbuka kepada ahli kumpulan paling muda dari grup rookie tetapi juga kepada grup yang telah lama melakukan debut.
Hasil undian, peminat telah memilih Jungkook BTS pada tangga pertama dengan 3,204,236 undian.
Ads
Dikenali sebagai vokalis utama, model kepada jenama fesyen dan penari yang tak kurang hebatnya, Jungkook selalu dilabelkan sebagai ‘Golden Maknae’ dalam dunia hiburan K-pop.
Jom lihat siapakah 4 lagi maknae yang mengisi carta top 5.
Tempat kedua jatuh kepada Sanha Astro (2,724,804), diikuti oleh Taemin SHINee (796,278 votes), Chanwoo iKon (426731) dan satu-satunya maknae perempuan, Lisa Blackpink pada kedudukan kelima dengan 417,338 undian.
Tidak semua menerima idea monarki di zaman moden ini. Sesetengah menganggap keluarga Diraja merupakan pembaziran terhadap wang cukai dibayar oleh rakyat. Keluarga Diraja United Kingdom antara yang acap kali menerima kecaman tentang isu ini.
Terbaru, Raja Charles III yang baru sahaja menaiki takhta sebaik kemangkatan Ratu Elizabeth II telah dibaling dengan telur oleh seorang penunjuk perasaan, Patrick Thelwell yang tidak berpuas hati dengan sistem beraja negara itu. Baginda ketika itu sedang dalam lawatannya ke bandar York.
Lelaki berusia 23 tahun yang dikenalpasti sebagai salah seorang pelajar di University of York didengar menjerit, “Negara ini dibina atas darah hamba abdi.”Dia yang kemudiannya telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan ketenteraman awam. Dia kini sudah dibebaskan.
Dalam kejadian itu, Charles yang turut ditemani isteri baginda, Permaisuri Camilla dilihat bersalaman dengan para pembesar termasuklah Lord Mayor ketika telur dibaling. Baginda hanya melihat sahaja telur yang jatuh di hadapannya dan meneruskan acara seperti biasa.
Ini bukan kali pertama raja British menjadi sasaran dengan telur, dalam kes Ratu Elizabeth II, dia sebenarnya pernah terkena telur. Selepas ia terpercik pada pakaiannya semasa lawatan diraja ke New Zealand pada tahun 1986, Ratu kemudiannya menyindir dalam ucapan, “Saya sendiri lebih suka telur New Zealand saya untuk sarapan pagi.”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tinggal lagi beberapa hari umat Islam seluruh dunia bakal menyambut kedatangan bulan Ramadan. Waktu inilah ramai yang mengambil peluang untuk mengutip pahala dengan melakukan lebih banyak ibadah.
Apa yang menariknya tahun ini, Masjid Besar Hagia Sophia Turki di Istanbul bakal mengadakan solat terawih yang pertama dalam tempoh 88 tahun. Masjid itu telah diubah suai menjadi muzium pada 1934 dan tahun 2020, statusnya kembali menjadi masjid yang dibuka untuk ibadah pada 24 Julai 2020. Namun, masjid itu tidak digunakan akibat sekatan COVID-19 di Turki untuk mengelak risiko penularan.
Walau bagaimanapun, menurut laporan Bernama, pihak berkuasa Turki memutuskan untuk membuka semula masjid itu pada Ramadan ini berikut kebanyakan penduduk sudah pun divaksin dan jumlah kes baharu serta kematian semakin menurun.
Untuk info, Hagia Sophia dibina pada 532 SM dan dijadikan masjid pada 1453 selepas penaklukan Istanbul. Ia digunakan sebagai gereja selama 916 tahun dan 86 tahun sebagai muzium. Pada 1985, Hagia Sophia telah dimasukkan ke dalam Senarai Warisan Dunia UNESCO.
Bagi individu yang pernah sampai ke Masjid Hagia Sophia ini mesti korang sudah tahu bagaimana cantiknya masjid besar ini kan? Semoga kita semua diberikan kesempatan dan peluang untuk menjejakkan kaki di masjid terindah ini. InsyaAllah!
Jika sebelum ini, pengeluaran duit dari ATM bank dan MEPS dikecualikan caj pengeluaran antara bank sebanyak RM1 sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebelum ini.
Terkini, beberapa pihak bank telah mula mengeluarkan notis bahawa ianya akan ditamatkan pada tahun 2022.
Secara ringkasnya, boleh dikatakan semua bank di Malaysia akan mengenakan caj ini semula nanti. Antara bank yang telah mengeluarkan kenyataan rasmi tentang ini ialah seperti :
CIMB BANK/CIMB ISLAMIC
Kuwait Bank
MAYBANK
BANK ISLAM
HONG LEONG BANK
AMBANK
HSBC BANK
PUBLIC BANK
Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan bermula bulan Mac 2020, bank mengenakan caj RM1 kepada pelanggan jika mereka mengeluarkan wang tunai di mesin ATM bank lain. Jika anda pelanggan Maybank dan mengeluarkan wang di mesin ATM CIMB, RM1 akan ditolak dari akaun anda. Tetapi jika anda mengeluarkan wang di mesin ATM Maybank, tiada caj dikenakan.
Pengecualian caj RM1 di mesin ATM berlainan bank ini diberikan sejak April 2020 selepas PKP diumum, bagi mengelakkan orang ramai berkumpul di mesin ATM bank tertentu walaupun ada mesin ATM bank lain berhampiran. Ia untuk mengelakkan penyebaran wabak COVID-19 dengan menjaga jarak antara satu sama lain.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang kini Perdana Menteri Malaysia, berkata sebarang keputusan sama ada sehingga bila ia akan diteruskan atau ditamatkan bergantung kepada Kementerian Kewangan.
Tapi, nampak gayanya faedah yang dinikmati rakyat selama hampir 20 bulan bakal berakhir Februari tahun depan…huhuhu
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jenazah Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selamat disemadikan di Pusara Negara, Presint 20,...